Biodata Raysha Rizrose • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Tabrani
Selasa, 12 November 2019

TaraHap - Biodata Penuh Raysha Rizrose, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Raysha Rizrose.

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Raysha Rizrose. Biodata Raysha Rizrose ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Nama Raysha Rizrose mula dikenal ramai orang sejak ia menjadi juara Dewi Remaja 2014/2015. Kerjaya Raysha bermula pada tahun 2011, sejak ia menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, ia merupakan kemunculan sulung beliau di televisyen.

Raysha Rizrose adalah adik tiri pelakon cantik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose. Tidak seperti kakak-kakak tirinya, nama figura cantik manis ini agak sedikit tenggelam dalam industri seni hiburan tanah air.







Tetapi, ianya tidak mematahkan semangat Juara Dewi Remaja 2014/2015 ini untuk terus melonjakkan namanya di persada seni tempatan.

Raysha bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malahan ia bercita-cita ingin bergelar penyanyi dan pengacara satu hari nanti. Hebat bukan!


Biodata Penuh Raysha Rizrose

Nama Penuh: Farza Naquraisha binti Mohd Fariz
Nama Popular: Raysha Rizrose
Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
Umur: 23 Tahun (2019)
Zodiak: Cancer
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon dan Model
Tahun Aktif: 2011 - kini
Tinggi: 170 cm
Berat: 48 kg
Ukuran Badan: 32-26-33
Twitter:
https://twitter.com/raysharizrose
Instagram:
https://www.instagram.com/raysharizrose
Wikipedia:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Raysha_Rizrose


Latar Belakang dan Kerjaya Raysha Rizrose

Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.

Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berketurunan Melayu dan Cina Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Thai; Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor.

Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, ia merupakan kemunculan sulung beliau di televisyen.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.

Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.

Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha.

Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang dijalankan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja.

Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3. Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.

Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.

Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 bermula 29 Januari 2019.

Kehidupan peribadi
Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,".

Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".

Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri.







Drama Popular Raysha Rizrose


  • Isteriku Miss Sally (2016), Sebagai Sherry. 
  • Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017), Sebagai pelakon utama, Yuhanis. 
  • Apa Dah Jadi (2017), Sebagai Alana. 
  • Pendosa Ingin ke Syurga (2018), Drama ini mengisahkan percintaan antara seorang bapa dan anak tanpa disedari. 
  • Misi Laksa & Laksam (2017) Sebagai Suhaina atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Su. 
  • Zahir Tak Terucap (2018) Mengisahkan kehidupan dua adik- beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang bersaing merebut cinta Aisyah (Raysha Rizrose). 



Fakta Menarik Raysha Rizrose

1. Aktif berlakon sejak tahun 2011 hingga kini.

2. Berketinggian 5 kaki 6 inci (1.70 meter).

3. Merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.

4. Lahir pada tanggal 22 Jun 1996, Raysha Rizrose berzodiak Cancer.

5. Bapanya berketurunan Cina Indonesia dan ibunya berketurunan Thailand.

6. Ketika berada di bangku persekolahan, beliau aktif dalam pertandingan pidato dan debat.

7. Bergelar juara termuda pertandingan Dewi Remaja (2015) mengalahkan finalis lain iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Mimi Lana dan Mawar Rashid.

8. Filem pertamanya ialah Dukun Doktor Dani pada tahun 2016. Yang dibintangi oleh Taufik Batisah, Amerul Affendi, Raysha Rizrose, Yus Jambu dan Fasha Sandha.

9. Minat menyanyi sejak kecil lagi. Memilih Balada dan R&B sebagai genrenya dalam bidang seni suara.

10. Sebelum menguruskan kariernya sendiri, Raysha pernah bernaung di bawah pengurusan Astro Talents.

11. Tidak suka memakai sneakers dan tidak memakan makanan pedas kecuali makanan Thai. Seorang pencinta kucing.

12. Media tempatan melaporkan bahawa Raysha sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelumba kereta GP2 tanah air, Nabil Jefri.

13. Mempunyai lebih 350,000 pengikut di Instagram miliknya.


Apa Zodiak Raysha Rizrose? 

Apa Zodiak Raysha Rizrose? Raysha Rizrose lahir pada tanggal 22 Jun 1996. Jadi, zodiak tabrani adalah Cancer.

Zodiak Cancer sentiasa menjaga dan memperhatikan alam semula jadi mereka dengan cara yang sama seperti mereka memperhatikan keluarga mereka. Mereka lebih suka semuanya dalam keadaan baik, mudah dan menarik. Warna favorit mereka ialah putih, yang melambangkan kesucian jiwa mereka.

Kelebihan Cancer
Orang dengan Zodiak Cancer adalah orang yang romantik yang menggunakan intuisi mereka untuk bergerak ke hadapan. Mereka berminat untuk menyenangkan, menggoda, dan menarik perhatian orang lain! Mereka sangat murah hati terhadap orang-orang di sekeliling mereka dan keluarga mereka dan sentiasa memberi yang terbaik yang bisa mereka berikan. Mereka perlu diajari bagaimana untuk mencintai dan menghormati diri mereka sendiri.

Kelemahan Cancer
Cancer bersifat pencemburu dan posesif - terutamanya jika mereka merasa dikhianati. Ini adalah tanda zodiak yang perlu dikekalkan untuk dapat bertahan dan merasa puas, dan ini boleh menimbulkan masalah bagi mereka apabila berdiri sendiri.

Malah, mereka cenderung terlalu melekat pada masa lalu, yang menghalang keinginan mereka untuk menemui perkara-perkara baru dan pengetahuan yang lebih luas. Mereka sering tersilap berfikir bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja pada projek-projek tertentu, terutama mereka yang terlibat dalam perkembangan sosial dan profesional. Mereka tidak mempunyai cukup keberanian untuk membuat kemajuan yang melampaui asal mereka.







Gambar Terkini Raysha Rizrose

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Raysha Rizrose, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Raysha Rizrose • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co