your code goes here

Apa Maksud Cukai Tanah dan Cukai Pintu?

Apa Maksud Cukai Tanah dan Cukai Pintu?
semakanonline.com

Apa Maksud Cukai Tanah?
Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian. Ia mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Bil cukai Tanah adalah berwarna Kuning.

Apa Maksud Cukai Pintu? 
Cukai Pintu juga dikenal sebagai Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun. Bayaran ini dikenakan oleh Kerajaan Negeri mengikuti peruntukan Kanun Tanah Negara 1966. Bil cukai pintu adalah berwarna Biru.


Informasi Tanah Cukai

1. Apa itu Cukai Tanah?
Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :
apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukai sewa. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dana pa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukai sewa.

2. Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggung jawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."

Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.

3. Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
Sekali Setahun, Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

4. Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

5. Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah? 
Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS


Informasi Cukai Pintu

1. Apa itu Cukai Taksiran / Cukai Pintu? 
Cukai Taksiran/Cukai Pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :

  • Kediaman
  • Perniagaan
  • Perindustrian
  • Tanah Kosong


2. Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):

"Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu.."

Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.

Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

3. Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
2 kali setahun pada :
1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
dan 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

4. Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

5. Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?
Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA.


Peringatan
1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.


Informasi Umum Cukai Tanah dan Cukai Pintu

1. Adakah cukai tanah dan cukai pintu merupakan cukai yang sama?
Tidak, cukai tanah dan cukai pintu adalah dua cukai yang berbeza. Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ke atas pemilik atau penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya.

Cukai pintu perlu dibayar dua kali setahun. Cukai tanah pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai balasan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang telah memberi milik tanah kerajaan kepadanya. Cukai tanah perlu dibayar sekali setahun.

2. Adakah seseorang yang membayar cukai pintu bagi bangunan dalam kawasan pentadbiran Majlis/majlis daerah yang dibina di atas tanah milik juga perlu menjelaskan cukai tanah setiap tahun?
Ya, kedua-dua cukai tersebut perlu dijelaskan setiap tahun.

3. Bila dan di manakah cukai tanah perlu dibayar?
Cukai tanah hendaklah dibayar pada awal tahun sehingga sebelum 1 Julai setiap tahun. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 30 Jun tahun semasa denda lewat bayaran cukai akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah 17, Kaedah-kaedah Tanah Kelantan 1966.

Cukai tanah boleh dibayar di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim. Pemilik tanah atau pembayar juga boleh membuat bayaran secara ‘online’ melalui Maybank2u dengan melayari laman web rasmi www.ptg.kelantan.gov.my dan www.maybank2u.com.my.

4. Siapakah yang sepatutnya membayar cukai tanah sekiranya pemilik tanah telah memajak, menyewa atau menggadaikan tanah miliknya?
Adalah masih menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah setiap tahun walaupun dalam kebanyakan perjanjian pajakan/sewaan memperuntukkan supaya pemajak/penyewa membayar cukai tanah tahunan.

Begitu juga dengan gadaian tanah di mana terdapat pemilik tanah tersalah anggap bahawa cukai tanah akan dibayar oleh pemegang gadaian memandangkan dokumen hakmilik disimpan oleh pemegang gadaian.

Pemajak/penyewa dan pemegang gadaian walau bagaimanapun boleh membayar cukai tanah bagi pihak pemilik tanah untuk mengelakkan kepentingannya ke atas tanah tersebut dilucuthakkan akibat kegagalan menjelaskan cukai tanah yang tertunggak.

5. Apakah akibat sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak?
Sekiranya cukai tanah menjadi tertunggak, tindakan perampasan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965 boleh diambil oleh Pentadbir Tanah Jajahan.

Kesan tindakan tersebut menyebabkan tanah berkenaan kembali menjadi tanah kerajaan dan apa-apa bangunan dan segala kepentingan di atas tanah tersebut termasuklah hak pemajak/penyewa dan pemegang gadaian akan dilucuthakkan.

6. Siapakah pemilik sebenar apabila nama di bil cukai tanah berbeza dengan nama yang tercatat dalam dokumen hakmilik?
Nama yang tercatat di bil cukai adalah untuk tujuan surat menyurat sahaja dan tidak sama sekali menggambarkan pemilikan sebenar sesuatu hakmilik berdaftar.

Nama yang didaftarkan dan tercatat dalam dokumen hakmilik adalah merupakan rujukan konklusif pemilikan sebenar. Kebiasaannya, nama dan alamat yang tercatat di bil cukai tanah adalah berdasarkan nama dan alamat pembayar terkini yang tidak semestinya pemilik tanah berdaftar.

Maklumat nama dan alamat di bil cukai boleh dikemaskinikan oleh pemilik tanah atau pembayar pada bila-bila masa di kaunter hasil mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan atau Pusat Khidmat Pelanggan Kompleks Kota Darulnaim.

Posting Komentar