your code goes here

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Haiwan jinak ialah haiwan yang mentoleransi kehadiran manusia. Kejinakan ialah darjah sejauh mana seseekor haiwan menerima manusia.
TaraHap - Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Haiwan jinak ialah haiwan yang mentoleransi kehadiran manusia. Kejinakan ialah darjah sejauh mana seseekor haiwan menerima manusia.

Mari mengenal dan menyebut nama haiwan jinak, berikut adalah senarai haiwan jinak beserta gambar dan penjelasannya.

1. Kucing

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Kucing ialah mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus, kucing merupakan haiwan jinak.


2. Anjing

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Anjing merupakan salah satu anggota bagi genus Canis, dan merupakan karnivor darat yang paling banyak.


3. Kambing

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Kambing menganggotai keluarga Bovidae dan bersaudara rapat dengan biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan.


4. Lembu

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Bos taurus.


5. Kerbau

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Kerbau merupakan sejenis haiwan bovid besar yang berasal dari Asia Selatan, Asia Tenggara, dan China. Kini spesies ini juga ditemui di Eropah, Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa buah negara Afrika.


6. Kuda

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam famili Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus.


7. Arnab

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Arnab atau kelinci merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek.


8. Itik

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dan kelas burung. Itik kebiasaannya ialah burung akuatik, lebih kecil daripada saudaranya iaitu joyinah dan angsa, dan boleh ditemui di air tawar dan laut. Itik dipelihara untuk daging atau telurnya.


9. Ayam

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Ayam merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011. Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.


10. Burung

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.


11. Ikan Hiasan

Haiwan Jinak • Gambar Dan Senarai Haiwan Jinak Di Malaysia

Ikan hiasan adalah sejenis ikan baik yang berhabitat di air tawar maupun di laut yang dipelihara bukan untuk konsumsi tetapi untuk memperindah taman atau ruang tamu.


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar