your code goes here

Inilah 15 Penulis Novel Yang Terkenal di Malaysia

TaraHap - Literasi adalah dunia yang tidak boleh dipandang rendah. Pelbagai jenis tulisan muncul setiap hari. Bermula yang ditulis di atas kertas ke media dalam talian.

Walaupun kini banyak media dalam talian sebagai tempat untuk menulis, tetapi sebenarnya novel itu masih menjadi buku yang popular. Puluhan penulis dari Malaysia berjaya mencipta novel yang cukup fenomenal.

Mereka bukan sahaja berjaya mencipta novel yang banyak dicetak semula. Tetapi ia juga merupakan inspirasi untuk golongan muda yang ingin menanam kerja dalam dunia penulisan novel. Siapa mereka?


1. Hlovate

nanibadai.blogspot.com

Hanya ingin dikenali dengan nama Hlovate. Cerita pertama yang ditulisnya ialah GreaTroublemaker_i, ketika menuntut di tingkatan 3. Menulis baginya adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa.

Setelah membaca kesemua karya Hlovate, ya, saya berbesar hati untuk mencadangkan kepada pembaca yang baru berjinak-jinak dengan karya Hlovate untuk membaca karya beliau mengikut tarikh penerbitan.

Ini kerana saya rasa, seiring dengan tarikh penerbitan itu, karya-karya penulis telah menampakkan satu proses kematangan dan pembaikan yang ketara. Ia bermula dengan lovey dovey, kisah budak sekolah dan kisah budak universiti. Tambahlah sedikit perencah agama.
Berita Menarik Lainnya
  • Cara membuat rainbow cake kukus untuk ulang tahun
  • Palestina Terkini Hilangnya di Peta Google Maps !!!
  • Wujud Dan Bentuk Buah Khuldi
  • Terpisah 300 Tahun, Kisah Cinta Nabi Adam Dan Hawa

  • Tetapi bermula dengan Rooftop Rant, Versus, Contengan Jalanan, Anthem - sangat jelas di situ - Hlovate sudah mahir memasukkan elemen-elemen agama sebagai tunjang utama cerita dalam mendidik pembaca menjadi orang yang baik melalui karya-karyanya.

    Novel Hlovate ada unsur keagamaan. Tenang je bila baca novel ni sebab ayat dia pun senang nak faham. Buku dia padat walaupun hanya 500 muka surat dan ke atas. Takde yang cliché. Semuanya best/memberi kesan. Bacalah kalau tak percaya. :)


    2. Norhayati Berahim


    Norhayati Berahim merupakan novelis wanita Malaysia yang produktif, dilahirkan pada 26 Mac 1966 dalam keluarga yang cukup sederhana di Bukit Katil, Melaka.

    Mempunyai lapan adik-beradik dari dua ibu yang berlainan. Hubungan adik-beradiknya amat akrab. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip sewaktu kecil. Ketika berusia tujuh tahun beliau sudah berjalan kaki pergi balik sejauh lima batu menoreh getah. Namun, kesusahan mengajarnya lebih berdikari.

    Seorang yang amat gemar belajar. Belajar bukanlah sesuatu yang merugikan. Itu prinsipnya. Belajar baginya bukan sahaja di kolej atau di universiti tetapi juga di jalan, di dalam bas malah di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

    Pepatah ada berkata, dunia ini bagaikan sebuah buku; sesiapa yang tidak mengembara ibarat hanya membaca sehelai muka surat sahaja. Sebab itulah beliau minat mengembara bagi menambah lagi pengalaman, melalui perjalanan, merasai kelainan makanan, kelainan cuaca dan paling penting kelainan kebudayaan dan kepercayaan.


    3. Ahadiat Akashah

    twitter.com

    Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor.

    Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel.

    Ahadiat merupakan graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom. Beliau menceburi bidang penulisan novel sejak 1985. Namanya melonjak naik setelah novel remaja 'Budak Setan' diterbitkan pada 1995.

    Novelnya terpilih menjadi teks Komsas iaitu Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007. Kemudian menubuhkan syarikat penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd.

    Filem Lagenda Budak Setan – The Movie pada 2010 adalah berdasarkan novelnya Lagenda Budak Setan.


    4. Ain Maisarah

    facebok.com

    Ain Maisarah ialah seorang penulis yang berjaya di Malaysia. Beliau menetap di Kuala Lumpur. Buku pertama beliau yang mencetuskan kerjayanya sebagai penulis berjudul Aku Mahu Popular.

    Buat masa ini, buku yang sudah ditulis oleh beliau sebanyak 111 buah. Kebanyakan buku beliau telah menjadi best seller dalam carta jualan buku PTS. Malah, buku-buku beliau sekarang sedang diusahakan untuk diadaptasi menjadi telefilem dan drama.

    Selain itu, beliau juga mempunyai siri buku yang tersendiri. Antara siri terawal beliau seperti siri Aku Mahu dan siri Impiana. Setiap siri tersebut mempunyai jalan cerita tersendiri tetapi tetap mempunyai persamaan dari segi latar tempat asal iaitu Sekolah Sri Bangsar.

    Setelah beberapa tahun dalam bidang penulisan, beliau diberi kepercayaan untuk mengendalikan syarikat penerbitan buku beliau yang tersendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd. bermula tahun 2011. Kini, buku-buku lama terbitan PTS One dan PTS Syok telah ditukar muka depan bukunya supaya sinonim dengan buku-buku lain untuk dijadikan bawah penerbitan Blink Book Sdn. Bhd.


    5. Sharifah Abu Salem

    novelispilihan.blogspot.com

    Sharifah Abu Salem merupakan seorang pengarang novel dan penulis skrip di Malaysia.

    Sharifah Abu Salem merupakan penulis novel yang telah menghasilkan novel seperti Salam Taj Mahal, Tak Seindah Mimpi, Pesona Rindu dan Janji Diana. Kini, dia bukan sahaja dikenali sebagai novelis, malah namanya semakin masyhur sebagai penulis skrip drama-drama tempatan yang menghiasi kaca televisyen.

    Sharifah Abu Salem telah mula dengan menulis skrip drama radio pada usia 16 tahun, sebelum beralih pada menulis novel. Selain novel, Sharifah Abu Salem juga giat menulis skrip frama, antaranya drama Asmara, Nenek Kebayan, Gelora Di Hati Sara 1 & 2, Isabella, Kasih, Rahsia Demi Rahsia, Cik Yah Balik Kampung, Julia, Anakku Nik Aziz, dan Misteri Karina, yang semua skrip drama tersebut ditulis olehnya.

    Dia juga sempat menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana karyanya mencatat jualan hampir 1 juta naskhah. Selain itu, dia juga merupakan penerima anugerah Gold Club oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada April lalu.


    6. Ramlee Awang Murshid (RAM)

    keluarga.my

    Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah novelis Malaysia dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1986 hingga 2010.

    Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

    Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

    Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya hingga mendapat julukan sebagai penulis novel thriller.

    Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.


    7. A. Samad Said

    wikipedia.org

    Abdul Samad bin Muhammad Said atau dikenali sebagai A. Samad Said (lahir 9 April 1935) ialah seorang penulis dan penyair Malaysia.

    Pada Mei 1976, beliau dinamakan oleh komuniti kesusasteraan Malaysia dan banyak ahli bahasa negara sebagai Pejuang Sastera dalam dekad berikut, di Anugerah Penulis S.E.A. 1976 dan, pada tahun 1986, sebagai penghargaan tulisan dan sumbangan berterusannya kepada warisan sastera negara, atau Kesusasteraan Melayu, Sasterawan Negara. Pada tahun 2015, beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

    Novel pertamanya berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina. Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP. Ketika itu Samad berusia 23 tahun.


    8. Aisya Sofea

    mforum.cari.com.my

    Aisya Sofea atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin merupakan seorang pengarang novel wanita yang berjaya di Malaysia. Hanizura Jamaludin dilahirkan di Kelang, Selangor mula mencebur diri dalam bidang penulisan dengan novel pertamanya, "JAUH".

    Dia kemudian mula menempah nama melalui novelnya "Jendela Hati". Sejak itu dia telah menghasilkan beberapa novel yang turut mendapat sambutan seperti novel Adam dan Hawa.

    Karyanya Adam dan Hawa telah diadaptasi bagi penghasilan drama bersiri Adam & Hawa oleh Suhan Movie & Trading dan Global Station Sdn. Bhd.


    9. Faisal Tehrani

    freemalaysiatoday.com

    Mohd Faizal Musa (lahir 7 Ogos 1974) atau nama penanya Faisal Tehrani merupakan salah seorang penulis Malaysia terkenal. Disebabkan penulisan dan idea yang sering dilontarkan, beliau terkenal sebagai seorang yang bersifat kontroversi.

    Sasterawan Negara, A. Samad Said menyifatkan beliau sebagai "...suara ‘menentang’ yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya.” Beliau memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sastera, termasuklah Anugerah Seni Negara pada 2006.


    10. Khadijah Hashim

    wikipedia.org

    Khadijah Hashim (lahir 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia) merupakan novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita Harian (1976–1985).

    Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan 19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima.

    Buku lagu kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People - IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di Macau, China (2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.


    11. Damya Hanna

    twitter.com

    Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi.

    Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul Bicara Hati.

    Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini.


    12. Fauziah Ashari

    picbear.org

    Fauziah Asyari (dieja sebagai Fauziah Ashari) merupakan seorang pengarang novel wanita yang berjaya di Malaysia. Dia telah berjaya menghasilkan sehingga 11 novel sehingga 2018.

    Karyanya Ombak Rindu telah diadaptasi bagi penghasilan filem Ombak Rindu pada penghujung 2011 oleh Tarantella Pictures, arahan Osman Ali.

    Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari. Filem tersebut turut dilakonan oleh tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.


    13. Syamnuriezmil

    goodreads.com

    Penulis atau nama sebenarnya Nur Azyyati Abu Bakar lahir pada 4 Oktober 1980. Sebelum menceburi bidang penulisan, beliau pernah bekerja di sebuah bank selama 13 tahun.

    Novelis Syamnuriezmil memang terkenal dengan kata-kata manis dalam novel tulisannya.

    Sejak 2010, beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Novel tulisan beliau boleh dinobatkan sebagai novel paling banyak diadaptasi ke drama. Antaranya adalah Perempuan Paling Bahagia, Awak Sangat Nakal, Tuan Anas Mikail dan Mr. Grey.

    Kesemua novelnya mendapat sambutan hangat kerana cara penulisannya yang sempoi dan santai. Mudah untuk difahami dan dihayati.


    14. Siti Rosmizah

    goodreads.com

    Siti Rosmizah Binti Semail yang berasal dari Kuala Lumpur telah menceburi bidang penulisan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang peguam dan juga berjaya sebagai salah seorang novelis terkenal. Hasil penulisannya yang pertama adalah Andai itu Takdirnya telah diterbitkan oleh Buku Prima dicetak sebanyak enam kali.

    Melalui novel Andai itu Takdirnya, beliau memenangi Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009. Jika ingin menangis, kecewa dan sakit hati, bacalah novel yang dikarya olehnya.

    Banyak hasil penulisannya diadaptasikan ke drama. Antaranya adalah Andai Itu Takdirnya, Lafazlah Kalimah Cintamu dan Andai itu Takdirnya 2.


    15. Abdul Latip bin Talib

    abdullatip.blogspot.com

    Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.

    Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam.

    Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005.

    Ketika penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil. Hadiah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.

    2 komentar

    1. Oh! Tamar Jalis tak tersenarai ya.

      BalasHapus
    2. Terima kasih infonya. Apakah Pak Larin Yashin masih penulis Novel?

      BalasHapus