your code goes here

Inilah 4 Lampu Suluh Polis Yang Terbaik

1. Lampu Suluh TMT A2 5.11


Lampu suluh taktikal 5.11 ini adalah keluaran pengeluar barangan taktikal terkenal di USA, dikhususkan untuk anggota keselamatan / penguatkuasa (Polis, tentera dan seangkatannya).

Lampu ini merupakan produk berkualiti 5.11 yang mendapat permintaan tinggi. Lampu suluh 5.11 diguna oleh tentera US, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Keseluruhan binaan lampu suluh bahagian luar diperbuat menggunakan aluminium gred terbaik untuk pesawat.

Keseluruhan penyambung litar pada bahagian dalam disalut emas, jadi membolehkan lampu suluh ini berfungsi dengan lebih berkesan dan tahan lama. Manakala ciri lain, ia tahan hentakan dari ketinggian 2 meter dan kalis air (percikan air / hujan).

Bagi anggota pasukan keselamatan yang tercari-cari model lampu suluh kecil, serbaguna dan mudah dibawa, model ini sangat disyorkan



2. Lampu Suluh G2X MV SUREFIRE


Lampu suluh ini adalah keluaran dari SUREFIRE LLC California, USA. Merupakan pengeluar lampu suluh PREMIUM terulung untuk unit tentera Amerika, FBI, NSA, Polis, bomba dan penguatkuasa lain.

Model lampu suluh ini mempunyai cahaya suluhan yang LUAS, berkuasa tinggi dan cukup terang serta bersaiz kecil. Lampu suluh ini dikhususkan untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk tugas rondaan, sekatan jalanraya, operasi mencari/menyelamat, operasi bersepadu (tentera, bomba, polis, JPJ, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti rekreasi lasak di hutan belantara.

Sangat disyorkan juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan, perkapalan, gudang, bengkel kenderaan, membantu dikala kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus, gelap, di dalam bangunan gelap gelita. Bagi mereka yang mendambakan lampu suluh PREMIUM dengan kuasa tinggi, bersaiz kecil dan mampu milik.


3. Lampu Suluh TPT EDC 5.11


Lampu suluh taktikal TPT EDC 5.11 ini adalah keluaran pengeluar barangan taktikal terkenal di USA, dikhususkan untuk anggota keselamatan / penguatkuasa (Polis, tentera dan seangkatannya).

Keseluruhan binaan lampu suluh bahagian luar diperbuat menggunakan polimer ABS yang tahan lasak dan ringan & binaan dalaman dari aluminium terbaik. Lampu suluh ini bersaiz kecil agar boleh digantung pada kunci / beg agar menjadi teman anda di kala suka dan duka & menerangi pabila persekitaran anda menjadi kelam & gelap gelita.

Bagi mereka yang tercari-cari model lampu suluh kecil, serbaguna dan mudah dibawa, model lampu suluh ini perlu menjadi teman hidup anda !!


4. Lampu Suluh BRITE STRIKE


Lampu suluh BRITE STRIKE ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari GRED TENTERA. Lampu suluh Brite Strike dibuat khusus untuk kegunaan tentera, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred NASA terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat.

Permukaan luaran lampu suluh yang bertekstur membolehkan ia dipegang dengan kemas manakala pada bahagian tepi terdapat klip penyangkut. Cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas.

Posting Komentar