your code goes here

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019

TaraHap - Kereta Myvi ialah model kereta hatchback supermini atau subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005.

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019

Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion atau Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.

Kereta myvi memiliki 3 generasi, iaitu:

1. Generasi Pertama (2005-2011)
Kereta Myvi generasi pertama ini terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan).

Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi generasi pertama juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.

Myvi generasi pertama dikilangkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. Rupa baru 2008 menampilkan pilihan wanra baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver.


Baca Juga Kisah Cinta Nabi Adam Dan Siti Hawa Yang Terpisah 300 Tahun

Perodua Myvi SE terdapat dengan wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.


2. Generasi kedua (2011-2017)
Myvi generasi kedua terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme.

Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan.

Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.

Myvi generasi kedua terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.


3. Generasi ketiga (2017–kini)
Myvi generasi ketiga telah diisytiharkan datang pada akhir 2017 / awal 2018. Pada 8 November 2017, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk 2018 Perodua Myvi telah dibuka.

Generasi ketiga Perodua Myvi telah diumumkan pada 9 November 2017 di Malaysia Autoshow 2017. Ia dilancarkan pada 16 November 2017.

Generasi Myvi ini dikenali sebagai tempatan di rumah, tanpa rebound dari generasi ketiga Daihatsu Boon. Ia adalah kereta baru yang baru di mana Toyota dan Daihatsu hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua dalam menjana Myvi yang baru.


Harga & Warna Cat Kereta Myvi


Harga Cat Kereta Myvi 2018 - 2019

  • Cat kereta 2k: Harga cat kereta myvi luar sahaja RM1300, kalau full luar dalam RM1700
  • Cat kereta solid: Harga cat kereta myvi luar sahaja RM1100, kalau full luar dalam RM1500


Senarai Warna Cat Kereta Myvi

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi generasi kedua

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi 2005–2008

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi SE 2007–2008

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi Standard 2008–2011 

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi SE 2008–2011

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi LE 2010–2011 

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi Standard 2011–2014 

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi 1.3 SE 2013–2014 

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi 1.5 SE 2011–2014 

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi 1.5 Extreme 2011–2014

Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi generasi ketiga
Harga Dan Warna Cat Kereta Myvi 2018-2019
Warna cat kereta Myvi terbaru

Posting Komentar