your code goes here

Shariff Dol • Biografi, Fakta, Dan Karya Shariff Dol

Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi,...
TaraHap - Shariff Dol Bin Asnawi atau lebih dikenali sebagai Shariff Dol (1926-1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions Ltd atau MFP.


Shariff Dol - Samseng Kampung Dusun (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.

Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol bin Asnawi adalah generasi zaman emas Shaw Brothers Ltd. di Studio Jalan Ampas, Singapura atau lebih dikenali sebagai Malay Film Productions Ltd iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Haji Jamil Sulong, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Haji Mahadi, AR Tompel, M. Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Omar Rojik, Dato' Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, HM Busra, dan Omar Suwita.


Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain; Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang.

Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa antagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.

Fakta Shariff Dol

Kelahiran: 
Shariff Dol Bin Asnawi 1926, Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia: 
27 April 1979 (umur 52–53) di Hospital Besar Singapura
Sebab kematian:
Komplikasi pelbagai jenis penyakit
Dikebumikan:
Di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Singapura
Kediaman:
Singapura
Warganegara:
Singapura
Pekerjaan:
Pelakon
Tahun aktif:
1955–1971
Majikan: 
Malay Film Productions Ltd
Cathay-Keris Film Productions
Terkenal kerana:
Watak Samseng Kampung Dusun dalam Seniman Bujang Lapok
Pasangan:
Alimah Ahmad
Jumlah Anak:
10 orang

Shariff Dol Meninggal Dunia



Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari Jumaat, 27 April 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu deman dan cirit-birit.

Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura.


Karya Filemografi Shariff Dol


Tahun 1955
Filem Menyerah 
Filem Menyerah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1955. Filem Menyerah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Menyerah diarah oleh pengarah K.M. Basker pada 1955. Menyerah merupakan filem pertama yang dilakoni oleh Shariff Dol; kemunculan khas.

Filem Abu Hassan Penchuri
Abu Hassan Penchuri merupakan sebuah filem fiksyen dan romantik Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 2 Mei 1955. Filem Abu Hassan Penchuri diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Abu Hassan Penchuri diarah oleh pengarah B. N. Rao dan ditayang kepada umum pada 2 Mei 1955. Dalam filem ini, Shariff Dol sebagai pelakon Tengku Mahkota Kerajaan Parsi.

Filem Penarek Becha
Penarek Becha (kini dieja sebagai Penarik Beca) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 30 Oktober 1955. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem ini juga merupakan filem pertama yang pernah diarahkan oleh P. Ramlee. Dalam filem tersebut, Shariff Dol berperan sebagai doktor.

Filem Roh Membela -


Tahun 1956
Filem Semerah Padi 
Semerah Padi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna.

Filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ini telah mengetengahkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi.

Dalam filem Semerah Padi, Shariff Dol melakoni peran sebagai Anak Buah Borek.

Filem Anakku Sazali
Filem Anakku Sazali mula ditayangkan di pawagam pada 27 Oktober 1956. Filem lakonan P. Ramlee ini menyaksikannya memainkan dua watak yang berbeza iaitu sebagai bapa dan anak. P. Ramlee memainkan watak Hassan yang dewasa dan Sazali, anaknya yang sudah dewasa.

Dalam filem arahan Phani Majumdar ini, Shariff Dol melakoni peran sebagai Double X / Big Boss.

Filem Adekku -


Tahun 1957
Filem Pancha Delima
Filem Pancha Delima merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 7 Julai 1957.

Filem Pancha Delima diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Beringin Tunggal.

Filem Hantu Jerangkong
Filem Hantu Jerangkong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1957.

Filem ini telah diarahkan oleh K.M. Basker. Disebabkan penerimaan orang ramai yang menggalakkan, filem Hantu Kubur dihasilkan selepas filem ini.

Filem ini jarang ditayangkan di televisyen kerana dianggap mengandungi perkara-perkara yang berlawanan dengan ajaran Islam, seperti percayakan hantu (hantu Jerangkung), dan mencampur aduk mentera dengan doa.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Salleh.

Filem Bujang Lapok
Filem Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957. Filem Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Kemunculan khas Shariff Dol - Samseng Kampung Dusun (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), mulai terkenal dalam filem ini.


Tahun 1958
Filem Kaki Kuda
Filem Kaki Kuda merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada 1958. Filem Kaki Kuda diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Kaki Kuda mula ditayangkan pada 1958 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin, Saloma, Normadiah, Shariff Dol dan ramai lagi.

Filem Hantu Kubor
Hantu Kubor merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di SingapuraSingapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958.

Filem Hantu Kubor diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia diterbitkan sebagai susulan kepada filem Hantu Jerangkung.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Salleh.

Filem Sumpah Orang Minyak
Filem Sumpah Orang Minyak mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd.

Ia diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Orang Minyak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Syaitan.


Tahun 1959
Filem Musang Berjanggut
Filem Musang Berjanggut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1 Ogos 1959. Filem Musang Berjanggut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Megat Alang Sengketa.

Filem Nujum Pa' Blalang
Nujum Pa' Blalang (kini dieja sebagai Nujum Pak Belalang) merupakan sebuah filem bahasa Melayu yang berunsur komedi pada tahun 1959 serta diarahkan dan dilakonkan oleh P. Ramlee. Shariff Dol sebagai Sultan Negeri Masai.

Filem ini berbaur cerita dongeng epik yang berlatar belakangkan budaya masyarakat Melayu lama. Filem ini turut memenangi "Filem Komedi Terbaik" di Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun.

Filem Batu Belah Batu Bertangkup
Filem Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem Batu Belah Batu Bertangkup diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Daeng Perkasa.


Tahun 1960
Filem Megat Terawis
Filem Megat Terawis merupakan sebuah filem tragedis [Melayu] yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1960. Filem Megat Terawis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dalam filem arahan Dhiresh Ghosh pada 1960 ini, Shariff Dol berperan sebagai Raden Andika Kandal.

Filem Lela Manja
Filem Lela Manja merupakan sebuah filem Melayu hitam putih, yang dihasilkan tahun 1960. Ia diarah oleh pengarah Jamil Sulong dibawah terbitan Malay Film Productions Ltd.

Filem Lela Manja diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1960. Shariff Dol berperan sebagai Megat Sura.

Filem Isi Neraka
Isi Neraka merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang sebahagian dari Malaya pada tahun 1960. Filem Isi Neraka diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Jawi.

Filem Pertarongan
Filem Pertarongan merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan pada 1960 oleh Malay Film Productions Ltd (MPF) di bawah arahan Omar Rojik. Shariff Dol sebagai Datuk Gehara.


Tahun 1961
Filem Ali Baba Bujang Lapok
Filem Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura. Filem Ali Baba Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai pelakon tambahan iaitu Orang Kaya.

Filem Seniman Bujang Lapok
Filem Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions.

Dalam filem ini, Shariff Dol melakoni dirinya sendiri.

Filem Si Tanggang
Si Tanggang ialah sebuah filem drama adaptasi dongeng Melayu Si Tanggang. Filem ini diterbitkan di Malaysia pada tahun 1961. Filem ini diarahkan oleh Dato' Haji Jamil Sulong. Shariff Dol sebagai Raja Donan.


Tahun 1962
Filem Siti Muslihat
Filem Siti Muslihat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang sebahagian dari Malaya pada tahun 1962. Filem Siti Muslihat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Siti Muslihat diarahkan oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1962 dan dibantu oleh Nordin Arshad. Shariff Dol sebagai Almarhum Raja / Pak Andak.

Filem Ibu Mertua-ku
Ibu Mertua-ku merupakan sebuah filem Melayu yang dihasilkan pada 1962. Ia diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Shaws Malay Film Productions.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Abidin.

Filem Singapura Dilanggar Todak
Filem Singapura Dilanggar Todak merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Singapura Dilanggar Todak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Singapura Dilanggar Todak diarah oleh pengarah Omar Rojik pada tahun 1961. Shariff Dol berperan sebagai Raja Singapura.

Filem Gerhana
Filem Gerhana merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1962. Filem Gerhana diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Gerhana diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1962. Shariff Dol berperan sebagai pelakon tambahan, Musa.

Filem Labu dan Labi
Labu dan Labi merupakan filem Melayu yang diarah dan dilakonkan oleh P. Ramlee. Filem ini mengisahkan tentang Labu dan Labi, dua orang gaji kepada usahawan kain yang kedekut iaitu Haji Bakhil, dengan angan-angan mereka yang besar.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai pembantu Labu.


Tahun 1963
Filem Pilih Menantu
Filem Pilih Menantu (The Choice of Relations) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963. Filem Pilih Menantu diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Pileh Menantu diarahkan oleh Omar Rojik dan dibantu oleh Kemat Hassan pada 1963. Shariff Dol berperan sebagai Shariff.

Filem Kasih Tanpa Sayang
Filem Kasih Tanpa Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1963.

Filem Kasih Tanpa Sayang diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Kasih Tanpa Sayang diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1963.


Tahun 1966
Filem Sri Andalas
Sri Andalas merupakan sebuah filem yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1966. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem ini diarahkan oleh S. Kadarisman dan dibantu oleh Zulkifli Mohamad pada tahun 1966 di Studio Jalan Ampas, Singapura. Shariff Dol berperan sebagai Datuk Mangkubumi.

Filem Gerak Kilat
Filem Jefri Zain - (Gerak Kilat) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Gerak Kilat Jefri Zain - (Gerak Kilat) diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Gerak Kilat Jefri Zain - (Gerak Kilat) diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong pada 1966. Dalam filem ini, Shariff Dol berperan Sebagai Botak.


Tahun 1968
Filem Raja Bersiong
Filem Raja Bersiong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1968. Filem Raja Bersiong diterbitkan dalam bentuk filem warna (Eastman Color).

Filem Raja Bersiong ini telah diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1968 dan juga pernah juga oleh Ramon A. Estella pada 1963.

Ia merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli Dhobie.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Pengawal Kampung.

Tahun 1969
Filem Keranda Berdarah
Filem Keranda Berdarah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1969. Filem Keranda Berdarah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Keranda Berdarah diarah oleh pengarah Nordin Ahmad pada 1969. Shariff Dol sebagai Ali.


Tahun 1972
Filem Jahanam
Filem Jahanam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1971. Filem Jahanam diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem ini adalah filem terakhir Shariff Dol sebelum beliau meninggal dunia akibat Komplikasi pelbagai jenis penyakit.

Dalam filem ini, Shariff Dol berperan sebagai Sultan Sang Murba.


Sumber
MS Wikipedia

Posting Komentar