your code goes here

Tiga kerajaan Alam Melayu yang diasaskan setelah Kesultanan Melayu Melaka berakhir

Tiga kerajaan Alam Melayu yang diasaskan setelah Kesultanan Melayu Melaka berakhir, iaitu...
TaraHap - Tiga kerajaan Alam Melayu yang diasaskan setelah Kesultanan Melayu Melaka berakhir, iaitu; Kesultanan Johor Riau, Kesultanan Perak, Kesultanan Selangor



1. Kesultanan Johor Riau

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan.

Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan.

Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan.

Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.

Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".


2. Kesultanan Perak

Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.

Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528.

Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffa dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak.

Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Bendahara Abdul Jalil dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.

Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Siak.

Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.


3. Kesultanan Selangor

Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi.

Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil.

Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor.

Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.


Sumber Rujukan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Perak
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Selangor

Posting Komentar