your code goes here

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Ary Malik. Biodata Ary Malik ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Wanita asal Malaysia ini!
TaraHap - Biodata Penuh Ary Malik, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Ary Malik.

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Ary Malik. Biodata Ary Malik ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Wanita asal Malaysia ini!



Biodata Penuh Ary Malik

Nama Penuh: Nurita Malita Aryanee binti Abdul Malik
Nama Popular: Ary Malik
Tarikh Lahir: 16 Oktober 1971
Zodiak: Libra
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Meninggal Dunia: 28 Februari 2017 (umur 45) Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab Kematian: Kanser ovari
Pasangan: Shahrul Nizam Shaharuddin (1997–2017; kematiannya)
Anak: 3 Orang
Saudara: Min Malik (adik)
Pekerjaan: Pengacara, Pelakon, VJ, Personaliti Media
Tahun Aktif: 1989 - 2017




Latar Belakang dan Kerjaya Ary Malik

Ary Malik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bapanya merupakan seorang pesara tentera. Adiknya, Yasmin Malik atau lebih terkenal sebagai Min Malik ialah penyanyi terkenal era 90-an, Min popular menerusi lagu "Flora Cinta".

Ary berkahwin dengan pengarah kreatif Shahrul Nizam Shahruddin atau Sha Bromo yang berasal dari Singapura pada 1997, dan dikurniakan tiga anak yang kesemuanya perempuan—Nuhr Zoe Iman (lahir 1998), Dinda Pelangi Timor (lahir 2004) dan Ratu Chinta Mecca (lahir 2006).


Kerjaya Ary Malik

Beliau dikenali kerana kepetahannya mengacarakan program hiburan MTV serta rancangan TV popular TV3, Muzik Muzik sekitar 2003. Ary memulakan kerjaya lakonan menerusi drama terbitan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Kolej pada 2000.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi; Ary memegang watak sebagai Saira, tunang kepada Hafiz.

Nama Ary menjadi sebutan dengan muncul bersama Bront Palarae dalam drama bersiri Cinta Tsunami arahan Ogy Ahmad Daud.

Ary juga berbakat dalam seni masakan, pada tahun 2011, beliau menjadi salah seorang daripada 40 peserta rancangan realiti masakan, MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro. Menerusi rancangan inilah, beliau berjaya mara ke peringkat akhir.

Selain itu, Ary juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Coca-Cola, Maxwell House, Lipton Tea, Colgate, Pantene dan juga Peter Stuyvesant Travel. Beliau membuat penampilan terakhirnya di televisyen sebelum meninggal dunia menerusi telfilem Menanti Awan yang dibintangi oleh Fizz Fairuz, Amerul Affendi dan Ruhainies Farehah, bersiaran di slot Citra TV2 pada 23 Ogos 2016.


Ary Malik Meninggal Dunia

Pada Mei 2016, Ary mula dikesan menghidap penyakit kanser ovari selepas mengadu sakit perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju.

Beliau kemudiannya menjalani kemoterapi dan sebelum dirujuk ke Hospital Ampang pada 18 Februari 2017 di mana kanser ovarinya telah mencapai tahap empat dan keadaan kesihatannya bertambah teruk. Beliau turut dikesan menghidap tumor dipercayai merebak ke kepalanya.

Pada 28 Februari 2017, khabar angin mula tersebar pada jam 2 petang, mengatakan beliau sudah meninggal dunia, namun ianya tidak benar. Bagaimanapun, Ary masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Tujuh jam selepas khabar angin tersebut tersebar, Ary disahkan meninggal dunia pada jam 7:17 malam pada tarikh sama di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah beliau dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn, Setapak pada jam 8.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota pada jam 12.40 pagi 1 Mac 2017.

Antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah ialah Ako Mustapha, Riezman Khuzaimi, Erma Fatima, Ellie Suriati dan Fizz Fairuz.

Suami Allahyarhamah Ary, Shahrul Nizam juga terkesan dengan pemergian Ary dan menyifatkan kehilangannya merupakan sesuatu yang besar buatnya.



Apa Zodiak Ary Malik? 

Apa Zodiak Ary Malik? Ary Malik lahir pada tanggal 16 Oktober 1971. Jadi, Zodiak Ary Malik adalah Virgo.

Zodiak Libra lebih suka hidup dalam keadaan aman dan sentiasa menempatkan keharmonisan terlebih dahulu, walaupun ini bertentangan dengan kebenaran yang ada, dan Libra sangat menghargai komitmen dari orang-orang yang mereka cintai. Sebagai mediator yang baik, mereka akan sentiasa tahu bagaimana untuk keluar dari situasi yang sukar. Melarikan diri adalah cara selamat mereka, kerana mereka sangat sensitif!

Kelebihan Libra
Libra bersikap diplomatis dan harmonis dalam semua keadaan. Libra adalah salah satu tanda zodiak yang paling seimbang dan ini menjadikan mereka menarik dan senang membantu.

Kelemahan Libra
Libra sering tidak dapat membuat keputusan. Kecenderungan mereka untuk mementingkan diri sendiri sering membuat mereka kelihatan rendah. Mereka juga sering meragui kekuatan dan nilai ideal mereka, dan ini menjadikan mereka mudah dipengaruhi oleh personaliti yang kuat.


Gambar Terkini Ary Malik

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Ary Malik, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar...

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ary Malik • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar