your code goes here

Biodata Eina Azman • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Eina Azman, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Eina Azman.
TaraHap - Biodata Penuh Eina Azman, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Eina Azman.

Biodata Eina Azman

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Eina Azman. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon Malaysia ini!

Siapa Eina Azman? Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan anak saudara penyanyi dan pelakon terkenal, Juliza Adzlizan.

Eina Azman mula dikenali ramai orang selepas menerusi drama Mimpi Cinderella, Suri Hati Mr. Pilot dan Rahsia Hati Perempuan.

Selain berkebolehan dalam bidang lakonan, kontroversi yang menimpa Eina Azman pada masa lalu juga turut memberikan tempias populariti kepadanya.


Biodata Penuh Eina Azman

Nama Penuh
Ainur Syakina binti Azman

Nama Popular
Eina Azman

Tarikh Lahir
13 Mac 1995

Umur Eina Azman
25 tahun (2020) 

Tinggi Eina Azman
± 170 cm

Asal Usul Eina Azman
Temerloh, Pahang, Malaysia

Kediaman Eina Azman
Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan Eina Azman
Pelakon, Penyanyi dan Model

Tahun Aktif
2008 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Eina Azman


Latar Belakang Eina Azman

Eina Azman mempunyai nama sebenar Ainur Syakina binti Azman, beliau lahir di Temerloh, Pahang, Malaysia pada 13 Mac 1995. Sekarang Eina Azman berumur 25 tahun.

Eina Azman merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Beliau juga merupakan anak saudara kepada juru vokal dan penyanyi terkenal, Juliza Adlizan.

Eina Azman menempuh pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4. Tidak sampai tamat sekolah, Eina bersekolah hanya sampai pada Tingkatan 2.

Eina Azman lebih memilih untuk belajar di rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian tanpa memperoleh kelayakan akademik seperti SPM dan A-level.


Kerjaya Eina Azman

Eina Azman mula berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2008. Drama pertama yang dilakoni Eina ialah 5 Jingga.

Drama terbitan Low Ngai Yuen ini dibintangi Eina Azman, Isma Hanum, Siti Saleha, Jehan Miskin, Sasha Bashir, Mohammad Ezhan, Renaldo Scully dan Hunny Madu selaku lapan orang pelakon utama, dibantu beberapa pelakon veteran termasuk Elaine Daly dan Tony Eusoff.

Dalam drama ini Eina melakoni watak Jed, Seorang kawan Zaleha (Siti Saleha) dan Nik (Isma Hanum Husein), dan ahli pasukan Cinta.

Selepas 5 Jingga, Eina Azman mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella (2012), di mana beliau memegang watak utama bersama dengan Afiq Muiz dan Chacha Maembong.

Antara drama lain yang dilakoni Eina Azman ialah Anorexia Nervousa (2018), Mistik Alam Hitam (2011), Detik 12.00 Malam (2013), Bangkitnya Seorang Perempuan (2013), Selamat Pengantin Madu (2014), Suri Hati Mr. Pilot (2016), Doa Ku Mohon (2018) dan Rahsia Hati Perempuan (2018).

Antara filem yang dilakoni Eina Azman ialah Ratu The Movie, Sesuatu Yang Tertinggal dan Zombie Kilang Biskut.

Dan telefilem lakonan Eina Azman ialah 23:55, Baju Raya Mona dan Demi Masa.


Perkahwinan Eina Azman

Pada 31 Ogos 2014, Eina Azman sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dipanggil Datuk Gmix.

Eina Azman memilih jejaka berketurunan Sikh berusia 35 tahun (pada masa itu) yang dicintainya sejak setahun sebelum mereka kahwin.

Pada masa itu Eina masih berusia 19 tahun sementara Datuk Gmix berusia 35 tahun, perbezaan umur mereka adalah 16 tahun.

Menurut Eina, biarpun berbeza usia 16 tahun, beliau tidak melihat itu sebagai satu masalah besar dalam pertalian mereka. Baginya semua berbalik kepada soal jodoh dan katanya, mereka tidak mahu bercinta lama-lama.

Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan majlis perkahwinan mereka diadakan di Hotel Grand Hyatt dalam keadaan yang mewah dan gilang gemilang dengan bertemakan konsep Bollywood.

Eina Azman ketika itu menerima wang hantaran bernilai RM77,000 dan sebuah kereta sport Chevrolet Camaro.


Cahaya Mata Eina Azman

Setelah 2 tahun berkahwin, pada 19 Februari 2016 Eina dan suaminya dikurniakan sepasang cahaya mata kembar. Eina dan suami bersalin di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Melalui perkongsian di laman Instagram, Eina dan suaminya, Dato Paduka Kaiser menamakan bayi kembar mereka Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Mengenai bayi kembarnya, Eina memberitahu, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.06 petang. Manakala, bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit sebelum.

Eina mengatakan bahawa dirinya bersalin selepas hamil 37 minggu lima hari, sebenarnya ia dijadual bersalin secara pembedahan pada 19 Mac (2016). Namun, Eina tidak mahu mengambil risiko itu.


10 Fakta Menarik Eina Azman

1. Nama sebenarnya ialah Ainur Syakina binti Azman.

2. Lahir pada 13 Mac 1995 di Temerloh, Pahang, Malaysia

3. Eina Azman berzodiak Pisces, yang lahir antara 20 Februari hingga 20 Mac.

4. Sekarang Zul Huzaimy berumur 25 tahun (2020).

5. Mula dikenali ramai orang selepas menerusi drama Mimpi Cinderella, Suri Hati Mr. Pilot dan Rahsia Hati Perempuan.

6. Merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Beliau juga merupakan anak saudara kepada juru vokal dan penyanyi terkenal, Juliza Adlizan.

7. Pernah menempuh pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4.

8. Berkahwin pada umur 19 tahun dengan jejaka berumur 35 tahun.

9. Dikurniakan sepasang cahaya mata kembar.

10. Nama bayi kembar Eina ialah Karl Kareef dan Arianna Aubrey.


Gambar Menarik Eina Azman

Biodata Eina Azman

Biodata Eina Azman

Biodata Eina Azman

Biodata Eina Azman
 
Biodata Eina Azman

Biodata Eina Azman

Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Eina Azman, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Eina Azman. Semoga bermanfaat...


Sumber Rujukan
- Eh.com.my
- Nona.my
- Bharian.com.my 1
- Bharian.com.my 2
- Farhahazman.blogspot.com
- Wikipedia.org

Posting Komentar