your code goes here

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Ummi Nazeera, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ummi Nazeera.
TaraHap - Biodata Penuh Ummi Nazeera, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ummi Nazeera.

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Ummi Nazeera. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon Malaysia ini!

Siapa Ummi Nazeera? Beliau merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan saudara kandung Nazreem Musa Zainul Abidin.


Biodata Penuh Ummi Nazeera

Nama Penuh
Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin

Nama Popular
Ummi Nazeera

Tarikh Lahir
20 Ogos 1990

Umur Ummi Nazeera
29 tahun (2020) 

Tinggi Ummi Nazeera
± 160 cm

Asal Usul Ummi Nazeera
Kuala Lumpur, Malaysia

Kediaman Ummi Nazeera
Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan Ummi Nazeera
Pelakon

Tahun Aktif
2008 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Ummi Nazeera


Latar Belakang Ummi Nazeera

Ummi Nazeera mempunyai nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin, beliau lahir di Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Ogos 1990.

Beliau merupakan saudara kandung Nazreem Musa Zainul Abidin. Sekarang Ummi Nazeera berumur 29 tahun.

Pada 2010, Ummi Nazeera menyambung pelajarannya di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia.

Ummi Nazeera mengambil jurusan perniagaan walaupun sebelumnya beliau ada menyatakan hasrat untuk menuntut dalam bidang seni lakonan.

Selepas empat tahun berlalu, Disember tahun 2013, Ummi berjaya menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institute of Technology dan pulang ke tanah air.

Pemergian Ummi ke luar negara juga bukan sekadar untuk menimba ilmu, malah lebih daripada itu, dia diberikan hidayah Allah SWT untuk melengkapkan dirinya sebagai wanita Muslimah apabila dia mula berhijab pada Mei 2013.


Kerjaya Ummi Nazeera

Ummi Nazeera mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon.

Beliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih.

Dalam drama ini, Ummi Nazeera bersanding dengan barisan pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir bulan Mac.

Ummi Nazeera berjaya menjadi artis jemputan dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, iaitu sebuah filem sulung arahan Aminah Rhapor yang ditayangkan pada 11 Februari 2010.

Dalam filem arahan Aminah Rhapor tersebut, Ummi Nazeera melakoni watak Syarifah (artis jemputan).

Selain itu, beliau juga membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Shy8 yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.

Pada 2018, Ummi Nazeera dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dalam Pelakon Filem Wanita Popular.

Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk Nur Kasih, Alif Imani dan Patahnya Sebelah Sayap.

Lain-lain drama dibintanginya seperti Ali Din, Awan Dania, Angin Cinta, Nahu Rindu, Suri Katriana, Korban Kasih dan banyak lagi.

Kemunculannya di layar perak menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal, Bisik Pada Langit dan Gol & Gincu Vol. 2.

Pada 2010, Ummi Nazeera menyambung pelajarannya di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia.

Selepas sekian lama 'menghilang, Ummi mengakui terpaksa mengambil masa dan berfikir panjang sebelum benar-benar bersedia untuk kembali ke dunia hiburan.

Kini pelakon drama Nur Kasih itu kembali mewarnai persada seni termasuk diuruskan syarikat Uprising Entertainment. Memulakan karier lakonan seawal usia 16 tahun, kini dunia lakonan tidak lagi dilakukan sekerap dahulu.

Sebaliknya, dia mahu mengembangkan skop perniagaan ibunya.


Perkahwinan Ummi Nazeera

Mengintai sejarah cintanya, Ummi pernah bercinta dengan pelakon kacak Remy Ishak, namun ia sudah lama tinggal sejarah.

Ummi kemudiannya dikatakan bercinta dengan jejaka yang dikenalinya ketika menuntut di Australia dikenali dengan nama Aizat Namun, tiga tahun selepas itu hubungan mereka putus.

Walaupun sudah berakhir, Ummi dan Aizat masih berkawan kerana perpisahan mereka atas pilihan masing-masing.

Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Pernikahan itu selamat disempurnakan bersama pasangannya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.

Turut hadir pada akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Datuk Tengku Rahimah Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah.

Ibu serta abang Ummi, Datuk Sri Maziah Musa dan Datuk Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Datin Seri Nurah Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Anak Ummi Nazeera

Ummi Nazeera selamat melahirkan anak sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos 2018.

Ummi melahirkan anaknya di Hospital Serdang, ia bersalin lebih awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor.

Ummi melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu.

Sebelumnya Ummi mendedahkan dia mengalami masalah placenta previajenis dua hingga menyebabkan berlaku pendarahan awal sebaik sambutan perayaan Aidilfitri 2018.

Beliau berkata, dia menangis apabila kejadian melibatkan masalah urinya berlaku kerana terfikir sudah kehilangan anak sulungnya itu.

Kata Ummi, dia akan mencuba segala yang mampu terutama sentiasa berdoa dan bersujud serta berehat untuk menjaga kandungannya.

Namun, beliau diduga lagi apabila pendarahan berlaku sebanyak tiga kali dan terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan.

Biarpun Ummi ketika itu berasa takut kerana hampir hilang pertimbangan namun suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khan sentiasa memberi semangat padanya.


10 Fakta Menarik Ummi Nazeera

1. Nama sebenarnya ialah Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainal Abidin.

2. Lahir pada 20 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia

3. Ummi Nazeera berzodiak Pisces, yang lahir antara 23 Julai hingga 23 Ogos.

4. Sekarang Ummi Nazeera berumur 29 tahun (2020).

5. Menyambung pelajarannya di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia.

6. Ummi Nazeera mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon.

7. Pada 2018, Ummi Nazeera dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pernah bercinta dengan pelakon kacak Remy Ishak.

9. Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani.

10. Dikurniakan anak wanita bernama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada 22 Ogos 2018.


Gambar Menarik Ummi Nazeera

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Ummi Nazeera • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga


Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Ummi Nazeera, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ummi Nazeera. Semoga bermanfaat...


Sumber Rujukan
- Wikipedia.org
- Bharian.com.my
- Hmetro.com.my
- Mstar.com.my 1
- Mstar.com.my 2

Posting Komentar