your code goes here

Biodata Zaquan Adha • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Zaquan Adha, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zaquan Adha.
TaraHap - Biodata Penuh Zaquan Adha, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zaquan Adha.

Biodata Penuh Zaquan Adha

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Zaquan Adha. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pemain bola sepak ini!

Nama sebenar Zaquan Adha ialah Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak. Beliau lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan.

Zaquan Adha merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kuala Lumpur di Liga Super Malaysia.

Zaquan Adha merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Zaquan Adha juga merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan bin Abdul Radzak.


Biodata Penuh Zaquan Adha

Nama Penuh
Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak

Nama Popular
Zaquan Adha

Tarikh Lahir Zaquan Adha
3 Ogos 1987

Umur Zaquan Adha
32 Tahun (2020)

Asal Usul Zaquan Adha
Malaysia

Pekerjaan Zaquan Adha
Pemain Bola Sepak

Tahun Aktif: 
2001 -

Tinggi Badan: 
1.72 M

Instagram:
@zaqone_08


Latar Belakang dan Kerjaya

Pasukan Negeri

Zaquan Adha merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan.

Zaquan Adha mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan.

Pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Negeri Sembilan Christian Bekamenga sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia.

Pada musim 2007/08, Zaquan berjaya menjaringkan 11 gol sekaligus menjadikannya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.

Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia.

Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.

Pasukan Kebangsaan

Pada tahun 2004, Zaquan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia bimbingan K. Rajagopal pada kejohanan Piala Belia Asia 2004.

Tahun berikutnya, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Belia ASEAN di Palembang, Indonesia. Zaquan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 9 gol.

Pada kelayakan Piala Belia Asia 2006, dia menjaringkan dua gol penting ketika menewaskan Myanmar pada pusingan kelayakan sekaligus melayakkan Malaysia pada kejohanan Piala Belia Asia 2006 di India.

Namun, dia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut setelah mengalami kecederaan.

Zaquan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 dimana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1 dan dia menjaringkan 3 gol pada kejohanan tersebut.

Zaquan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1999.

Pada tahun 2008, Zaquan sekali lagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua yang berlangsung di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Zaquan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Dunia 2010.

Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea.

Pada perlawanan tersebut, Zaquan hampir berjaya menembusi gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea.

Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.


Fakta Menarik Zaquan Adha

1. Nama sebenarnya ialah Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak.

2. Lahir pada 3 Ogos 1987 di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

3. Zaquan Adha berzodiak Leo, yang lahir antara 23 Julai - 23 Ogos.

4. Sekarang Zaquan Adha berumur 32 tahun (2020).

5. Merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan bin Abdul Radzak.

6. Zaquan Adha merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

7. Merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan.

8. Mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun.

9. Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea.

10. Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.


Gambar Terkini Zaquan Adha


Biodata Penuh Zaquan Adha

Biodata Penuh Zaquan Adha

Biodata Penuh Zaquan Adha

Biodata Penuh Zaquan Adha

Biodata Penuh Zaquan Adha

Biodata Penuh Zaquan Adha

Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Zaquan Adha, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zaquan Adha. Semoga bermanfaat... 


Sumber Rujukan

Posting Komentar