your code goes here

Biodata Zul Huzaimy • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Zul Huzaimy, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zul Huzaimy.
TaraHap - Biodata Penuh Zul Huzaimy, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zul Huzaimy.

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Zul Huzaimy. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon Malaysia ini!

Siapa Zul Huzaimy? Zul Huzaimy ialah seorang pelakon, pengarah, dan pengacara Malaysia yang lahir pada 4 Disember 1978.

Beliau memulakan karier seninya di pentas teater, Zul kini telah membintangi puluhan karya di televisyen mahupun layar perak.

Zul Huzaimy juga dikenali sebagai pengasas Spark Malaysian Club (SMC) iaitu sebuah kelab permotoran bertujuan untuk menyatukan semua pengguna motosikal di Malaysia.


Biodata Penuh Zul Huzaimy

Nama Penuh
Zul Huzaimy bin Marzuki

Nama Popular
Zul Huzaimy

Tarikh Lahir
4 Disember 1978

Umur Zul Huzaimy
41 tahun (2020) 

Tinggi Zul Huzaimy 
± 170 cm

Asal Usul Zul Huzaimy
Grik, Perak, Malaysia

Kediaman Zul Huzaimy
Malaysia

Pekerjaan Zul Huzaimy
Pelakon, Pengacara, Penulis Skrip, Komposer Dan Pengarah

Tahun Aktif
1997 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Zul Huzaimy


Latar Belakang Zul Huzaimy

Zul Huzaimy mempunyai nama sebenar Zul Huzaimy bin Marzuki, beliau lahir di Grik, Perak, Malaysia pada 4 Disember 1978. Sekarang Zul Huzaimy berumur 41 tahun.

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang teater sejak 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan.

Sebelum menjadi pelakon, beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya di stesen televisyen pendidikan negara, TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha adalah drama bersiri pertama arahannya.

Drama itu diadaptasi daripada sebuah novel dengan nama yang sama, novel ini mempunyai kekuatan dari jalan cerita dan skrip yang baik dan merupakan hasil tulisan Wan Mahani.

Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek ditayangkan bermula 7 Mei 2012 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.


Kerjaya Zul Huzaimy

Zul Huzaimy memasang impian untuk menjadi wakil rakyat atau wakil golongan artis pada masa hadapan.

Beliau berkata, dia terpanggil untuk berbuat demikian apabila melihat industri seni kreatif kini seakan dipinggirkan kerajaan sejak ketiadaan Tan Sri Jins Shamsuddin yang meninggal dunia pada 1 Mac 2017.

Selain berlakon dan mengarah, Zul juga bergelar Presiden Persatuan Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Presiden Kelab Motosikal Spark Malaysia.

Persatuan Alumni Aswara terbabit dalam seni budaya, kebetulan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Pada 2019, Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara musim pertama All Stars Buka Panggung (ASBP) sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Sementara tempat ketiga dimilik oleh Noorkhiriah dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.

Dalam masa sama, Zul juga terbabit aktif membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk di kampungnya di Gerik, Perak.


Selesa Di Belakang Tabir

Memulakan langkah awal dalam industri hiburan sebagai pelakon, Zul Huzaimy kini selesa berada di belakang tabir sebagai pengarah.

Berbekalkan pengalaman yang diraih dalam bidang lakonan, Zul telah sukses mengarah beberapa drama dan telefilem terkenal.

Walaupun seronok mengarah, beliau masih mencintai bidang lakonan yang sebati dengan jiwanya sejak dulu. Namun dia terpaksa membahagikan masa sebaiknya untuk melakukan dua pekerjaan serentak.


Kehidupan Pribadi dan Perkahwinan

Zul Huzaimy berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad pada 2006, namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama. Perkahwinan pertama Zul dengan Nor Dalilah Muhammad berakhir dengan perceraian pada 1 Julai 2010.

Hasil perkahwinannya dengan Nor Dalilah, Zul Huzaimy dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awal Haziq.

Zul Huzaimy berkahwin lagi dengan Nur Ernawati Mohamad Nor pada 20 Februari 2015. Nur Ernawati berjaya mengetuk pintu hati pelakon berbakat besar Zul Huzaimy Marzuki, untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas empat tahun menduda.

Perkenalan mereka bermula sebagai pelakon dengan peminat dan Erna yang sememangnya mengikuti perkembangan Zul tahu segala-galanya mengenai latar diri lelaki itu yang juga penulis skrip, pengarah drama dan teater.

Pada hari bahagia itu, Erna menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM21,515.15.


10 Fakta Menarik Zul Huzaimy

1. Nama sebenarnya ialah Zul Huzaimy bin Marzuki.

2. Lahir pada 4 Disember 1978 di Grik, Perak, Malaysia.

3. Zul Huzaimy berzodiak Sagitarius, yang lahir antara 23 November hingga 21 Disember.

4. Sekarang Zul Huzaimy berumur 41 tahun (2020).

5. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang teater sejak 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan.

6. Drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha adalah drama bersiri pertama arahannya.

7. Pada 2019, Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara musim pertama All Stars Buka Panggung (ASBP).

8. Bergelar Presiden Persatuan Alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Presiden Kelab Motosikal Spark Malaysia.

9. Perkahwinan pertama Zul dengan Nor Dalilah Muhammad berakhir dengan perceraian pada 1 Julai 2010.

10. Zul Huzaimy berkahwin lagi dengan Nur Ernawati Mohamad Nor pada 20 Februari 2015.


Gambar Menarik Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy

Biodata Penuh Zul Huzaimy


Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Zul Huzaimy, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Zul Huzaimy. Semoga bermanfaat...


Sumber Rujukan
- Hmetro.com.my 1
- Hmetro.com.my 2
Iluminasi.com
- Wikipedia.org


Posting Komentar