your code goes here

Apa Maksud Soal Selidik Beserta Kaedah Soal Selidik

Apa Maksud Soal Selidik - Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.

Apa Maksud Soal Selidik
people.utm.my

Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Pelaksanaan soal selidik memerlukan masa dan pemikiran yang mendalam agar soal selidik mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kaedah Soal Selidik : 

Kedua-dua kaedah di atas memerlukan alat; iaitu kertas soalselidik dan ujian. Kaedah ini sering digunakan untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan secara formal dan sistematik. Sebaiknya alat-alat itu dapat memenuhi ciri-ciri berikut:

— Memenuhi objektif dan persoalan kajian.
— Mempunyai keesahan alat ukur (validity)
— Mermpunyai kebolehpercayaan (reliability)
— Praktikal (boleh dilaksanakan).

Dua jenis soal selidik yang biasa digunakan ialah:
— Butiran bentuk tertutup:
— Butiran bentuk terbuka.

Butiran bentuk tertutup:
Butiran bentuk tertutup ialah butiran yang berkehendakkan jawapan pendek seperti `Ya’ atau `tidak’; atau memilih pilihan-pilihan yang disediakan. Butiran jenis ini biasanya sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja. Kebaikan menggunakan butiran bentuk tertutup ialah:
— Boleh dijawab dengan mudah
— Mengambil masa yang pendek
— Tidak mengalih pandangan responden daripada tajuk yang disoalkan
— Berbentuk objektif
— Mudah disusun dan dianalisis.   


Butiran bentuk terbuka: 
— Butiran bentuk terbuka berkehendakkan jawapan bebas daripada responden. Tidak ada `petunjuk’ dibekalkan.
— Butiran ini yang bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam termasuk motif-motif yang tersembunyi di belakang sikap, minat, `kecenderungan’ dan cadangan-cadangan responden.
— Jawapan-jawapan seperti ini agak sukar sedikit untuk ditafsirkan, disusun dan dijadualkan dalam laporan. Walau bagaimanapun jawapan ini mempunyai kebaikan sendiri bergantung pada jenis maklumat yang diperlukan.


Panduan membina butiran soal selidik


  •  Beri takrifan kepada sebutan-sebutan yang boleh disalah ertikan.
  • Elakkan penggunaan adjektif dan adverb yang mengelirukan. Perkataan-perkataan seperti `biasanya’, ‘kadang-kadang’, `jarang-jarang’ memberi pengertian yang berbeza antara seorang dengan seorang lain. Frasa seperti “berapa kali dalam sehari … ” dan sebagainya boleh digunakan.
  • Elakkan soalan yang menidakkan perkara yang tidak benar. Misalnya, “Adakah anda tidak bersetuju supaya pelajar tidak disebat di khalayak ramai?” Ya, tidak.
  • Pilihan-pilihan yang diberi mestilah lengkap. Pilihan Ya, tidak kepada soalan “Adakah anda berkahwin?” Tidak lengkap sebab mungkin ada penjawab yang berstatus “duda” atau “janda”.
  • Bariskan perkataan yang hendak ditekankan.
  • Elakkan soalan yang mempunyai dua maksud. Soalan seperti, “Adakah anda bersetuju supaya pelajar yang cerdas diletakkan dalam satu kumpulan dan dihantar ke sekolah yang khas?” sepatutnya dipecahkan kepada dua bahagian.
  • Jika responden diperlukan memberi “pemeringkatan” atau bandingan satu poin rujukan harus diberikan . Soalan seperti, “ Apakah pendapat anda tentang pengajaran guru A?” – Baik, sederhana, lemah – dianggap tidak jelas. Responden harus diberitahu dengan siapa guru A harus dibandingkan, adakah dengan guru pelatih , guru berpengalaman atau guru yang dianggap unggul?
  • Soalan mestilah sesuai denga “Berapa harikah dalam semingggu pihak kolej menghantar guru pelatih ke sekolah?” dianggap tidak sebab kebanyakan kolej mengendalikan latihan mengajajar secara berterusan


Bekalkan poin tertentu bagi setiap pilihan jika responden membuat pilihan mengikut darjah pilihan mereka. Misalnya:

◦ Pilihan I ……………. 5 poin

◦ Pilihan II ……………. 4 poin

◦ Pilihan III ……………. 3 poin



Cara Mengendalikan Soal Selidik

Pilih responden daripada mereka yang benar-benar berminat untuk menjawab dan yang mempunyai ciri-ciri responden yang dihajati.
Uji soal selidik kepada responden daripada sampel yang hendak dikaji. Baiki butiran yang didapati kurang jelas supaya butiran tersebut benar-benar dapat memperoleh maklumat yang dihajatkan.
Untuk memastikan soal selidik dijawab dan dikembalikan kepada penyelidik, beri soal selidik melalui ketua jabatan responden.
Untuk mendapatkan kerjasama daripada responden, beri penerangan tentang tujuan penyelidikan dengan jelas dan menjanjikan satu salinan dan sebagai laporan akan dihantar kepada jabatan penjawab.


Menganalisis Jawapan Soal Selidik

Kira pekali korelasi untuk mendapatkan pertalian antara data
Sediakan jadual kekerapan untuk mengumpul jawapan pendek seperti masa, umur, jantina, kumpulan, amalan dan sebagainya.
Bagi data kuantitatif, beberapa nilai statistik harus dihitung diberikan. Perbandingan antara satu data kuantitatif dengan data kuantitatif yang lain harus dilakukan.
Bagi data kualitatif atau naratif, data tersebut harus diringkaskan dan dikategorikan dalam jadual tertentu.
Semasa membuat perumusan, pertimbangan harus diberikan kepada peratus responden yang kecil. Peratus yang kecil membawa kepada kebolehpercayaan yang kecil. Laporan penyelidikan harus dinyatakan dalam peratusan.


Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik :
-sesuai dengan keadaan responden
-format instrumen yang sistematik
-arahan yang jelas
-ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan


Panduan membentuk item-item soal selidik :
-penggunaan bahasa yang mudah
-selaras dengan responden
-elakkan soalan yang sukar
-soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden
-elakkan soalan dwi-maksud
-soal selidik yang terlalu panjang
-elakkan soalan yang kabur
-elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat
-elakkan item yang negatif

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman. ( Gay & Airasian, 2000 )

Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji :

-Kos membina borang soal selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat.
-Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.
-Responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.
-Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. 

Posting Komentar