your code goes here

Cara Cara Menabung Paling Berkesan Yang Perlu Anda Cuba

TaraHap - Sehingga kini anda masih sering menghadapi masalah untuk menabung?tambah-tambah lagi bagi mereka yang suka berbelanja..  Aduhhh, sangat sukar lah untuk menguruskan kewangan mereka.

Cara Menabung Paling Berkesan

Kenapa anda sukar untuk menabung? Terdapat banyak sebab yang membuat orang sukar untuk menabung, duit gaji tak cukup la, banyak hutang nak kena settle la, dan bermacam-macam lagi.

Ada yang beranggapan disebabkan kos sara hidup yang tinggi, mereka tidak mampu menabung.

Mungkin pada tanggapan sesetengah orang, menabung itu perlukan sejumlah wang yang besar. Sepatutnya mereka menghayati konsep sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Sebenarnya menabung itu sangat penting untuk masa depan kita. Mempunyai wang simpanan adalah perkara yang penting untuk kestabilan kewangan sendiri.

Simpanan itu mampu untuk membantu anda menghadapi perkara yang tidak dijangka, dan memberi anda jaring keselematan untuk masa hadapan.

Wang simpanan ini baik untuk digunakan sekarang, ketika kecemasan, ataupun untuk masa depan dan untuk keperluan keluarga kita kemudian.

Kebanyakan orang mahu untuk menabung, tetapi ramai juga yang tidak tahu cara menabung yang berkesan...

Ramai orang beranggapan bahawa menabung hanya untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang dewasa.

Tetapi adakah kita pernah tertanya-tanya mengapa kita mengajar anak-anak bagaimana untuk menabung yang berkesan ketika mereka masih muda? Supaya mereka pandai berjimat dan tidak boros dalam membeli barang.

Tapi pernahkah kita fikir, semakin besar kanak-kanak itu, semakin kurang sifat mereka untuk menyimpan duit dan membuat simpanan kecemasan.

Jadi, perlu diingatkan untuk kita semua agar tanamkan semula sifat menyimpan wang untuk kegunaan masa depan. Banyakkan menyimpan agar boleh digunakan ketika kecemasan.

Cara Menabung Paling Berkesan

Oleh itu, menabung perlu diterapkan seawal usia prasekolah supaya golongan cilik membesar menjadi individu yang bijak wang, sekali gus mampu menguruskan kehidupan mereka dengan baik.

Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan mampu membantu anak-anak lebih berkeyakinan untuk menguruskan sumber kewangan yang diterima.

Berikut manfaat anak-anak yang dididik dengan pengetahuan asas oleh ibu bapa atau guru mengenai pengurusan kewangan:

  • Menjadi lebih matang dalam membuat keputusan kerana dapat membezakan antara keperluan, kemahuan dan kehendak.
  • Mampu menguruskan sumber kewangan sendiri dengan bijak terutama apabila mula berdikari di asrama, kolej atau universiti.
  • Pendidikan kewangan adalah pembelajaran sepanjang hayat kepada setiap individu.
  • Membentuk peribadi sebagai individu berhemah dan memiliki sifat terpuji seperti berjimat cermat dan tidak boros.
  • Dapat membina keyakinan diri dan integriti apabila diberi tanggungjawab untuk memperoleh, membelanjakan, menyimpan dan berkongsi wang.
  • Membantu dalam keputusan mengenai kewangan peribadi dan menghargai nilai wang.
  • Anak dapat menilai wang bukan segala-galanya dalam kehidupan.
  • Membantu anak-anak mencapai matlamat kewangan dalam jangka masa ditetapkan.

Kaidah-kaidah Menabung Yang Paling Berkesan

Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia tiada simpanan langsung! Mengikut laporan 2017 dari Institut Khazanah, Malaysia mempunyai kadar simpanan terendah di dunia.

Cara Menabung Paling Berkesan

Laporan ‘The State of Households II’ dari Institut Kajian Khazanah menyatakan statistik yang merisaukan – hanya 10.8% isi rumah di Malaysia mempunyai keupayaan menyara diri sekiranya berhadapan dengan kehilangan sumber pendapatan atau berhadapan dengan krisis kewangan.

Dengan populasi 31.76 juta orang, itu hanya sekadar hampir 343,000 isi rumah! Dengan keadaan pasaran kerja yang tidak menentu, ia amat penting untuk anda sediakan payung sebelum hujan.

Oleh itu, anda perlu untuk menabung... 3 sebab anda mesti mula menyimpan wang sekarang, Kerana kebanyakan rakyat malaysia berbelanja melebihi kemampuan, Kerana harga barang akan menjadi semakin mahal (inflasi), dan Sebagai persediaan untuk persaraan.

Tabiat untuk menabung itu tidaklah susah dan boleh dilakukan secara kreatif. Berikut adalah empat cara kreatif untuk menambah wang simpanan anda.


1. Kaedah Paksa Rela

Cara Menabung Paling Berkesan

Paksa rela ini merujuk kepada proses simpanan di mana anda menggunakan akaun alternatif sebagai tabung simpanan. Caranya ialah anda cuma memasukkan sejumlah wang secara tetap ke dalam akaun tersebut.

Jika anda sudah ada lebih dari satu akaun bank, anda boleh memilih dari salah satu akaun yang kurang aktif sebagai akaun untuk simpanan paksa rela.

Bagi yang hanya mempunyai satu akaun, anda boleh membuka satu akaun baharu untuk akaun simpanan paksa rela. Mudah, kan?

Cara alternatif adalah untuk membuka tiga akaun di bank yang berlainan. Kita hanya perlu pilih satu antara tiga bank ini untuk dijadikan sebagai akaun simpanan tetap.

Namun, kad ATM bagi bank itu perlu disimpan di tempat yang selamat supaya nafsu kita tidak menjumpainya.

Jika anda tiada akaun simpanan, anda boleh mengunjungi cawangan bank dan membuka satu akaun khusus untuk simpanan tetap. Anda dicadangkan untuk mengkaji produk yang ditawarkan oleh pelbagai bank.

Perkara penting yang perlu diambil kira ialah kadar dividen yang tinggi yang boleh dijadikan sebagai tambahan nilai untuk simpanan tetap. Bak kata pepatah - “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.


2. Kaedah Satu Per Tiga

Cara Menabung Paling Berkesan

Apabila gaji atau bayaran masuk ke dalam akaun kita, kita mesti sukar untuk mengatur aliran keluar masuk duit. Satu kaedah yang mudah ialah kaedah satu per tiga.

Kaedah ini tidak membebankan anda kerana pecahan simpanan boleh dikatakan maksimum.

Andai kata anda memperoleh bayaran balik cukai, bonus, atau gaji daripada kerja sampingan. Jumlah yang diperoleh itu boleh diagihkan kepada tiga jumlah yang sama.

Contohnya jika anda memperolehi RM900, alihkan RM300 ke akaun simpanan paksa rela, RM300 ke akaun simpanan kedua dan selebihnya untuk kegunaan diri sendiri.

Ini merupakan kaedah bijak dan tersusun kerana anda dapat melihat aliran masuk duit yang dengan lebih mudah, membina simpanan dan berbelanja dengan bijak.


3. Simpan Mengikut Warna

Cara Menabung Paling Berkesan

Anda pasti pernah dengar tentang cara kreatif untuk menabung ini. Asingkan mata duit mengikut warnanya, dan pilih satu “warna” untuk simpan.

Apabila anda dapat nota wang dengan warna tersebut, terus simpan dan jangan digunakan. Sebagai contoh, jika anda pilih biru, simpan semua RM1 yang anda ada dan jangan digunakan.

Jika hijau, simpan nota wang RM5, merah, RM10, jingga, RM20. Teruskan tabiat ini untuk beberapa minggu atau bulan, dan lihat berapa banyak simpanan yang telah dicapai!

Tips ini juga senang diikuti oleh si kecil untuk membina tabiat menabung.


4. Pelan Pelaburan

Cara Menabung Paling Berkesan

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menjadikan pelaburan sebagai gaya hidup dan gagal untuk merancang kewangan dengan bijak.

Ini menyebabkan ramai yang terperangkap dalam beban kewangan, lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup terus meningkat.

Simpanan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dan gaya hidup, anda disarankan untuk membuat pelaburan untuk mengembangkan nilai kewangan anda.

Kaedah simpanan ini melibatkan pelaburan duit ke pelaburan pasif. Mengapa pelaburan pasif? Pelaburan jenis ini mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami kerugian.

Salah satu kriteria penting dalam memilih pelan pelaburan ialah memilih jenis pelaburan yang akan memberikan pulangan yang sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi semasa.

Pelan AIA A-EnrichGold-i adalah salah satu daripada pelan simpanan yang sedia ada oleh AIA. Pelan ini fleksible mengikut keperluan dan kemampuan anda, malah juga memberi perlindungan Takaful jika berlaku kematian atau kecacatan kekal.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara kreatif atau mudah untuk membuat simpanan. Anda boleh mengamalkan kesemua kaedah atau pilih satu kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

Kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat simpanan, kerana ia adalah pelaburan untuk masa depan dan bersifat jangka masa panjang.

Walaupun terdapat modal minimum untuk kebanyakkan jenis pelaburan, tiada jumlah minimum untuk mula menyimpan.

Apa yang penting, adalah untuk menabung secara konsisten untuk jangka masa panjang dan melaburkan semula pulangan yang diterima.

Selepas 10 tahun, anda lihat sendiri bagaimana kuasa faedah kompaun mampu mengembangkan nilai simpanan anda.

Jadilah penyimpan atau pelabur yang bijak dan rancang kewangan anda dengan teliti.


Jenis Simpanan Yang Perlu Anda Miliki

Bayangkan simpanan anda dalam 3 kategori utama iaitu simpanan untuk jangka pendek, simpanan jangka sederhana, dan simpanan jangka masa panjang.

Cara Menabung Paling Berkesan

3 jenis simpanan ini dikelaskan berdasarkan fasa dalam hidup anda dan bakal menyiapkan anda untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak dijangka, dari kehilangan pekerjaan yang tidak dijangka, kenaikan kadar faedah, kemalangan, dan sebagainya.

Berikut adalah 15 jenis tabung simpanan yang orang dewasa perlu anda miliki...

Tabung kecemasan
Tabung kecemasan merupakan simpanan yang wajib ada kepada setiap individu. Sebelum lakukan simpanan atau pelaburan lain, fokus kepada tabung kecemasan ini terlebih dahulu.

Tabung perbelanjaan
Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda dan pastikan buat satu tabung yang sama jumlahnya. Tabung ini bertindak dan membantu anda jika menerima gaji lambat pada bulan seterusnya.

Tabung pelaburan jangka masa pendek
Pelaburan jangka masa pendek adalah antara 5 hingga 10 tahun. Pelaburan ini bagi memastikan anda mempunyai keuntungan dan duit tambahan pada 5 tahun akan datang.

Tabung pelaburan jangka masa panjang
Lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tabung persaraan. Simpanan ini boleh dijadikan sebagai tambahan kepada simpanan KWSP anda.

Tabung pendidikan sekolah anak-anak
Setiap anak pasti akan pergi ke sekolah sama ada sekolah awam atau swasta. Jika anda ingin anak anda pergi ke sekolah swasta, simpanan anda perlu lebih setiap bulan.

Tabung pendidikan universiti anak-anak
Walaupun setiap individu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan bantuan PTPTN, tetapi lebih baik jika anda sediakan satu dana pendidikan universiti supaya mereka tidak memerlukan hutang pendidikan tersebut.

Tabung perbelanjaan anak baru lahir
Kos bagi membesarkan anak yang baru lahir memang tinggi kerana barang-barang keperluan mereka lebih mahal.

Tabung deposit rumah
Jika anda masih tinggal di rumah sewa, anda perlu buat satu tabung deposit rumah untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. Sediakan satu dana untuk memudahkan anda mendapatkan rumah sendiri.

Tabung deposit kereta
Walaupun pinjaman kereta kini tidak memerlukan sebarang deposit, lebih baik jika anda sediakan 10% hingga 20% deposit dari harga kereta. Cara ini lebih menjimatkan dan ansuran kereta anda juga lebih rendah.

Tabung insuran dan cukai jalan kereta
Selain ansuran kereta, anda masih perlu keluarkan duit untuk insuran dan cukai jalan kereta setiap tahun. Bagi mengelakkan anda terbeban pada hujung tahun, buat simpanan setiap bulan.

Tabung perlindungan
Tujuan tabung perlindungan adalah sebagai persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan. Tabung perlindungan biasanya dalam bentuk kad perubatan dan juga insuran hayat.

Tabung pelancongan 
Setiap individu atau keluaga mahu pergi melancong bersama orang tersayang. Jadi, sediakan satu tabung untuk anda menampung kos perbelanjaan pergi melancong.

Tabung sambutan perayaan
Ketika musim perayaan, ramai yang mula beli barang baru seperti baju, perabot, gajet dan lain-lain lagi. Sebelum musim perayaan tiba, pastikan anda sudah mempunyai tabung simpanan untuk sambutan perayaan.

Tabung umrah & Haji
Walaupun giliran anda untuk pergi haji masih lambat, anda masih perlu sediakan wang perbelanjaan untuk ke sana. Simpanan wang di dalam akaun tabung haji dan jadikan sebagai perbelanjaan haji atau umrah anda.

Tabung perkahwinan
Bagi individu yang masih bujang, tabung perkahwinan sangat penting terutama dengan kos perbelanjaan yang semakin tinggi.


Cara Menabung Paling Berkesan Untuk Anda

Cara Menabung Paling Berkesan

Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk bahagikan duit gaji kepada beberapa bahagian.


Tabung Diri Sendiri Sebanyak 10%
Perkara pertama yang perlu dilakukan selepas dapat gaji, ialah menjimatkan sebanyak 10% gaji untuk diri sendiri.

Dengan wang itu kita dapat makan di tempat-tempat yang mahal, membeli pakaian yang baik, pergi ke taman hiburan dengan keluarga atau untuk pergi spa rehatkan diri, terpulang pada diri kamu.

Memberikan jiwa dan minda kita rehat yang menyenangkan setelah selama sebulan bekerja lelah berhempas pulas untuk mencari rezeki. Tetapi ingat, kita hanya boleh menggunakan 10% gaji kita, tidak lebih.

Contoh, gaji sebulan kita adalah RM5000, jadi pastikan hanya rm500 sahaja yang dibelanja untuk diri sendiri, tidak lebih.


Tabung Sedekah Sebanyak 5%
Dalam harta kita ada hak orang lain, satu cara untuk mengeluarkan hak orang lain adalah dengan memberi sedekah.

Dengan bersedekah, semakin berkat rezeki yang kita dapat dan semakin bertambah banyak rezeki kita. Malah, rezeki kita akan datang dalam bentuk yang tidak dijangka.

Tidak dinafikan ada orang yang anggap bila bersedekah itu duit akan berkurangan atau akan rasa miskin selepas banyak bersedekah tetapi sebenarnya itu pemikiran yang salah, kerana semakin banyak kita memberi maka semakin banyak kita menerima... Itulah konsep sedekah.

Jadi tunggu apa lagi? Bersedekahlah supaya rezeki yang kita ada dapat jadi berkat dan bertambah banyak.


Tabung Ibu bapa Sebanyak 5%
Perkara ini sering dilupakan. Bila dah mula dapat duit, mula lupa diri, lupa siapa yang menjaga kita dari kecil.

Ingat bahawa ibu bapa kita tidak mahu wang kita sedikit pon, yang mereka mahu adalah tengok sama ada kita ingat atau tidak kepada mereka.

Bagi anak-anak yang duduk dengan ibu bapa, apa salahnya berkorban untuk bayar bil api, bil air, keperluan dapur atau bayar sewa rumah supaya dapat kurangkan beban ibu bapa kita.


Tabung Simpanan Sebanyak 10%
ini adalah perkara penting yang perlu kita sediakan sedari dulu. Dapat duit simpan untuk buat simpanan. Memanglah awal-awal simpan duit sikit saja.

Tapi bila dah lama-lama menyimpan, kan bertambah banyak duit yang ada. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Tabung Percutian Sebanyak 10%
Bila sebut cuti, selalu orang yang dapat gaji saja, terus fikir untuk pergi bercuti. Lepas bercuti tengok-tengok semua duit gaji habis ke tempat percutian.

Ini ada satu tips untuk semua. Buat tabungan dari mula kita dapat gaji, sampai satu masa duit untuk percutian dah cukup, pergilah bercuti.

Walaupun bukan selalu pergi bercuti, sekurang-kurangnya kita dapat bercuti juga. Dapat bercuti, dan dapat simpan duit dengan bijak.

Jadi, pilih! Nak bercuti setiap bulan sampai duit dah habis? atau nak cuti bila duit tabung cuti dah cukup ?


Tabung Pendidikan Sebanyak 10%
Bila dapat gaji, simpanlah juga duit untuk pendidikan. Sama ada yang baru bekerja yang masih dalam PTPTN, boleh bayar sikit demi sikit atau yang ada keinginan untuk sambung belajar boleh tampung yuran belajar kita.

Mungkin juga duit ini bukan untuk belajar di tempat belajar, tapi kalau kita nak hadiri kursus-kursus yang berbayar untuk tingkatkan kemahiran diri kita, inilah peluangnya.

Simpan duit untuk tingkatkan diri kita. Ilmu itu penting untuk membawa kita ke arah yang lebih baik.


Tabung Perbelanjaan Sebanyak 40%+10%
Ini adalah benda yang paling penting sekali. Setiap bulan kita perlu buat dan catat perbelanjaan kita supaya kita tidak terlebih untuk menggunakannya atau tidak terlalu boros dalam membelanjakan duit kita.

Dalam duit inilah kita kena kira tambang tol pergi balik kerja setiap hari, duit minyak kereta, keperluan barang dapur, keperluan harian dan segala yang berkait dengan perbelanjaan harian.


Bagaimana dengan tips di atas? menarikkan . Kalau menarik cubalah. Tips ini mengajar kita semua untuk menyimpan sambil berbelanja untuk diri sendiri. Kalau kita seorang yang pandai merancang, dan mula merancang dari sekarang, maka kita akan jadi orang yang bijak menguruskan kewangan dengan baik.

Jadilah orang yang bijak menguruskan gaji supaya masa depan kita terjamin dan terjaga.


Situs Referensi: 
http://www.duitkertas.com/2017/04/18-jenis-tabung-simpanan-yang-orang.html?m=1
https://heaxabell.com/blog/cara-menabung-paling-berkesan/
https://www.comparehero.my/retirement/articles/sebab-perlu-menyimpan-wang
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/4-kaedah-kreatif-untuk-memupuk-tabiat-menyimpan.html
http://www.majalahlabur.com/kewangan/4-tips-menabung-bagi-mereka-yang-susah-nak-menyimpan/

Posting Komentar