your code goes here

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018-2019

TaraHap - Kereta Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional Malaysia, Proton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma.

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019

Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006.

Pada penghujung tahun 2005, satu lagi varian eksklusif Waja dengan tapak roda yang lebih panjang iaitu Proton Waja Chancellor dilancarkan, digerakkan oleh enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.

Pembangunan Proton Waja bermula pada penghujung dekad 1990-an bersama-sama enjin Campro tetapi enjin tersebut masih dalam peringkat pembangunan semasa Proton Waja dilancarkan, oleh itu Proton menggunakan enjin 4G18 dari Mitsubishi untuk digunakan pada Waja. Ia dilancarkan pada Ogos 2000 bersama-sama dengan logo korporat baru Proton.

Pada tahun 2002, varian 1.8L dilancarkan, digerakkan oleh enjin Renault F4P yang turut digunakan pada kereta Renault Laguna II.

Ia menawarkan teknologi pacu melalui wayar (drive-by-wire) serta pemasaan injap boleh laras, tetapi pengeluaran dihentikan tahun berikutnya berikutan kurangnya jualan di kalangan pembeli tempatan yang lebih biasa dengan enjin buatan Jepun daripada enjin buatan Eropah.

Pada penghujung 2005, Proton memperkenalkan satu lagi varian eksklusif yang dikenali sebagai Proton Waja Chancellor yang turut digunakan oleh para perwakilan negara-negara ASEAN semasa persidangan di KLCC sebelum pelancarannya.

Model tersebut menggunakan enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.


Baca Juga Kisah Cinta Nabi Adam Dan Siti Hawa Yang Terpisah 300 Tahun

Hanya pada tahun 2006 barulah enjin Campro digunakan pada Proton Waja. Enjin tersebut lebih berkuasa sedikit daripada yang digunakan pada Proton Gen-2 disebabkan sistem kemasukan udara yang berbeza serta ECU yang dipeta semula.

Pada tahun 2008 pula, Proton Waja kini digerakkan oleh enjin Campro CPS yang lebih berkuasa serta dilengkapi sistem pemasaan injap boleh laras.

Proton Waja mengalami perubahan rupa bentuk sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2006 dan pada tahun 2007.

Model tahun 2007 turut menyertakan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD yang sebelum ini menjadi ciri pilihan dalam model sebelumnya sebagai ciri utama.


Harga & Warna Cat Kereta Waja


Harga Cat Kereta Waja 2018-2019

  • Cat kereta 2k: Harga cat kereta waja luar sahaja RM1300, kalau full luar dalam RM1600
  • Cat kereta solid: Harga cat kereta waja luar sahaja RM1100, kalau full luar dalam RM1400


Senarai Warna Cat Kereta Waja

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna Cat Kereta 2003 PROTON WAJA 1.6 

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Proton Waja 1.6 2016

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Proton Waja 1.6 2016

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta proton waja

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Pre-facelift Proton Waja

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Pre-facelift Proton Waja

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta First facelift Proton Waja 1.6

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta First facelift Proton Waja 1.6

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Second facelift Waja 1.6

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta Second facelift Waja 1.6

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta 2005 Proton Impian GLS

Harga Dan Warna Cat Kereta Waja 2018 - 2019
Warna cat kereta 2005 Proton Impian GLS

Posting Komentar