AIR SULING • Kegunaan Beserta Cara Membuatnya

AIR SULING • Kegunaan Beserta Cara Membuatnya

Tabrani
Rabu, 23 Oktober 2019

TaraHap - Apa Itu Air Suling? Kegunaan dan Cara Membuatnya.

Apa Itu Air Suling? Kegunaan dan Cara Membuatnya.

Air suling adalah air yang berasal dari proses distilasi (penyulingan). Sebenarnya, air dari sumber semulajadi sering mengandungi mineral larut seperti iron dan kalsium serta mengandungi hidupan mikro di dalamnya.

Namun, air suling adalah air yang bebas dari bahan-bahan tersebut. Kita boleh memperoleh air suling melalui satu proses yang dipanggil proses distilasi atau penyulingan.

Dalam proses penyulingan, air dipanaskan sehingga menjadi wap air. Wap air yang kemudiannya menyejuk akan terkondensasi menjadi air semula. Air inilah yang kemudian dinamakan air suling yang mana ianya bebas dari bahan mineral dan hidupan mikro.

Matahari adalah mesin penyulingan air terbesar di planet kita, bumi.

Melalui panas yang dihasilkan oleh cahaya matahari, air dari darat dan laut diuapkan dan kemudian mengalir di permukaan atmosfera. Air yang diuapkan oleh matahari kemudian diturunkan semula ke bumi dalam bentuk air hujan.

Ciri utama air suling adalah ianya hanya mengandungi dua molekul sahaja; Hidrogen dan Oksigen. Air suling mempunyai tahap pH dibawah 7, tiada bahan mineral, hidupan mikro mahupun bahan-bahan yang lain di dalamnya.

Air suling mempunyai rasa yang sungguh hambar, kerana semua mineral, yang sebenarnya memberi air rasa, telah dikeluarkan sehingga hanya tersisa hidrogen dan oksigen sahaja.

Air suling dengan tingkat kemurnian tinggi (air suling ultrapure) boleh didapati dengan cara menyuling kembali air sulingan biasa. Kemudian air dari penyulingan kedua disalurkan melalui sistem penyulingan dengan karbon aktif dan tiub deionisasi.


Faedah & Kesan Sampingan Minum Air Suling 

Terdapat perdebatan tentang sama ada air suling selamat untuk diminum. Selain diminum, air suling juga digunakan secara meluas untuk tujuan penyelidikan di makmal.

Proses penyulingan air melibatkan proses mendidih, menguapkan, dan kondensasi wap.

Proses ini menghilangkan unsur pepejal dan menjadikan air suling murni. Minum air suling dianggap bermanfaat kerana ia menyerap bahan toksik dan menghilangkannya dari badan.

Sebatian asid karboksik terbentuk apabila air suling datang bersentuhan dengan karbon dioksida. Seperti yang kita semua tahu, skala pH digunakan untuk mengetahui sama ada bahan adalah berasid, asas, atau neutral.

Asid mengurangkan nilai pH air sulingan. Hal ini menjadikan air sulingan mampu melarutkan banyak logam yang bersentuhan dengannya.

Begitu juga, sesetengah nutrien makanan boleh larut apabila dimasak dengan menggunakan air sulingan.

Oleh itu, penggunaan air sulingan di dalam pemakanan perlu dipertimbangkan dengan teliti dan tidak boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

Daripada mendapatkan manfaat, anda mungkin kehilangan pelbagai nutrien penting jika salah menggunakannya.



Kelebihan Air Sulingan
1. Menurut satu kajian oleh Academy of Natural Healing, air sulingan dapat menyingkirkan deposit mineral yang terkumpul di sendi sehingga membantu mencegah penyakit arthritis.

2. Air suling bebas daripada racun mikroskopik seperti bakteria, virus, kulat, dan protozoa yang terdapat dalam air paip.

3. Air suling tidak mengandungi bahan kimia seperti fluorida dan klorin yang biasanya ditambahkan untuk air paip dan mungkin terkandung dalam air minuman botol.

4. Air suling dipercayai dapat menghilangkan mineral dalam sel dan mencegah keadaan seperti batu empedu.

5. Air sulingan tidak mengandungi kalsium, garam, dan magnesium yang biasanya terdapat dalam air paip dan air botol. Tetapi, pelbagai mineral ini boleh didapati daripada makanan.


Kerugian Air Sulingan
1. Penggunaan air suling secara berlebihan akan menyerap lebih banyak karbon dioksida.

2. Dalam jangka masa panjang, kerap minum air suling dapat menyebabkan kehilangan elektrolit dalam badan.

3. Kekurangan pelbagai elektrolit penting seperti natrium, klorida, kalium, dan mineral tertentu boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur dan fluktuasi tekanan darah.


Kegunaan Yang Sesuai Untuk Air Suling

Air suling digunakan lebih kerap untuk tujuan penyelidikan (berbanding untuk kegunaan manusia), di mana kemurnian air sangat penting; atau dalam aplikasi industri, di mana deposit mineral boleh menyebabkan hakisan dan kerosakan, dari masa ke masa.

Dalam industri automotif, air suling juga sering digunakan ke atas bateri asid plumbum yang digunakan dalam kereta dan trak; meningkatkan jangka hayat bateri jenis ini.

Air suling adalah juga lebih baik daripada air paip untuk digunakan dalam sistem penyejukan automotif. Kerana mineral dan ion yang biasanya ditemui dalam air paip boleh menghakis komponen dalaman enjin.

Dan di rumah, menggunakan air suling dalam seterika stim untuk pakaian, boleh membantu mengurangkan deposit galian dan membuat besi tahan lebih lama.




Sumber Rujukan
Blondalwater
Rubicubedu
Amazine.co
ID Wikipedia
En Wikipedia