your code goes here

Sejarah Pop Art Beserta Perkembangannya

Sejarah - Pop Art merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat.
TaraHap - Pop Art merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat.


Sejarah Pop Art Beserta Perkembangannya

Artis Pop Art memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’, gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya. Penciptaan istilah Pop Art selalunya dirujuk kepada seni kritik British.

Lawrence Alloway, seorang kurator telah menggunakan terma atau istilah kebudayaan massa popular dalam eseinya yang bertajuk ‘ The Arts and Mass Media ‘.

Namun begitu, Alloway merupakan salah seorang pengkritik yang mempertahankan kebudayaan massa dan Pop Art sebagai sebuah bentuk seni yang sah.

Pop Art merupakan salah sebuah pergerakan seni utama pada abad ke-21. kebudayaan massa popular telah dikategorikan kepada tema dan teknik seperti pengiklanan dan buku-buku komik.

Pop Art secara luasnya, ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominant stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya.

Pop Art menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan lemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan.

Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis. Pop Art selalunya mensasarkan penonton yang luas.

Kebanyakkan Pop Art dipertimbangkan secara akademik sebagai organsasi luar biasa yang mengguanakan latihan yang selalunya sukar untuk difahami. Pop Art dan pengurangannya dipertimbangkan untuk menjadi pergerakan seni moden yang terakhir dan pendahulu kepada seni postmodern.


Sejarah Perkembangan Pop Art

Walaupun ianya ditandakan sebagai menajamkan seni kerja mengecat dan gambaran, namun Pop Art juga merupakan tindak balas kepada stail lukisan abstrak.


Sejarah Pop Art Beserta Perkembangannya

Walau bagaimanapun, ianya merupakan penyambungan kepada aspek-aspek tertentu stail lukisan abstrak seperti kepercayaan kebolehan untuk seni terutamanya bagi kerja seni yang berskala besar.

Pop Art juga adalah sambungan dan penolakan Dadaisme. sementara Pop Art dan Dadaisme telah menerokai kebanyakan subjek yang sama, Pop Art telah menggantikan dorongan-dorongan anarki, yang bersifat sindiran dan memusnahkan pergerakan Dadaisme dengan pengesahan kebudayaan massa artifak yang terpisah.


Pop Art di Amerika Syarikat
Walaupun pergerakan Pop Art British mendahului Amerika, Pop Art Amerika mempunyai asalnya tersendiri yang berlainan daripada Pop Art British.

Pada tahun 1920-an, artis Amerika seperti Gerald Murphy, Charles Demuth dan Stuart Daris telah mencipta lukisan yang memberi gambaran tentang pergerakan Pop Art.

Lukisan mereka telah mengandungi gambaran kebudayaan pop seperti objek biasa yang dipilih daripada produk komesial Amerika dan rekabentuk pengiklanan.


Pop Art di Sepanyol
Di Sepanyol, pembelajaran Pop Art telah digabungkan dengan lukisan bentuk baru yang muncul daripada asas krisis yang tidak rasmi. Eduardo Arroyo yang mungkin boleh disesuaikan dalam fesyen Pop Art mempunyai minat terhadap alam persekitaran.

Kritikannya terhadap budaya media yang menggabungkan ikon komunikasi media massa dan sejarah lukisan serta perasaan bencinya telah menubuhkan stail artistik.

Walau bagaimanapun, orang Sepanyol yang boleh dipertimbangkan sebagai artis seni yang sah ialah Alfredo Alcain. Ini disebabkan oleh penggunaan yang beliau buat dalam gambaran popular dan ruang kosong di dalam kandungannya.

Dalam kategori Pop Art Sepanyol, “Chrinicle Team” yang muncul di Valencia antara tahun 1964 dan 1981, telah dibentuk oleh artis Manolo Valdes dan Rafael Solbes.

Pergerakan mereka boleh dikategorikan sebagai pop disebabkan oleh penggunaan komik dan gambaran penerangan, serta kandungan fotografik dan imej yang memudahkan.

Pembuat filem Pedro Almodover telah mula dikenali menerusi subbudaya Madrid La Mavida pada tahun 1970-an. Beliau membuat 8 buah filem terbaik Pop Art dengan belanja yang rendah dan seterusnya digelar sebagai Andy Warhol oleh media Sepanyol ketika itu.

Dalam buku “Almodóvar on Almodóvar”, beliau mengatakan bahawa filem tahun 1950-an, iaitu “Funny Face” merupakan pusat inspirasi untuk kerjanya. Satu tanda perniagaan dalam filem Almodóvar ialah beliau sentiasa mengeluarkan komersial palsu untuk dimasukkan ke dalam sebuah adegan.


Pop Art di Jepun
Pop Art di Jepun adalah unik dan boleh dikenal pasti sebagai orang Jepun disebabkan oleh stail dan subjek yang biasa. Kebanyakan artis pop Jepun mengambil inspirasi daripada ‘anime’ , ‘ukiyo-e’ dan seni tradisional Jepun.

Artis pop semasa yang terkenal di Jepun ahíla Takashi Murakami dari kumpulan artis Kaikai Kiki. Beliau terrenal dengan pengeluaran massa tersendiri tetapi ianya mengandungi abstrak yang tinggi dan pergerakan seni yang unik.

Beliau juga seorang yang berpegangan surrealisme, mempunyai pergerakan post-moden yang inspirasinya muncul daripada ‘anime’ dan budaya jalan Jepun. Ia bertujuan untuk remaja di Jepun dan menjadikan kesan budaya yang besar.

Artis seperti Yoshitomo Nara di Jepun terkenal dengan seni yang diilhamkan dengan contengan di dinding, manakala Murakami pula terkenal dengan pengeluaran massa patung kecil plastik atau polimer.

Kebanyakan artis pop art di Jepun menggunakan ”surreal” atau lucah, iaitu imej yang mengejutkan dalam seni mereka, yang diambil daripada ’hentai Jepun’.

Elemen seni ini menarik perhatian penonton yang muda dan tua, serta mempunyai pemikiran provakasi, tetapi ianya tidak dianggap sebagai kesalahan di Jepun.

Metafora biasa yang digunakan dalam seni Pop Art Jepun adalah kemurniaan dan perihal mudah tersinggung kanak-kanak dan remaja.

Artis seperti Nara dan Aya Takano menggunakan kanak-kanak sebagai satu subjek dalam kebanyakan seni mereka. Nara mencipta adegan marah melalui kanak-kanak sementara Takano pula berkomunikasi kemurniaan kanak-kanak dengan melukiskan gadis bogel.


Artis Pop Art dari segi Pergerakan 1950-an hingga 1960-an
Pop Art adalah stail seni yang meluahkan imaginasi setiap hari yang merupakan kebudayaan pengguna kontemprorari. Sumber imaginasi yang biasa termasuk iklan, pembangunan barangan pengguna, foto selebriti dan kartun komik.


Tokoh Pop Art Terkenal di Dunia

Artis Pop Art yang mendahului ialah Andy Warhol, Robert Rauschenberg dan Roy Lichtenstein.


Andy Warhol
Andrew Warhola, dilahirkan pada 6 Ogos 1928, di bandar industri Pittsburgh, Pennsylvania. Andy Warhol terkenal dalam penerokaan Pop Art, pengeluaran imej massa tentang pengeluaran objek.

Hasil paling terkenalnya terpapar dalam tin sup Campbell. Warhol berjaya menukarkan imej yang dicat dengan tangan atau skrin lembut, gambar yang berbingkai dan bergantung di galeri kepada seni kiasan.

Warhol telah mengujinya dalam media seperti filem, ukiran, lukisan, skrin lembut tetapi hasil terbaiknya adalah ciptaan sendiri seperti selebriti antarabangsa dan ikon seni kebudayaan.


Robert Rauschenberg
Pernah melukis lebih dari 400 karya, Robert Rauschenberg yang dilahirkan pada 1925, adalah kunci utama kandungan Galeri Seni Antarabangsa yang mempunyai koleksi kertas kerja kontemporari.

Pameran ini telah mempamerkan sekurang-kurangnya 60 conoth dari artis semua zaman dalam media cetak.

Secara kronologi, pembangunan karya Rauschenberg, dari pemberitahuan, litograf yang dipaku dengan imej putih dan hitam kepada warna yang besar menekankan gabungan proses cetakan yang sofiskated.

Beliau juga memasukkan teknik baru seperti imej digital dan mengujinya dengan kertas luar biasa, kadbod, fabrik dan plasik.

Seperti gabungan Rauschenberg yang terkenal percetakan sesuai dibuat menerusi integrasi imej dari suratkhabar, majalah dan gambar-gambar persendiriannya.

Mungkin lebih dari kerja lainnya, beliau mencetak gambar selebriti yang tidak dijangka, dicipta dalam bentuk kolaboratif dan kemungkinan pemuliharaan dalam teknik mencetak.


Roy Lichtenstein
Pop Art adalah penglibatan dengan apa yang beliau rasa sebagai paling loyang dan watak yang mengugut dalam kebudayaan, benda yang dibenci tetapi ia juga berkuasa dalam memberi kesan kepada manusia.



Sumber Rujukan
Yoghenry.blogspot.com

Posting Komentar