your code goes here

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Ain Edruce, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Ain Edruce.

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Ain Edruce. Biodata Ain Edruce ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pengacara dan Pelakon asal Malaysia ini!

Ain Edruce merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.


Biodata Penuh Ain Edruce

Nama Penuh: Nurain Edruce
Nama Komersil: Ain Edruce
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 28 Tahun (2019)
Asal: Terengganu
Kediaman: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kerjaya: Pengacara, Model dan Pengacara
Tahun Aktif: 2011 - kini
Status: Bujang
Instagram:
√ https://instagram.com/ainedruce
Facebook:
√ https://facebook.com/nurulain.edruce
Twitter:
√ https://twitter.com/ainedruce
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ain_Edruce


Latar Belakang dan Kerjaya Ain Edruce

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications.

Empat tahun kemudian, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.

Beliau juga pernah menyertai rancangan realiti TV, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Rosnaida.

Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail, beliau melakonkan watak Wanda. Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.


Baca Juga Kisah Cinta Nabi Adam Dan Siti Hawa Yang Terpisah 300 Tahun


Kehidupan Peribadi Ain Edruce

Ain Edruce dilahirkan dan dibesarkan di Taiping. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Ezzrin Loy yang juga adik pelakon Elfira Loy, namun berpisah akibat perbezaan kreatif. Ain juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang kerabat diraja. Beliau bagaimanapun tidak kisah jika ditanya mengenai soal perkahwinan.

Ain bertunang dengan pelumba kereta Amirul Hafiz pada 22 Jun dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember.


Drama Terkenal Ain Edruce


  • Gadis Semasa Sunsilk (2011), Dibintangi oleh Melda Ahmad, Ain Edruce dan Liyana Kamarhisham, ia berkisarkan konflik dalaman, aspirasi cinta, pahit manis, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda.
  • Kekasih Paksa Rela (2017), Ain Edruce sebagai Rosnaida. Drama ini telah mendapat jumlah tontonan yang sama dengan drama Titian Cinta, iaitu dengan jumlah sebanyak 11 juta penonton, serta 500 ribu penonton di portal Tonton. 
  • Kenyalang I'm In Love (2018), Dibintangi oleh Hafeez Mikail dan Ain Edruce mengisahkan tentang percintaan disulami dengan keindahan budaya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak. Siri ini disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 26 Ogos 2018.
  • 30 Pesanan Suara (2019), Dibintangi oleh Hannah Delisha, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Ain Edruce dan Izzue Islam. Siri ini bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula 6 Mei 2019 dan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
  • Iktibar (2019), Setiap episod memaparkan kisah-kisah yang berbeza dari kacamata warden penjara, doktor, ustazah, pegawai psikologi, guru jahit, guru bakeri dan sebagainya. Ia bersiaran di TV3 dari 4 Mei 2019 hingga 27 Julai 2019.



Fakta Menarik Ain Edruce


1. Nama penuhnya, Nurulain binti Edruce.

2. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

3. Lahir pada tanggal 4 Ogos 1991, dengan Zodiak Leo.

4. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

7. Pandai bermain gitar dan mengubah lagu dan pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal dan disiarkan di saluran Hypp TV.

8. Memulakan karier seni sebagai model dan turut bergiat sebagai pelakon dan pengacara.

9. Membintangi drama Gadis Semasa Sunsilk, Kekasih Paksa Rela, Kenyalang I'm In Love dan 30 Pesanan Suara.

10. Termasuk telefilem My Sweet Madu, Suluhkan Aku Cahaya, Resort Berhantu dan Siti Selfie.

11. Beberapa program yang pernah dihoskan termasuk MBUzz, Pop Express, Pra-persembahan Anugerah MeleTOP Era 2019 dan Karpet Merah Anugerah Skrin 2016.

12. Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan rancangan pertama yang dikendalikannya.

13. Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.

14. Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.

15. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.

16. Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari: Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.

17. Supreme and Palace adalah item kesayangan yang dibeli dengan duitnya sendiri.

18. Menganggap aktres Catherine Zeta Jones menerusi filem Zorro sebagai wanita tercantik pernah dilihat, selain bekas pemain bola sepak, David Beckham pula sebagai lelaki terseksi.

19. Afrika Selatan sebagai lokasi percutian idaman.

20. Merasakan harinya tidak lengkap tanpa aktiviti senaman.

21. Menjalinkan hubungan cinta dengan adik aktres Elfira Loy, Ezzrin Loy, sebelum ikatan itu berakhir kerana tiada persefahaman.

22. Juga pernah dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan seorang jejaka daripada golongan kerabat diraja.

23. Terkini, Ain mendedahkan sudah dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka merancang untuk bertunang pada Jun ini sebelum mengakhiri zaman solo pada Februari 2020.


Apa Zodiak Ain Edruce? 

Apa Zodiak Ain Edruce? Ain Edruce lahir pada tanggal 4 Ogos 1991. Jadi, Zodiak Ain Edruce adalah Leo.

Leo menyukai segala sesuatu yang berkilauan, megah, dan hal-hal yang dominan sangat menarik bagi Leo: seperti matahari, cahaya, emas, dan kesenangan. . .

Kelebihan Leo
Leo adalah individu yang ikhlas, lurus, setia, dan jujur! Karisma mereka yang kuat memberi mereka watak yang tidak dapat dibandingkan. Mereka mampu melindungi orang yang mereka rasa lebih rapuh, sehingga mereka cukup mandiri, sambil memberi mereka rasa percaya diri dan pikiran yang luar biasa. Ini menjadikan mereka ibu bapa yang ideal.

Kelemahan Leo
Leos mempunyai sifat cemburu yang tinggi dan mereka sering digambarkan sebagai orang yang sombong, tidak fleksibel, dan pembohong. Mereka kadang-kadang terlalu dominan dan suka memerintah, dan pandangan tegas mereka akan membahayakan mereka kerana mereka memaksanya pada orang lain. Mereka sangat yakin dengan diri mereka dan ini membuatkan orang-orang di sekeliling mereka cemburu, dan ini adalah keadaan yang mereka nikmati! Mereka juga sangat naif dan sering dibawa oleh rayuan dan godaan.


Gambar Terkini Ain Edruce

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Ain Edruce, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar