your code goes here

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Zain Saidin, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Zain Saidin.

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Zain Saidin. Biodata Zain Saidin ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Lelaki asal Malaysia ini!

Zain Saidin ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

Zain telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.


Biodata Penuh Zain Saidin

Nama Penuh: Mohamad Zain Mohd Saidin
Nama Popular: Zain Saidin
Tarikh Lahir: 3 Februari 1984
Umur: 35 Tahun (2019)
Zodiak: Pisces
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu-Inggeris
Warganegara: Malaysia
Ketinggian: 171 cm
Berat Badan: 70 kg (154 lb)
Adik-beradik: Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik
Nama Isteri: Rozita Che Wan (2013)
Nama Anak: Aaisyah Dhia Rana binti Zain Saidin
Pekerjaan: Pelakon dan Model
Tahun Aktif: 2010 - 2017
Instagram:
√ https://instagram.com/aisyahdhiarana/
Facebook:
√ https://facebook.com/aaisyahdhiaranazsrcw/
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Zain_Saidin


Latar Belakang Dan Kerjaya Zain Saidin

Drama Suraya yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 ini antara penampilannya yang menarik perhatian ramai. Watak lelaki mualaf bernama Steve yang dipegangnya di dalam drama itu pada mulanya hanya watak pembantu yang kemudiannya dikembangkan menjadi watak penting.

Difahamkan semua berpunca daripada watak utama yang sedia ada seperti Fizo Omar dan Remy Ishak yang terpaksa ‘dihentikan’ kerana kedua-dua pelakon itu terikat dengan komitmen produksi lain. Lalu, tuah sekali gus menyebelahi Zain.

Sebelum Suraya, Zain pernah berlakon watak tambahan dan itu satu proses biasa sebelum diketengahkan sebagai watak utama.Kebelakangan ini, sudah mula yang menyedari kehadirannya hingga memberi jolokan sebagai hero pelapis. Zain bermula sebagai pelakon iklan.

Ikutkan sejak kecil lagi, ibu zain akan membawa dia dan Sasha untuk menghadiri uji bakat berlakon iklan. Proses itu berlarutan sampai zain di tingkatan tiga. Kemudian, zain berhenti berlakon iklan demi memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, zain pernah bekerja sebagai pelayan dan barista di restoran serta hotel. Dia juga pernah bekerja sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium. Dua tahun lalu, Zain pernah ditawarkan berlakon oleh MD Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production Sdn Bhd, tetapi dia terikat dengan kerja di gim.

Tetapi selepas mengetahui yang zain sudah berhenti kerja sebagai jurulatih kecergasan tahun lalu, Fadzil menawarkan zain peluang berlakon drama Suraya dan ketika itu penggambaran drama terbabit sedang rancak dilakukan. Peluang kedua itu zain gunakan sebaik mungkin.

Menurut Zain, dunia lakonan yang dulunya dianggap sekadar mencuba dan suka-suka, akhirnya menjadi kecintaannya. Berbanding lakonan, dunia nyanyian sebenarnya lebih dulu diminatinya. Zain pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana. Namun projek itu terbantut atas sebab tertentu.


Kehidupan Peribadi Zain Saidin

Zain merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah British. Walaupun tidak ada sedikit pun raut Melayu di wajahnya.

Ternyata, gen darah Inggeris lebih mendominasi namun jangan pandang rendah anak jati Gombak ini kerana hanya pada zahirnya saja tampak seperti Mat Salih tetapi jiwanya Melayu.

Pada zaman kanak-kanak, dia menikmati kehidupan seperti mana anak kampung lain. Melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu antara aktiviti kegemaran Zain atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohamad Saidin.

Bahkan bukan pasta, lasagna, burger atau stik hidangan kesukaan sebaliknya tekaknya lebih berselera menikmati masakan kampung serta sambal belacan.

Dia juga fasih berbahasa Melayu bahkan adab budaya dipegang kuat walaupun hidup di ibu kota. Anak muda ini sedar itulah teras warisan yang harus dipraktik dan dipelihara.

Zain mahir dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris kerana pernah belajar di tiga buah sekolah berbeza, Sekolah Sri Inai, Garden International School dan SMK sri Petaling yang memberi pendedahan bahasa berbeza.

Di rumah, Zain berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan emaknya tetapi biasanya menggunakan bahasa ‘rojak’ dengan adik-beradik lain.

Zain berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada 1 November 2014. Majlis pernikahan itu diadakan pada jam 7.30 malam di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.


Drama Dan Telefilem Terkenal Zain Saidin

Drama Terkenal Zain Saidin

  • Kiah Perkasam (2010), Sebagai watak utama, Rodi. 
  • Awan Dania (2011), Sebagai watak pembantu. 
  • Evolusi KL Drift: The Series (2012), Melakoni watak Sham. 
  • Oh My English (2012), Sebagai Henry Middleton. 
  • Kak Marr (2016), Melakoni watak Ian Abdullah, sebagai artis undangan. 


Telefilem Terkenal Zain Saidin 

  • Tu Dia Kiah Nak Raya (2010), Sebagai Rodi
  • Wartawan Oh Wartawan (2010), Sebagai Johari. 
  • Oh My Ganu (2013), Sebagai Henry Middleton. 
  • Maafkan Kami (2013), Melakoni watak Khai. 
  • Bukan Cinta Monyet (2013), Sebagai watak utama, Alvin. 


Fakta Menarik Zain Saidin


1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

2. Lahir pada tanggal 23 Februari 1984, dengan Zodiak Pisces.

3. Berdarah kacukan Melayu dan Inggeris. Bapanya Melayu, ibunya pula berketurunan British.

4. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

5. Adik kepada penyanyi Sasha Saidin, anggota kumpulan Elite. Manakala abang sulungnya pula bernama Adam Abdullah.

6. Sejak kecil lagi, ibunya sering membawa beliau dan Sasha menyertai sesi ujibakat berlakon iklan sehinggalah sewaktu tingkatan tiga beliau berhenti aktif dalam bidang itu kerana ingin memberi fokus kepada pengajiannya di sekolah.

7. Meskipun raut wajah beliau kelihatan seperti lelaki Inggeris, namun Zain mengakui jiwanya lebih kemelayuan kerana membesar sebagai anak kampung yang terdedah kepada persekitaran kehidupan sama seperti anak-anak melayu lain.

8. Di zaman kanak-kanaknya, Zain tidak terkecuali daripada aktiviti melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu yang mana menjadi hobi kegemarannya.

9. Meminati masakan kampung dan sambal belacan, bukannya pasta, lasagna, burger dan stik seperti disangka orang!

10. Fasih berbahasa Melayu dan masih mengekalkan adab budaya sekalipun menikmati kehidupan sebagai anak kota.

11. Meskipun dikenali sebagai pelakon, namun beliau pada awalnya meminati karier nyanyian, malah pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana meskipun projek itu akhirnya gagal atas faktor tertentu.

12. Mendirikan rumah tangga dengan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta pada 13 Disember 2013 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.


Apa Zodiak Zain Saidin? 

Apa Zodiak Zain Saidin? Zain Saidin lahir pada tanggal 23 Februari 1984. Jadi, Zodiak Zain Saidin adalah Pisces.

Pisces mempunyai rasa mistik dan segala sesuatu yang membawa perubahan kepada rutinitas harian mereka. Mereka juga suka kemewahan dan segala yang berkaitan dengan kreativiti. Mereka mudah dipengaruhi dan mempunyai daya tahan yang rendah, walaupun mereka sangat sensitif terhadap kesulitan yang dialami oleh orang lain.

Kelebihan Pisces
Pisces adalah tanda zodiak yang sensitif dan emosional, dan mempunyai kesabaran dan dedikasi yang tinggi. Pisces bersikap sederhana dalam semua situasi, dan ini menjadikannya tidak dapat dipisahkan dari benda dan realiti yang wujud.

Kelemahan Pisces
Piscean mengalami kesukaran bertindak dengan tegas kerana takut mencederakan perasaan orang lain. Kerana kekurangan inisiatif dan kecenderungan mereka untuk menyokong kedua-dua belah hujah, mereka sering meletakkan diri mereka sebagai mangsa. Kerana kekurangan inisiatif tersebut, mereka boleh melepaskan peluang dan hidup dengan penuh penyesalan yang sia-sia.


Gambar Terkini Zain Saidin

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Zain Saidin, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Zain Saidin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Encikshino.com

Posting Komentar