your code goes here

Biodata Tiz Zaqyah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Tiz Zaqyah, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Tiz Zaqyah.

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Tiz Zaqyah. Biodata Tiz Zaqyah ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Wanita asal Malaysia ini!

Tiz Zaqyah memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau adalah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series.

Pada tahun 2009, Tiz memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat beliau dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali menerusi watak Nur Amina dalam Nur Kasih dan drama ini melayakkan beliau menerima anugerah "Pelakon TV Wanita Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.


Biodata Penuh Tiz Zaqyah

Nama Penuh: Siti Zaqyah binti Abdul Razak
Nama Popular: Tiz Zaqyah
Tarikh Lahir: 25 Oktober 1988
Umur: 31 Tahun (2019)
Zodiak: Scorpio
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Ketinggian: 4 ft 11 in (1.5 m)
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Subang Jaya
Pekerjaan: Pelakon, Model, Penyanyi dan Jurucakap Produk
Duta Produk: May Diamond Dazzle, Pati Prun Nur Kasih, Nescafe 3 dalam 1
Tahun Aktif: 2006 - kini
Instagram:
√ https://www.instagram.com/tiz.zaqyah
Twitter:
√ https://twitter.com/iamtizzaqyah
Wikipedia:
√ https://ms.wikipedia.org/wiki/Tiz_Zaqyah


Latar Belakang dan Kerjaya Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah dilahirkan pada 25 Oktober 1988 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak.

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya dan tamat persekolahan pada November 2005. Tiz memulakan karier sebagai pelakon pada umur 18 tahun. Tiz telah disenaraikan dalam 10 artis wanita tercantik Malaysia apabila bertudung.

Pada 24 Oktober 2011, Tiz, Remy Ishak dan Eman Manan dikatakan pelakon yang mempunyai aura apabila berlakon.


2006–2012: Kerjaya Awal, Kejayaan Utama Dan Nur Kasih

Kejayaan yang telah dicapai Tiz ialah melalui drama Nur Kasih yang diarahkan oleh Kabir Bhatia. Pada 2010, dikhabarkan yang drama Nur Kasih akan difilemkan dan ditayangkan pada tahun 2011.

Tiz akan berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie. Pada tahun 2011, Tiz berlakon dalam beberapa drama hebat seperti Gemilang dan Soffiya.

Dalam drama Gemilang Tiz memainkan karakter sebagai guru yang mahu pelajarnya cemerlang dalam pelajaran mereka, dan dalam drama Soffiya pula, Tiz memainkan watak sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai banyak masalah dan teleh di rogol oleh bapa kandungnya sendiri.

Pada tahun 2012, Tiz terbabit dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu. Dalam drama ini, Tiz membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dan dia memiliki ciri-ciri keperibadian pemilik asal jantung itu yang membuatkan dia tertaut hati kepada lelaki merupakan kekasih pemilik asal jantungnya itu.

Setakat ini, Tiz telah berlakon sebanyak dua buah filem iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura.


2013: Peningkatan Kerjaya Dan Cinta Jangan Pergi

Pada pertengahan tahun 2013, Tiz Zaqyah akhirnya membuat penampilan barunya setelah sekian lama menyepi.

Drama komedi romantik terbarunya iaitu Sebenarnya, Saya Isteri Dia! yang ditayangkan di slot Zehra, TV3 bersama pelakon segak dan berbakat besar, Izzue Islam telah berjaya menambat hati penonton.

Tiz membawa watak Syaf yang dipaksa berkahwin dengan Firash oleh maknya selepas mereka ditangkap basah oleh tunang Syaf, merangkap abang kepada Firash.

Selain itu, Tiz membawakan watak Lea Soraya untuk drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan aktor Nur Kasih, Remy Ishak dengan watak sebagai Khalil.

Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain.

Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.

Kerjaya Tiz tidak terhenti dengan dua buah drama itu sahaja. Beliau juga akan berlakon dalam drama Jodoh Itu Milik Kita dengan watak sebagai Dahlia yang bakal disiarkan di slot Astro Mustika menggantikan drama Dahlia.


2014–kini: Kusinero Cinta Dan Perkembangan Terkini

Tiz membintangi drama bersiri 60 episod Kusinero Cinta yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Maya HD. Drama ini merupakan gandingan beliau bersama Aaron Aziz dan pertama kali digandingkan bersama pelakon Filipina, Jericho Rosales. Drama ini turut dibintangi oleh Miera Leyana, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Putri Mardiana dan ramai lagi.

Pada 6 April 2016, beliau berlakon dalam drama Akadku Yang Terakhir bersama dramatis Amar Baharin, namun adegan antara Tiz dan Amar menjadi bualan umum.

Tiz kemudiannya muncul dalam drama Lara Cinta Ameena yang memulakan siaran pada 30 November 2016. Pada 2017, Tiz muncul dalam drama web Qaseh di saluran YouTube Kota Seriemas.

Beliau menjayakan watak Mariam, isteri kepada Saleh (lakonan Remy Ishak) dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.

Tiz digandingkan bersama Kamal Adli menjayakan peranan utama dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman yang ditayangkan pada 14 September 2017; beliau memegang watak sebagai Krisya.


Kehidupan Peribadi Tiz Zaqyah

Pada 27 Oktober 2011, Remy Ishak telah memberitahu bahawa beliau dan Tiz mempunyai hubungan yang istimewa dan kedua-duanya memberitahu bahawa mereka masih mengenali diantara satu sama lain.

Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih menjalani hubungan yang baik sebagai kawan.


Drama Dan Telefilem Terkenal Tiz Zaqyah

Drama Terkenal Tiz Zaqyah

  • Spa Qistina (2010), Melakoni watak Maya. 
  • Tahajjud Cinta (2011), Sebagai Emelda. 
  • Soffiya (2011), Dibintangi oleh Tiz Zaqyah (watak utama), Fizo Omar, Azhar Sulaiman dan Izara Aishah.
  • Sebenarnya Saya Isteri Dia (2013), Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.
  • Oh My English (2013), Melakoni watak Cikgu Ayu. 
  • Cinta Jangan Pergi (2013), Drama arahan Kabir Bhatia ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Josiah Hogan.
  • Isteri Bukan Untuk Disewa (2018), Mempertemukan gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. 
  • Sara Sajeeda (2019), Sebagai watak utama, Sara. 


Telefilem Terkenal Tiz Zaqyah

  • Korban Kasih Marlisa (2009), Sebagai Nuraina. 
  • Keabadian Cinta (2010), Sebagai Dina. 
  • Kuih Makmur (2010), Melakoni watak Mastura. 
  • 7 Lagu (2011), Sebagai Tania / Hajar. 
  • Geisha Melayu Terakhir (2011), Sebagai Ai Ling. 
  • Dari Kedah Ke Kuala Lumpur (2011), Sebagai Isteri Zamri. 
  • Aduh Sayang (2011), Melakoni watak Nani. 
  • Runtuhnya Sebuah Dosa (2012), Sebagai Emelda. 
  • Cermin Kasih (2015), Melakoni watak Marina. 
  • Memori Pajeri Nanas (2017), Sebagai Kayla.



Fakta Menarik Tiz Zaqyah


1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

2. Lahir pada tanggal 25 Oktober 1988, dengan Zodiak Scorpio.

3. Anak kedua daripada dua adik-beradik, mempunyai seorang kakak.

4. Mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Subang Jaya.

5. Tiz Zaqyah memulakan karier sebagai pelakon seawal usia 18 tahun.

6. Drama pertama lakonannya ialah siri televisyen Gol & Gincu The Series yang ditayangkan di saluran 8TV pada tahun 2006.

7. Namanya mula melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih yang disiarkan di saluran TV3 pada tahun 2009.

8. Dalam bidang nyanyian, Tiz pernah muncul menerusi lagu Nur Kasih (duet bersama Yasin Sulaiman) dan Together (duet bersama SleeQ & Zain Saidin).

9. Merangkul trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23.

10. Dengan wajah dan bibir yang cantik serta personaliti yang mesra dan ceria, Tiz Zaqyah sangat disenangi oleh rakan-rakan artis dan peminat beliau.

11. Tiz Zaqyah pernah digosipkan bercinta dengan aktor kacak Remi Ishak namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Hubungannya dengan Daniel Haziq juga dikatakan menemui jalan buntu.


Apa Zodiak Tiz Zaqyah? 

Apa Zodiak Tiz Zaqyah? Tiz Zaqyah lahir pada tanggal 25 Oktober 1988. Jadi, Zodiak Tiz Zaqyah adalah Scorpio.

Zodiak Scorpio mempunyai sifat posesif dan menuntut rawatan khas dari orang lain! Tetapi, mereka juga penuh semangat, ghairah dan karisma.

Kelebihan Scorpio
Orang dengan Zodiak Scorpio mempunyai sikap bijak dan boleh menyimpan rahsia selama-lamanya, dan ini menjadikan mereka rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk mendengarkan. Rakan-rakan dan keluarga mereka boleh memiliki kepercayaan mutlak kepada mereka.

Kelemahan Scorpio
Scorpio sangat berhati-hati dan tidak mempercayai orang lain secara langsung. Ini adalah kekurangan yang selalu membahayakan mereka, mereka mempunyai reputasi sebagai orang yang sukar difahami.

Mereka juga bersifat pencemburu. Mereka boleh merosakkan diri sendiri apabila mereka merasa terancam atau marah kerana situasi tertentu, tetapi ini sering tidak disengajakan.


Gambar Terkini Tiz Zaqyah

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Tiz Zaqyah, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Tiz Zaqyah • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar