your code goes here

Biodata Maya Karin • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Maya Karin, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Maya Karin.

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Maya Karin. Biodata Maya Karin ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Wanita asal Malaysia ini!

Maya Karin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia, kelahiran Jerman.

Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas daripada kritis dan umum untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu.

Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau banyak bertumpu kepada filem dan jarang muncul dalam drama televisyen.

Dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Maya memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (11) dan beliau adalah dikalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu sebanyak dua kali.

Maya juga merupakan satu daripada dua pelakon wanita Malaysia dan yang pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik.

Tercalon dalam kategori pelakon terbaik dan anugerah hiburan popular hampir setiap tahun, Maya meraih pelbagai anugerah dan pencalonan di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, Anugerah Lawak Warna, Festival Filem Asia Pasifik, Estepona Fantasy & Terror Film Festival, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah MeleTOP Era.

Anugerah pertama yang dimenangi Maya ialah trofi Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH 2001) yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang. Seterusnya beliau memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2005, 2008 dan 2011.

Beliau diberi jolokan sebagai "Ratu Filem Seram" kerana banyak membintangi filem seram. Bagi kerjayanya sebagai penyanyi, Maya telah menerbitkan sebanyak tiga album studio, album pertamanya, Erti Cinta telah terjual sebanyak 10,000 unit di Malaysia sahaja.

Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.


Biodata Penuh Maya Karin

Nama Penuh: Maya Karin Roelcke
Nama Popular: Maya Karin
Tarikh Lahir: 29 Oktober 1979
Umur: 40 Tahun (2019)
Zodiak: Virgo
Asal: Bayreuth, Bavaria, Jerman
Kediaman: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Jerman • Melayu
Keturunan: Kacukan Jerman-Melayu (bapa adalah warga Jerman dan ibu warga Malaysia) serta China dan India.
Status: Janda (Bekas suami bernama Steven David Shorthose)
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga adik-beradik (adik lelakinya bernama Armin dan adik perempuannya bernama Irina)
Nama Ayah: Gottfried Roelcke
Nama Ibu: Che Zan
Pendidikan:
– Sekolah Antarabangsa Bandung, Indonesia
– Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
– Bidang media dan pemasaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (1998).
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara dan Duta Produk
Tahun Aktif: 2011 - hingga kini
Instagram:
√ https://www.instagram.com/maya_karin
Twitter:
√ https://twitter.com/maya_karin
Wikipedia:
√ https://ms.wikipedia.org/wiki/Maya_Karin


Latar Belakang dan Kerjaya Maya Karin

Maya dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman kepada ibu bapanya Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan berasal dari Pulau Pinang, Maya berdarah kacukan Jerman-Melayu dan fasih berbahasa Jerman.

Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik lelakinya ialah Armin dan adik perempuannya ialah Irina. Beliau membesar di Indonesia dan tinggal di sana sehingga beliau berusia 17 tahun sebelum kembali ke Malaysia.

Beliau mula terlibat dalam bidang pemodelan dan lakonan teater semasa zaman remajanya. Beliau memperoleh pendidikan terakhirnya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing dalam bidang media dan pemasaran.


2001–2004: Kerjaya awal dan Pontianak Harum Sundal Malam

Pada tahun 2000, beliau yang ketika itu berusia 21 tahun telah diberi peranan sebagai hos rancangan televisyen untuk program hiburan gaya hidup TV3, Wavelength yang memulakan kerjaya arus perdana beliau.

Beliau mula menerima tawaran berlakon filem dalam tempoh setahun dan tidak lama kemudian diberikan peranan dalam filem pertamanya, Seri Dewi Malam arahan Aziz M. Osman.

Dengan watak sebagai seorang isteri yang hidup dalam koma, Maya tidak dapat membuktikan banyak keupayaan lakonannya melalui tempoh yang terhad dalam filem itu dan akhirnya dikritik kerana persembahan yang hambar.

Pada tahun yang sama, beliau menjayakan watak seorang gadis yang tinggal di sebuah perkampungan luar bandar dalam filem keduanya No Problem.

Peranan signifikan penting dalam industri hiburan tempatan (pengacaraan, lakonan dan pehias kulit majalah wanita) kemudian membawa beliau untuk memenangi Anugerah Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Media Hiburan pada tahun 2001.

Pada tahun 2003 beliau telah melakonkan peranan pembantu dalam filem Mr. Cinderella 2 bersama pelakon utamanya, Yusry KRU dan Erra Fazira. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan Maya mula menunjukkan bakat yang menjanjikan dan kerjaya dalam bidang lakonan.

Pada 2004, Maya ditawarkan oleh pengarah Shuhaimi Baba untuk memjayakan peranan utama dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Filem ini merupakan kejayaan secara kritis dan komersial yang berjaya. Giliran tertunggak dan dramatik Maya sebagai primadona (Meriam), seorang gadis naif (Maria) dan banshee (Pontianak) dalam filem itu membawa beliau untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 2004 di Fukuoka, Jepun.

Maya ialah salah seorang daripada dua pelakon Malaysia yang memenangi anugerah itu di festival berkenaan. Pada tahun 2005, Maya menjayakan semula peranannya dalam kesinambungan Pontianak Harum Sundal Malam II dan terus menerima pujian kritis dengan memenangi anugerah Pelakon Terbaik (lelaki/wanita) di Festival Filem Fantasi dan Keganasan Estepona 2005 di Málaga, Sepanyol.

Berikutan kejayaan kritis dan komersial kedua-dua filem dan juga persembahan beliau, Maya memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.


2005–2010: Duyung, Teater Natrah dan Pisau Cukur

Walaupun kerjaya filem beliau yang semakin meningkat, Maya meneruskan penglibatan beliau di televisyen, dan pada tahun 2004 beliau telah dijemput oleh Channel [V] International untuk menyertai pasukan VJ mereka bagi segmen Smash Hit, The Juice dan Remote Control.

Pada tahun 2006, beliau dipilih sebagai VJ Terbaik di Anugerah Pilihan Star Buzz Editor 2006. Rancangan lain yang memperlihatkan beliau sebagai pengacara ialah program pengantin Ratu Sehari pada tahun 2004 untuk saluran Astro Ria dan program travelog Beauty Secrets From The East (bahasa Melayu: Rahsia Kecantikan dari Timur) pada tahun 2005 di TV3.

Pada tahun 2007, Maya menjayakan pelbagai peranan utama dalam filem terbitan Pesona Pictures Waris Jari Hantu dan 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba dan filem terbitan Tayangan Unggul Anak Halal arahan Osman Ali dan terus menerima pencalonan dalam pelbagai anugerah.

Maya memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 dan Anugerah Oskar Malaysia pada tahun 2008 untuk peranan beliau sebagai seorang gadis tomboy dalam Anak Halal.

Bertahun selepas terlibat dalam filem drama sentrik, Maya kemudian menunjukkan bakat beliau yang serba boleh dengan melakonan pelbagai watak komedi dalam filem-filem pecah panggung. Ia bermula dengan filem blokbuster Duyung arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen terbitan KRU Studios dikeluarkan pada tahun 2008 di mana beliau memainkan peranan tajuk, ikan duyung.

Dalam filem ini, Maya telah dihargai untuk menjayakan adegan bawah air sendiri di laut terbuka di Pulau Sipadan. Pada tahun yang sama, beliau menerima Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, berikutan populariti massa beliau sejak dua tahun lepas, juga pada 2008, beliau berlakon dalam filem arahan Azhar Ruddin Punggok Rindukan Bulan bersama Sahrolnizam Nor.

Maya merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video.

Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor dan lain-lain. Pada tahun 2009, beliau membintangi filem arahan Bernard Chauly Pisau Cukur lakonan bersama Fazura dan Aaron Aziz., sebuah filem komedi tentang mata duitan di mana beliau melakonkan lebih banyak adegan komedi daripada peranannya dalam Duyung.

Pada Disember 2009, Maya diberi peranan bagi watak seorang wanita Belanda yang bernama Bertha Hertogh (Natrah) dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10-13 Disember, teater yang mengupas tragedi wanita bernama Natrah yang menyayat hati dan pernah mencetuskan rusuhan berdarah pada 1950 turut dibintangi oleh Remy Ishak sebagai Mansor Adabi, Umie Aida (Che Aminah), Sofia Jane (Natrah ketika berusia 70 tahun) dan Samantha Schubert (Adeline).

Teater ini merupakan satu kejayaan komersial dan kritis dan mendapat sambutan dari penonton yang hadir, malah tiketnya juga habis dijual.

Pada tahun 2010, Maya berlakon dalam filem fantasi arahan Edry KRU, Magika, beliau melakonkan watak utama sebagai pengacara rancangan hiburan yang jatuh cinta dengan seorang lelaki dari sebuah kampung luar bandar dalam filem komedi romantis arahan Osman Ali Cun! bersama Remy Ishak. Filem ini merupakan filem kedua Maya di bawah arahan Osman selepas Anak Halal.


2011–kini: Cabaran kerjaya dan kejayaan seterusnya

Pada November 2011, Maya mengejutkan peminat dan penonton filem dengan persembahan beliau sebagai wanita muda dari sebuah kampung luar bandar bergelut dengan kehidupan dan kasih sayang, dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel 2002 dengan judul sama karya Fauziah Ashari.

Filem ini menjadi kejayaan komersial terbesar beliau, sekaligus melayakkan beliau menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2012 pada 2012 dan Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2013 dan Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular ketiganya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Filem ini bukan sahaja mencapai kutipan pecah panggung sebanyak 10.90 juta, malah berjaya menutup kritikan hebat terhadap lakonan Maya yang dikatakan kaku selama ini.

Selepas itu, Maya menjayakan dua peranan yang tidak pernah dilakokankannya sebelum ini dalam Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan yang merupakan kesinambungan dari filem pertama yang diadaptasikan dari novel 1985 dengan judul sama karya Ahadiat Akashah, Maya melakonkan watak Katerina, bergandingan bersama Farid Kamil sebagai Kasyah.

Dari 6 hingga 18 November 2013, Maya menjadi sebahagian dari barisan pelakon pementasan teater penghargaan khas untuk legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, Supermokh Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya.

Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Sejoli: Misi Cantas Cinta, dan berjaya menonjol biarpun berlakon bersama pelakon lain yang terkemuka. Lakonan menggeletek tulen seorang gadis mencari cinta sejati dalam filem yang kedua melayakkannya menerima penganugerahan Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Komedi di Anugerah Lawak Warna 2014.

Dalam tahun 2015, Maya muncul dalam dua filem, iaitu Jwanita dan Nota, dengan filem kedua yang diarahkan dan dihasilkan dengan kerjasama antara penerbit filem tempatan dan krew Jepun.

Sehingga kini, Maya diakui sebagai pelakon dengan persembahan peranan seram yang paling berjaya dalam industri filem tempatan dan sering dipetik oleh peminatnya dan penonton filem tempatan sebagai banshee, ikan duyung dan Izzah (peranannya dalam Ombak Rindu), keranan persembahan menarik dan berkekalan dalam filem masing-masing.

Pada Festival Filem Malaysia ke-28, Maya sekali lagi bersaing dalam Pelakon Wanita Terbaik di festival yang memasuki edisi ke-28. Maya tercalon dalam dua filem iaitu Jwanita dan Nota.

Beliau berdepan cabaran pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nadiya Nisaa dan Nabila Huda. Sebelum ini, Maya pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dua kali menerusi filem Anak Halal dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Dalam temuramah dengan Berita Harian, beliau berkata:

"Alhamdulillah atas pencalonan berganda ini. Saya agak terkejut ketika dimaklumkan nama saya 'sangkut' untuk dua filem. Saya sangka hanya filem Jwanita kerana ia mendapat maklum balas positif penonton. Setahu saya, bagi filem Nota, hanya pengkritik dan pencinta filem tegar saja yang menontonnya. Namun, biar apapun, saya gembira untuk dua pencalonan ini,"

Ia telah diumumkan pada Mac 2017 bahawa Maya akan muncul dalam kesinambungan filem Munafik bertajuk Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.

Beliau dilaporkan menggantikan pelakon utamanya, Nabila Huda yang menarik diri dari membintangi Munafik 2 kerana kesibukan jadual kerja. Dikeluarkan pada 30 Ogos 2018, Munafik 2 merupakan satu kejayaan komersial apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM43 juta sekaligus menjadi filem dengan kutipan pecah panggung terbanyak di Malaysia.

Maya memegang watak sebagai Sakinah, seorang ibu tunggal yang menjaga bapanya, Imam Malek (Roslan Salleh) yang terlantar sakit. Sakinah mempunyai seorang anak perempuan bernama Aina.

Portal berita The Star melaporkan yang Maya lebih bertumpu kepada filem berbanding drama meskipun sudah 7 tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau menjadi bintang utama di samping Remy Ishak dalam pementasan Teater Tun Fatimah yang dipentaskan pada 20 dan 21 Oktober di Panggung Bangsawan Melaka.

Maya bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Chew Kin Wah, June Lojong, Afdlin Shauki, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.

Pada Februari 2019, beliau dilaporkan bakal berlakon di samping Zizan Razak dalam filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof yang dijadualkan akan menjalani penggambaran pada Mac 2019.


Kerjaya Muzik Maya Karin

Pada November 2001, Maya merakamkan album sulungnya, Erti Cinta yang mempertaruhkan single pertama dengan tajuk sama.

Album ini melayakkan beliau menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik dan Video Terbaik di Anugerah Industri Muzik (setara Malaysia bagi Anugerah Grammy). Beliau seterusnya muncul dengan album keduaya, Bukan Qalamaya yang dikeluarkan pada Oktober 2004, ia merupakan album terakhirnya bersama MIG Records.

Maya menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia pada 3 Jun 2013 dan membuat kemunculan semula selepas berehat selama 9 tahun dalam kerjaya muzik, dengan single "Bintang Syurga".

Album ketiganya, Teka-Teki yang sentiasa dinantikan telah dilancarkan pada 24 Mac 2014, dan telah dilancarkan kemudian pada 18 April 2014, di No Black Tie. Muzik video rasmi Teka-Teki juga dilancarkan selepas itu di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia.

Maya melancarkan single terbarunya, "Gateway" ciptaan Audi Mok pada 8 November 2018 yang berkisarkan tentang dunia yang penuh dengan tipu daya dan muslihat. Ia turut menampilkan Kaka Azraff sebagai penyanyi rap.


Kedermawanan Dan Cabang Lain

Populariti Maya sebagai selebriti dan penghibur terkenal turut memperlihatkan beliau menjadi buruan pelbagai produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka, bermula dengan Wella pada 2001, diikuti oleh Pantene dan Yishion (bersama Hans Isaac) pada 2003.

Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai duta Malaysia pertama dan Power Icon untuk syarikat telekomunikasi Malaysia, Celcom. Menjelang 2007, beliau ialah satu-satunya duta wanita untuk Celcom, peranan yang beliau kongsi bersama selebriti lain seperti Steven Gerrard, Michael Owen, Leehom Wang, Robert Pires dan kumpulan muzik Indonesia, Peterpan.

Pada tahun yang sama, Maya diberikan peranan berprestij sebagai jurucakap bagi L'Oreal Paris Malaysia dan sehingga kini mengendors produk kecantikan, kosmetik dan penjagaan kulit. Terbaru, Maya dipilih jurucakap bagi jenama jam terkemuka iaitu TAG Heuer, selain itu beliau juga mengendors bebrapa jenama produk seperti Dulux, Brands Innershine, Nescafe, Vono, Sorella, Halle dan GreenTech Malaysia.

Maya telah berjaya melabur dalam hartanah dalam dan luar negara yang dilaporkan bernilai RM8 juta. Beliau memulakan pelaburan hartanah pada tahun 2003 dengan pembelian sebuah rumah kedai dan pangsapuri menggunakan hanya RM150,000.

Beliau dilaporkan memiliki lapan hartanah, termasuk satu di London dan dua di Malaysia. Aset keseluruhan beliau telah pun melebihi RM8 juta dan hampir separuh pendapatan tahunan beliau datang daripada pulangan sewaan.

Dalam temuramah, beliau berkata: "Salah satu sebab saya melabur di dalam hartanah adalah kerana perumahan adalah satu keperluan dan kita sering membaca mengenai artis-artis veteran yang tidak mempunyai rumah mereka sendiri.

Saya fikir jika sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya saya mempunyai rumah untuk tempat tinggal," Maya berkata, beliau banyak mempelajari selok belok pelaburan daripada bapanya, Gottfried Roelcke yang merupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia.


Aktivisme Maya Karin

Didorong oleh pengaruh bapanya, Maya berminat dengan alam sekitar sejak usia muda. Beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai kempen untuk perlindungan alam sekitar dan hidupan liar dan sering bekerja dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Sedunia (WWF).

Beliau juga memiliki program pemuliharaan alam sekitarnya sendiri yang dikenali sebagai MayaLovesNature, yang melibatkan pekerja seramai 22.000 pelajar daripada 14 sekolah rendah yang berbeza mensasarkan kesedaran penggunaan yang berlebihan dan pembaziran beg plastik.

Pada 2012 beliau menjadi duta bagi kerajaan inisiatif kitar semula yang baru dan sebagai jurucakap bagi Institut Geologi Malaysia. Pada 2015, Maya mencari 100,000 tandatangan bagi menyokong petisyen kepada kerajaan untuk memperkenalkan semula insentif cukai kepada rakyat Malaysia untuk membeli kenderaan elektrik (EV), usaha ini dilakukan oleh Maya selaku duta Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) yang mengutamakan misi menghargai dan mengaplikasikan teknologi hijau.

Pada Oktober 2013, Maya bersama-sama Shaheizy Sam, DJ Yoon, Him Law dan Bii telah dilantik sebagai duta kempen Fuelled by Fans, Powered by PRIMAX anjuran Petronas yang mana mereka akan menyertai acara bersama peminat terpilih dalam usaha untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Pada 16 April 2018, beliau bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Scha Al-Yahya, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial yang bertemakan "Tak Pasti Jangan Kongsi. Sebar Fakta, Bukan Dusta". Maya menyatakan kebimbangan beliau mengenai pusat beli-belah yang banyak dibina berbanding taman permainan kanak-kanak.


Kehidupan Peribadi Maya Karin

Maya berkahwin dengan warga Britain iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali pada 24 Julai 2008 di Bellagio, Itali dan kemudiannya mengadakan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong pada 26 Ogos tahun yang sama, tetapi telah bercerai pada Jun 2010.

Pada Ogos 2017, Maya mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa buli siber di laman sosial Facebook dan Instagram dan diganggu oleh individu tidak dikenalinya dan ia berterusan selama tiga bulan.


Fakta Menarik Maya Karin


1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

2. Lahir pada tanggal 29 Oktober 1979, dengan Zodiak Virgo.

3. Berdarah campuran Jerman dan Melayu.

4. Maya Karin pernah tinggal dan dibesarkan di Bandung, Indonesia sejak berumur 2 tahun hingga 17 tahun. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Antarabangsa Bandung ketika itu.

5. Berkelulusan dalam jurusan bidang media dan pemasaran daripada Institut Lim Kok Wing.

6. Selain Bahasa Malaysia, Maya juga fasih dalam Bahasa Jerman.

7. Disebabkan lama tinggal di Indonesia, sehingga kini dialek dan loghat Indonesia masih sukar dikikis daripada percakapan Maya Karin walaupun telah lama berpindah ke Malaysia.

8. Maya Karin berkahwin dengan seorang guru berbangsa Itali, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008. Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos 2008.

9. Namun jodoh pasangan ini tidak berkekalan apabila bercerai talak satu pada 16 Julai 2010 setelah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

10. Untuk tahun 2016, Maya Karin ingin kembali aktif dalam kerjaya nyanyian dan telah muncul dengan single terbaru ‘Serik Dengan Cinta’. Walaupun judul single tersebut menimbulkan sedikit kontroversi namun Maya Karin menegaskan yang ianya tiada kena mengena dengan dirinya dan bersifat kebetulan sahaja.

11. Pernah terbit dengan tiga buah album studio berjudul Erti Cinta, Bukan Qalamaya dan Teka-Teki.

12. Sebagai pelakon kelas A, Maya dilihat selektif dalam pemilihan karya berkualiti dan tertumpu di layar perak sejak daripada zaman kegemilangannya sehinggalah kini. Antara filem popular dibintanginya seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, 1957: Hati Malaya, Magika, Cun, Ombak Rindu dan Munafik 2.



Apa Zodiak Maya Karin? 

Apa Zodiak Maya Karin? Maya Karin lahir pada tanggal 29 Oktober 1979. Jadi, Zodiak Maya Karin adalah Virgo.

Virgo sangat tenang, bebas, dan teratur, lebih suka mengawal dalam apa jua keadaan. Mereka sangat prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan mereka, dan mereka sentiasa menjaga diri mereka dengan kerap. Mereka sentiasa mencari keamanan dalam hidup dan dalam segala hal.

Kelebihan Virgo
Virgo sangat berhati-hati, cermat, dan bijak. Mereka mempunyai bakat untuk menjadi guru dengan kemahiran komunikasi yang canggih dan keikhlasan mereka dalam berkongsi segala hal yang mereka tahu!

Mereka sangat baik untuk menjaga keselesaan orang-orang terdekat yang paling mereka sayangi dan tidak akan mengabaikan hal sekecil apapun jua, dan ini menunjukkan sejauh mana kasih sayang mereka.

Kelemahan Virgo
Kepedulian Virgo untuk perkara-perkara kecil, seperti rasa ingin tahu dan obsesi mereka yang luar biasa untuk melakukan pekerjaan yang baik, tidak selalu memberi manfaat kepada mereka.

Keinginan mereka untuk keseronokan peribadi dapat dilihat oleh orang lain sebagai bentuk keegoisan. Obsesi berlebihan mereka boleh membuat mereka tidak toleran terhadap orang lain. Keupayaan menganalisisnya dapat membuat mereka sukar untuk melihat sesuatu secara keseluruhan, yang sangat penting dalam beberapa pekerjaan dan dalam situasi tertentu.


Gambar Terkini Maya Karin

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Maya Karin, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Maya Karin • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar