your code goes here

Biodata Aaron Aziz • Latar Belakang, Fakta, Agama, dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Aaron Aziz, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Aaron Aziz.

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Aaron Aziz. Biodata Aaron Aziz ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Lelaki asal Singapura ini!

Aaron Aziz ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di televisyen di Singapura dan Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya di Singapura pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya beliau melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005).

Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004).

Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7, Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.


Biodata Penuh Aaron Aziz

Nama Penuh: Aaron Mustapha bin Aziz
Nama Popular: Aaron Aziz
Tarikh Lahir: 23 Februari 1976
Umur: 43 Tahun (2019)
Zodiak: Pisces
Asal: Tampines, Singapura
Kediaman: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Singapura
Ketinggian: 1.78 m (5 ka 101⁄8 in)
Pasangan: Diyana Halik
Anak: 3 Orang
Pekerjaan: Pelakon, Pengarah, Pengacara, Penyanyi dan Model
Tahun Aktif: 2001 - hingga kini
Instagram:
https://www.instagram.com/aarondwiaziz/
Facebook:
https://facebook.com/aaronmustaphaaziz/
Twitter:
https://twitter.com/aarondwiaziz
Wikipedia:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Aaron_Aziz


Latar Belakang dan Kerjaya Aaron Aziz

Beliau dilahirkan sebagai Aaron Mustapha bin Aziz pada 23 Februari 1976 di Tampines dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura dan memiliki darah kacukan Melayu-Bugis-Jawa.


2001-2004: Kerjaya Awal Di Singapura

Sebelum memulakan kerjaya lakonannya di Malaysia, Aaron terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan di negara kelahirannya, Singapura, di mana beliau telah menjayakan watak Shahril dalam siri drama Cinta Bollywood yang bersiaran di saluran Mediacorp Suria sebanyak dua musim antara 2001 dan 2002.

Drama ini telah membantu menaikkan nama Aaron sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Pesta Perdana 2002.

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak utama dalam siri drama Mandarin, A War Diary di saluran MediaCorp Saluran 5. Beliau juga pernah tampil sebagai pelakon undangan sitkom Phua Chu Kang musim keenam, memegang watak sebagai Yusof Ahmad.


2005–2012: Berpindah Ke Malaysia

Selepas berpindah ke Malaysia, beliau mempunyai watak utama dalam siri drama Janji Diana (2006) yang diadaptasi daripada filem 2003 dengan judul sama.

Pada 2007, beliau membintangi bersama Sharifah Amani menerusi drama Emil Emilda di mana beliau melakonkan watak sebagai Emil.

Aaron membuat penampilan filem cereka sulungnya menerusi filem sulung arahan Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift (2008) yang mana beliau melakonkan watak antagonis sebagai Joe, seorang ketua samseng dan sindiket dadah yang bergiat aktif dalam perlumbaan kereta drift, beliau mengulang kembali wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2010.

Aaron kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah arahan Syamsul menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) yang mana beliau memegang watak sebagai Azam, seorang bapa ayam.

Pada tahun 2009, Aaron membintangi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Fazura dan Maya Karin. Pada 2011, beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syamsul Yusof menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster di mana beliau memegang watak Malek.

Seterusnya, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dan Maya Karin menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang berdasarkan daripada novel 2002 dengan judul sama tulisan Fauziah Asyari.

Aaron bersama barisan pelakon asal filem KL Gangster, memulakan penggambaran prekuel filem ini pada 1 Disember 2011. Ketika menjalani penggambaran, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau keudiannya, dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pada tahun 2012, beliau digandingkan bersama aktres berbakat Nadiya Nisaa menerusi drama Adam dan Hawa terbitan Global Station.

Seterusnya, beliau muncul bersama Datuk Ogy Ahmad Daud dalam musim keempat siri Tanah Kubur episod "Ibu Ampunkan Aku". Beliau membuat kemunculan istimewa menerusi siri drama Evolusi KL Drift: The Series (2012-13), kali ini beliau melakonkan watak Dino, manakala watak Joe yang dilakonkannya dalam dua siri filem terdahulu dilakonkan oleh Norman Hakim.

Pada September tahun sama, beliau dilantik sebagai duta produk minuman bertenaga Drive M7, bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak dan raja drift negara, Tengku Djan Ley.

Beliau juga sering bergandingan dengan Siti Saleha menerusi drama Habil dan Qabil,[15] Nora Elena dan Kekasih Awal dan Akhir, seterusnya mereka berdua membuat penampilan layar lebar pertama menerusi filem Kerat 14 (2013) arahan Arjin Uppal.

Aaron muncul dalam muzik video "Salam Semua" nyanyian anak didiknya ketika itu, kumpulan Sleeq.


2013–kini: Puncak Populariti Dan Kejayaan Arus Perdana

Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak Khaliff dalam filem Lari arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 6 Jun.

Beliau kemudiannya, muncul dalam musim kedua siri drama pendidikan Astro TVIQ, Oh My English! sebagai Cikgu Malik. Selain itu, beliau mengacarakan rancangan realiti TV, Fear Factor Malaysia yang difilemkan di Cape Town, Afrika Selatan.

Seterusnya, beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Nadiya Nisaa, Aaron memegang watak sebagai Azman, seorang pemuda yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.

Beliau kembali menjayakan watak Malek dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2, bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.

Pada Mei 2014, beliau mempunyai watak undangan dalam filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof, lakonan Zizan Raja Lawak dan Kamal Adli.

Pada tahun 2015, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Romeo Kota: Kes Fail Kriptik di mana beliau sendiri turut berlakon dengan memegang watak sebagai Inspektor Romi.

Beliau berpasangan sekali lagi bersama Lisa Surihani menerusi filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader, Suamiku, Encik Perfect 10 (2015) yang mana beliau menjayakan watak Zarif Daniel.

Kali terakhir beliau dan Lisa berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali. Beliau melakonkan watak tajuk dalam drama Tuan Anas Mikael bersama Zara Zya yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Syamnuriezal dan watak Tuan Ihsan dalam satu lagi drama adaptasi novel, Isteri Tuan Ihsan bersama Amyra Rosli.

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai duta Malaysia bagi filem aksi Hollywood, Ant-Man. Pada Mac 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi filem Tamil berjudul 'Tik Tik Tik'. Beliau kembali ke TV menerusi drama Black Belt Kaler Pink lakonan bersama Kamal Adli.

Aaron muncul dengan dua filemnya yang ditayangkan pada 2017, iaitu filem lakonan beliau Kau Yang Satu arahan Osman Ali lakonan bersama Izara Aishah dan Soo Wincci dan filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur bersama Nora Danish.

Beliau membintangi bersama Elizabeth Tan dan Siti Elizad menerusi drama My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions, yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 31 Julai 2017.

Pada Januari 2018, Aaron memegang watak Toyol dalam iklan serantau untuk filem fantasi Netflix Bright. Beliau dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.

Aaron membuat penampilan Kollywood pertamanya menerusi filem Tamil Tik Tik Tik yang ditayangkan pada 22 Jun 2018; beliau melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi. Menurut Aaron, pengalaman berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buatnya dan mengakui teruja penampilannya mendapat sambutan.

Aaron memegang watak sebagai ASP Redzuan dalam filem aksi thriler arahan Sandosh Kesavan Operasi X yang dikeluarkan pada 1 November 2018.

Beliau berkata mengenai tawaran berlakon dalam Operasi X: "Antara sebab-sebab mengapa saya mengambil peranan ini adalah kerana peluang untuk bekerjasama dengan Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam dan Nasir Bilal Khan."

Aaron kembali ke kaca televisyen menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Selain itu, beliau juga berlakon bersama Izara Aishah dalam drama Jodoh-Jodoh Annisa.


Kehidupan Peribadi Aaron Aziz

Beliau berkahwin dengan Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak—Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Sejak 2012, beliau diiktiraf sebagai penduduk tetap Malaysia.

Aaron mendedahkan pada April 2012 bahawa terdapat sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya. Nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustapha yang didakwa ialah nama sebenar beliau.

Menurut Aaron dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau mengetahui hal tersebut menerusi isterinya dan terkejut kerana gambar yang digunakan adalah wajah beliau tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan namanya. Beliau berkata: "Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa".

Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran.

Pada tahun 2017, beliau mengalami sakit sendi tengkuk sehingga terpaksa menggunakan penyokong leher. Pada Mei 2018, beliau dilaporkan diserang penyakit misteri dan telah menerima rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa dengan seorang kenalannya yang merupakan seorang ustaz.

Pada Oktober 2018, Aaron menafikan khabar angin mengatakan beliau terlibat dalam mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin. Beliau mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.


Apa Zodiak Aaron Aziz? 

Apa Zodiak Aaron Aziz? Aaron Aziz lahir pada tanggal 23 Februari 1976. Jadi, Zodiak Aaron Aziz adalah Scorpio.

Pisces mempunyai rasa mistik dan segala sesuatu yang membawa perubahan kepada rutinitas harian mereka. Mereka juga suka kemewahan dan segala yang berkaitan dengan kreativiti. Mereka mudah dipengaruhi dan mempunyai daya tahan yang rendah, walaupun mereka sangat sensitif terhadap kesulitan yang dialami oleh orang lain.

Kelebihan Pisces
Pisces adalah tanda zodiak yang sensitif dan emosional, dan mempunyai kesabaran dan dedikasi yang tinggi. Pisces bersikap sederhana dalam semua situasi, dan ini menjadikannya tidak dapat dipisahkan dari benda dan realiti yang wujud.

Kelemahan Pisces
Piscean mengalami kesukaran bertindak dengan tegas kerana takut mencederakan perasaan orang lain. Kerana kekurangan inisiatif dan kecenderungan mereka untuk menyokong kedua-dua belah hujah, mereka sering meletakkan diri mereka sebagai mangsa. Kerana kekurangan inisiatif tersebut, mereka boleh melepaskan peluang dan hidup dengan penuh penyesalan yang sia-sia.


Gambar Terkini Aaron Aziz

Berikut ini adalah Senarai Gambar Tekini Aaron Aziz, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga


Biodata Aaron Aziz • Biodata, Fakta, Agama, dan Keluarga

Sumber
Wikipedia

Posting Komentar