your code goes here

Biodata Lisa Surihani • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Lisa Surihani, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Lisa Surihani.

Biodata Lisa Surihani • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Lisa Surihani. Biodata Lisa Surihani ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Model sekaligus Pelakon Wanita asal Malaysia ini!

Lisa Surihani binti Mohamed ialah seorang pelakon, model, pengacara televisyen dan jurucakap produk Malaysia.

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen.

Penampilan pertama Lisa di layar kaca ialah menerusi drama Gergasi (2002), seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 2006 menerusi peranannya sebagai Lara dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly, sebelum meraih pengiktirafan meluas menerusi filem I'm Not Single (2008) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22.


Biodata Penuh Lisa Surihani

Nama Penuh: Lisa Surihani binti Mohamed
Nama Popular: Lisa Surihani
Tarikh Lahir: 23 Mac 1986
Umur: 33 Tahun (2019)
Zodiak: Aries
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Ketinggian: 1.60 m (5 ka 3 in)
Pasangan: Yusry Abdul Halim
Anak: 2 Orang
Nama Ibu: Siti Amirah Ahmad
Nama Ayah: Mohamed Mahbob
Pekerjaan: Pelakon, Model, Jurucakap Produk dan Pengacara
Tahun Aktif: 1997 - hingga kini
Instagram:
https://www.instagram.com/lisasurihani/
Wikipedia:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lisa_Surihani


Latar Belakang dan Kerjaya Lisa Surihani

Beliau dilahirkan sebagai Lisa Surihani binti Mohamed pada 23 Mac 1986 di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur kepada ibu bapanya, Siti Amirah binti Ahmad (lahir 5 April 1952) dan Allahyarham Mohamed bin Mahbob (23 Januari 1947–31 Oktober 2008).

Beliau ialah anak keempat daripada lima adik-beradik dan mempunyai 3 abang (salah seorang abangnya ialah Mohamed Azan) serta seorang adik lelaki, Lisa merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan berdarah kacukan Bugis, Cina, India dan Arab.

Ketika berusia 3 tahun, keluarganya menetap di Jalan Gurney, kemudian berpindah ke Kampung Pandan. Beliau dinamakan sebagai Lisa Surihani kerana nama ‘Surihani’ ialah daripada bapanya dan ‘Lisa’ ialah pilihan ibunya, Lisa mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sri Inai semasa zaman sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.


Permulaan Kerjaya Dan Puncak Populariti

Pada tahun 1997, Lisa Surihani memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak menerusi iklan susu coklat Ovaltine, ketika itu beliau berusia 11 tahun.

Ia menjadi iklan pertama yang dijayakan oleh Lisa, setelah itu beliau lebih banyak muncul dalam beberapa iklan di televisyen, termasuk iklan McDonalds (2002) dan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Datuk Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Nadiya Nisaa.

Kemunculan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama Gergasi di TV1 pada 2002 dan kemudian diikuti oleh drama Ayah Kami (2004) juga bersiaran di TV1.

Pada 2006, beliau membuat kemunculan filem cetera sulungnya menerusi filem Goodbye Boys lakonan Razif Hashim dan Nas-T arahan Bernard Chauly, yang mana beliau memegang watak sebagai Lara.

Dua tahun kemudian, pada 2008, namanya mula menjadi perhatian ramai apabila beliau melakonkan watak sebagai Maya menerusi filem romantik yang juga filem kedua lakonannya, I'm Not Single arahan Pierre Andre lakonan bersama Farid Kamil, Awal Ashaari dan Intan Ladyana, yang menandakan gandingan pertamaya bersama Farid.

Filem ini melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada 2009. Lisa berlakon bersama Remy Ishak dalam siri drama romantik Obsesi arahan Murali Abdullah yang disiarkan di TV3 pada 5 November hingga 28 Disember 2008.

Lisa menjayakan watak utama sebagai Suriati yang merupakan isteri kedua Tengku Azizudin (Remy) yang telah kematian isteri.

Lisa membintangi telefilem pertama lakonannya, Ponti Anak Remaja bersama pelakon utamanya, Liyana Jasmay yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 23 Mac 2009.

Pada 22 April, beliau berlakon bersama Yana Samsudin dan Rozita Che Wan sebagai pelakon utama drama 3 Janda yang bersiaran di Astro Prima, Lisa memegang watak utama sebagai seorang janda yang bernama Intan.

Beliau menjayakan watak wanita misteri bernama Mustika Sudirman dalam filem seram komedi arahan Idham, Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Shaheizy Sam, Lan Pet Pet dan Cat Farish yang ditayangkan pada 4 Jun.

Beliau kemudiannya menghidupkan watak antagonis bernama Kamsah dalam filem aksi permotoran V3 Samseng Jalanan; dikeluarkan pada 11 Mac 2010, filem ini merupakan arahan sulung Farid Kamil dengan lakonlayar oleh Farid dan Soffi Jikan.

Lisa berkata mengenai wataknya: "Pada mulanya Farid ingin menggunakan nama Melor kepada watak saya. Dengan sekali gurauan dalam corong telefon, terkeluar nama Kamsah daripada mulut saya tanpa disangka."

Bagi menghidupkan watak Kamsah, beliau diminta oleh Farid untuk menghisap rokok bagi menyesuaikan imej Kamsah yang tidak banyak bercakap. Beliau dan Farid sekali lagi bergandingan menerusi filem Semerah Cinta Stilleto arahan Ahmad Idham.

Di samping itu, Lisa berpasangan bersama bekas penyanyi kumpulan Ruffedge, Syed Hussein menerusi drama Adamaya arahan Mohd Feroz Abdul Kader dan ditulis oleh Zarihah Hassan yang bersiaran di Slot Akasia TV3 pada 6 April 2010, drama ini turut dibintangi oleh Allahyarham Faizal Yusup yang meninggal dunia pada sambutan Tahun Baru 2011, Lisa melakonkan watak sebagai Maya, seorang pelajar tahun kedua dalam bidang insurans di sebuah universiti terkemuka.

Seterunya, beliau menyertai barisan pelakon utama filem aksi komedi adiwira arahan Azizi "Chunk" Adnan, Kapoww terbitan Tayangan Unggul, Lisa melakonkan watak protagonis, Siti Nurhasnita, dan menyaksikan gandingan pertamanya bersama Zizan Raja Lawak.

Pada 7 Oktober 2010, Lisa kembali menjayakan watak Mustika Sudirman dalam kesinambungan filem Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang masih mengekalkan barisan pelakon asalnya kecuali Shaheizy Sam.

Beliau ditawarkan membintangi filem Zoo arahan Azhari Zain yang mengangkat tema hidupan liar, Lisa melakonkan watak sebagai Shila, seorang penjaga zoo.

Penggambaran filem ini sebahagiannya dijalankan di Zoo Negara, salah satu muzium haiwan yang terkemuka di Malaysia. Beliau kemudian berlakon bersama Razali Hussein dalam telefilem khas sempena Ramadan yang bertajuk Azan yang disiarkan di TV1, Lisa membawakan watak sebagai Rosa, seorang gadis yang berasal dari keluarga berada yang mengalami trauma setelah terlibat dalam nahas jalan raya.

Pada 20 Oktober 2010, beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan. Kedua-duanya adalah filem gandingan beliau dan Farid.

Beliau kembali ke bidang pengacaraan selepas hampir tiga tahun, Lisa bersama Marion Caunter, Sarah Lian dan Cheryl Samad mengacarakan program sukan 13 episod MyEG Extra Time Bring It! di saluran ESPN. Seterusnya, beliau bersama Awal Ashaari mengacarakan rancangan Mari Menari di Astro Ria.

Pada April 2011, Lisa memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, menewaskan saingan terdekatnya termasuk Diana Danielle, Liyana Jasmay, Maya Karin dan Scha Al-Yahya, beliau juga dicalonkan bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, tetapi dimenangi oleh Fasha Sandha.

Beliau digandingkan lagi bersama Shaheizy Sam menerusi filem Sekali Lagi arahan Hashim Rejab yang berkisarkan tentang Arman yang menghidap penyakit autisme, filem ini memperolehi Lisa mendapat pencalonan bagi Heroin Terhebat di Anugerah Blokbuster yang julung kalinya diadakan, dan pencalonan bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 serta pencalonan bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24.

Beliau menjadi salah seorang daripada empat selebriti termasuk Aznil Nawawi, Amy Search dan Low Ngai Yuen yang dijemput untuk menghadiri forum online Meja Bulat 1Malaysia di pejabat Perdana Menteri pada Jun 2011.

Selain itu, Lisa melakonkan watak antagonis Mila Amylia Rashdan dalam filem drama romantik Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel 2002 dengan judul sama karya Fauziah Ashari, filem yang ditayangkan pada 1 Disember 2011 turut dibintangi oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Bront Palarae ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan, meraih kutipan tayangan tertinggi sebanyak RM10.90 juta di belakang filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof yang meraih kutipan RM11.74 juta.

Menerusi filem box office ini Lisa meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2012 serta dicalonkan buat kali kedua dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

Pada 29 Disember 2011, Lisa berlakon dalam filem terakhirnya bersama Metrowealth Pictures, Papa I Love You arahan Hashim Rejab, lakonan bersama Zalif Sidek dan Mia Sara Nasuha, bagaimanapun, filem ini menjadi kegagalan komersial semasa tayangannya di pawagam.


Teater Tun Siti Hasmah dan Istanbul Aku Datang!

Pada awal 2012, beliau memegang watak pembantu dalam kesinambungan trilogi filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan 2: Katerina yang dibintangi oleh Farid Kamil dan Maya Karin.

Beliau seterusnya membintangi filem psiko-thriler romantik arahan sulung Syafiq Yusof, Saya Amat Mencintaimu (SAM) bersama Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof, Lisa melakonkan watak dirinya sendiri sebagai pembantu peribadi dan teman wanita Sam.

Filem ini ditayangkan pada 19 Ogos 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri, turut dibintangi oleh Neelofa dan Azad Jasmin.

Pada November 2012, Lisa menjayakan peranan sebagai Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam teater penghargaan Tun Siti Hasmah yang diarahkan oleh Erma Fatima, beliau dilaporkan menggantikan Erra Fazira yang menarik diri daripada projek tersebut kerana kekangan masa dan jadual yang padat.

Pelakon lain yang turut menjayakan teater ini termasuk Eja, Esma Daniel dan Nazim Othman.[33] Beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Bernard Chauly menerusi filem Istanbul Aku Datang! terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Dian yang pada asalnya dilakonkan oleh Fazura sebelum menarik diri kerana pertindihan jadual kerjanya.

Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Beto Kusyairy, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, difilemkan di Istanbul, Turki.

Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013 dan menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asia yang julung kali diadakan.

Lebih manis lagi, Lisa menyertai senarai aktres hebat yang memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia apabila meraih gelaran keduanya menerusi filem ini pada edisi ke 26.

Pada 11 April 2013, Lisa menjadi tunjang utama bersama Anzalna Nasir, Nasha Aziz dan Adrea Abdullah menerusi drama Maskara arahan Nizam Zakaria terbitan KRU Studios yang bersiaran di TV1; Lisa menjayakan watak utama sebagai Lynn, yang dipaksa kahwin dengan lelaki lebih tua dan terpaksa hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Ia mengisahkan tentang empat jelitawan—Lynn, Liza, Hani dan Sue yang membentuk satu sistem sokongan sesama mereka dalam berdepan dengan isu keluarga, masalah cinta, persahabatan sehinggalah ke soal rumahtangga.

Lisa meminjamkan suaranya bagi watak Smurfette dalam alihsuara versi bahasa Melayu bagi filem animasi Amerika Syarikat 2011, The Smurfs untuk siaran di HBO Asia pada 22 Jun 2013.

Satu-satunya filem lakonan Lisa dalam tahun yang sama ialah filem Ular arahan Jason Chong, yang menyaksikan pertama kali beliau berlakon bersama suaminya, Yusry KRU.

Pada tahun yang sama, beliau membintangi telefilem Mama Mama Mia lakonan bersama Hanis Zalikha yang disiarkan di Astro Ria pada 30 Mei 2013. Pada 2014, Lisa menjadi rakyat Malaysia pertama yang akan muncul di E! News Asia Special bersama pengacaranya Marion Caunter, menjadikan beliau ikon dan pemimpin dalam budaya pop.

Rancangan ini membawa penonton dan peminat setia Lisa menyelami apa yang tidak pernah dilihat sebelum ini di dalam kehidupan beliau, menampilkan temubual bersama suaminya, Yusry, keluarga, kawan rapat serta mereka yang rapat dengannya, ia disiarkan di saluran E! Asia pada 13 April 2014.

Lisa menyertai artis serantau lain seperti Jay Park dari Korea Selatan, Aaron Aziz dari Singapura, dan Anne Curtis dari Filipina.

Juga pada tahun yang sama, Lisa melangkah ke bidang muzik buat pertama kalinya apabila beliau merakamkan lagu bersama suami menerusi lagu duet sulung mereka, "Kekasih Abadi" yang mana sisi romantis mereka diluahkan dalam seni dimana mereka telah mengabadikan kisah cinta yang berjanji untuk sehidup semati di dalam lagu ini.

Lagu tersebut juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Pasport Cinta Yusry-Lisa, siri sebanyak 13 episod ini mula bersiaran di TV2 pada Mac dan diinspirasikan dengan konsep percutian bulan madu Yusry dan Lisa menampilkan mereka pasangan suami isteri yang mengembara ke seluruh negeri di Malaysia, dimana penonton berpeluang melihat perbezaan perwatakan Yusry dan Lisa dalam merancang percutian bajet mereka.

Pada 8 Januari, lagu "Kekasih Abadi" dimuatnaik di YouTube rasmi KRU Music. Selain itu, beliau turut meminjamkan suaranya bagi watak Lucy dalam versi bahasa Melayu bagi filem animasi Hollywood 2013, Despicable Me 2 untuk siaran di HBO Asia, turut meminjamkan suara untuk filem itu ialah Harith Iskander sebagai Gru dan Nelydia Senrose sebagai Margo.

Beliau diberi kepercayaan oleh HBO Asia sebagai pengacara untuk rancangan HBO Sentral yang memulakan tayangan perdana pada 27 April 2014. Ini menjadikan beliau sebagai selebriti tempatan pertama yang mengacarakan rancangan itu untuk pasaran Asia.

HBO Sentral merupakan panduan bulanan baru di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 431) yang memberi peluang kepada penonton untuk mengetahui filem-filem Hollywood yang akan disiarkan pada setiap bulan. Untuk musim kedua, beliau digantikan oleh Nabil Ahmad.

Lisa kembali menjayakan watak Ayu dalam trilogi terakhir Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan. Bersama pelakon berbakat, Fizz Fairuz, beliau membintangi filem seram suspens-thriller arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati, Lisa memegang watak utama sebagai Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Ketika menjalani penggambaran filem ini, Lisa mengakui tertekan kerana mengalami sedikit gangguan kerana terbawa-bawa watak Lena yang dilakonkannya.

Menurutnya, beliau banyak mengorbankan masanya demi watak Lena lakonannya. Beliau pada mulanya menolak untuk membintangi filem itu. Bagaimanapun, Lisa memberanikan diri menyahut cabaran tersebut atas dorongan dan nasihat agar keluar daripada kepompong lakonan kebiasaannya.

Filem beliau seterusnya, Manisnya Cinta di Cappadoccia arahan Bernard lakonan bersama Fazura dan Shaheizy Sam ditayangkan di pawagam pada 11 Disember 2014.

Namun menerusi filem Dendam Orang Mati melayakkan Lisa menerima pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-26 bagi Pelakon Wanita Terbaik, bagaimanapun rezeki tidak memihak kepadanya apabila anugerah itu dimenangi oleh Fazura.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberikan komitmen untuk sebarang promosi Festival Filem Malaysia ke-27 dan hadir pada malam kemuncak kerana beliau sarat mengandung.

Pada Oktober 2014, Lisa dilaporkan bakal mengarahkan filemnya sendiri sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan bakal menduduki kerusi pengarah untuk projek 'Ikal Mayang' ketiga dijadual untuk tayangan pada 8 Mac 2015.

Walau bagaimanapun, senarai barisan pelakon yang terlibat masih belum didedahkan oleh pihak penganjur yang ingin merahsiakan perkara ini pada masa itu.

Pada bulan yang sama, beliau bersama Tony Eusoff dan Nadia Aqilah mengambil bahagian dalam pementasan ketiga bagi teater muzikal P. Ramlee the Musical arahan Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri yang diadakan di Istana Budaya pada 3 hingga 12 Oktober di mana Lisa melakonkan watak sebagai Junaidah Haris.

Pada 1 November 2014, Lisa memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) menerusi watak lakonannya sebagai Dian dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly, beliau menewaskan saingan terdekatnya seperti Diana Danielle (Sembunyi), Ummi Nazeera (Penanggal), Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati) dan Kalpana Sundraju (Dhusrajanam).


Suamiku Encik Perfect 10, Cicakman 3 Dan Terus Aktif Berlakon

Lisa memulakan lembaran 2015 dengan filem terbaru lakonannya, Suamiku Encik Perfect 10 yang sekali lagi memperlihatkan beliau berimej muslimah sekaligus menggandingkannya bersama Aaron Aziz buat kali kedua.

Kali terakhir mereka Lisa dan Aaron berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali. Dalam filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader ini, Lisa melakonkan watak Aleeya Azmeen, seorang pelajar yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan Zarief Daniel selama seminggu di Malaysia selepas memgandungkan anak bersama teman lelakinya.

Seterusnya, Lisa muncul dalam filem lakonannya bersama Zizan Razak, Cicakman 3 arahan suaminya Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Fasha Sandha yang berlakon dalam dua filem terdahulu, dan memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.

Selepas Suamiku Encik Perfect 10 dan Cicakman 3, Lisa muncul pula menerusi filem muzikal arahan Osman Ali bertajuk Sinaran yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Filem yang dinamakan sempena lagu nyanyian Datuk Sheila Majid dengan judul sama ini ditayangkan pada 26 November 2015 turut dibintangi oleh Izara Aishah, pelakon Singapura Syarif dari kumpulan Sleeq dan pelakon Indonesia, Evan Sanders, dalam filem ini, Lisa melakonkan watak Shila, pelajar baharu kolej yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta.

Filem ini merupakan filem kedua Lisa di bawah arahan Osman selepas Ombak Rindu dan ia juga memerlukan beliau belajar menari.

Pada April 2016, beliau bersama suami, Yusry mengacarakan rancangan e-bu Babypedia di saluran Astro Ria, sebuah rancangan yang menyingkap perjalanan saat manis Lisa dan Yusry bergelar ibu dan bapa dan mengupas kebenaran yang terselindung disebalik tradisi yang terdapat di seluruh dunia.

Pada majlis pelancaran e-bu Babypedia, Lisa dan Yusry tidak berhasrat memberi hak eksklusif kepada mana-mana stesen televisyen termasuk Astro untuk mendedahkan gambar anak sulung mereka Yahaira Leanne.

Pada 14 Mei 2016, Lisa membintangi bersama pelakon senior Didie Alias dan aktor yang sedang meningkat naik, Syafiq Kyle dalam telefilem berjudul Syahadah Yang Hilang arahan Ghaz Abu Bakar yang berkisarkan mengenai seorang wanita tua yang merupakan bekas penari istana yang membela saka. Ia bersiaran menerusi slot Karya 12 di Astro Citra.

Beliau meneruskan rentetan kerjasama dengan Bernard menerusi telefilem Kontena Ana yang memulakan tayangan perdana menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 12 Ogos 2017, berlatarbelakangkan tahun 2001 di Miri, Sarawak, di mana perceraian melalui SMS berlaku kepada Ana dan dia bertekad untuk membetulkan keadaan.

Ini menjadikan Lisa satu-satunya pelakon telefilem ini, yang mana beliau turut mengolah jalan cerita (boleh dirujuk menerusi kredit telefilem ini). Beliau bersama suaminya mengacarakan e-bu Babypedia musim kedua.

Lisa dan suaminya, Yusry berangkat ke Sepanyol bagi menjalani penggambaran muzik video "Abang Nak Tegur" nyanyian usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat. Muzik video ini mendandakan percubaan sulung Lisa di belakang tabir sebagai kru penerbitan, yang mana beliau berkhidmat sebagai Pembantu Penerbitan dan Pembantu Pengarah Kedua.

Pada Mac 2018, Lisa dan suami menjadi tetamu jemputan rancangan terbitan ntv7 Kata Serasi, yang dihoskan oleh Diana Danielle dan Nazrudin Habibur Rahman.

Lisa muncul dalam drama Jibril arahan Megat Shahrizal yang diterbitkan untuk platform digital oleh Viu dengan kerjasama Media Prima Berhad; memegang watak sebagai Mona. Pelakon lain yang terlibat termasuk Tony Eusoff, Aeril Zafrel, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy.

Beliau merupakan salah seorang pelakon utama telefilem Geng yang ditayangkan di Astro First Eksklusif, memegang watak sebagai Mariam. Ia turut dibintagi oleh Nadiya Nisaa dan Sherry Alhadad dan menjadi lakonan terakhir beliau sebelum berhijab.


Kehidupan Peribadi Lisa Surihani

Lisa Surihani dan bekas penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis perkahwinan yang berlangsung selepas solat Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari. Sebelum ini mereka mengadakan sidang akhbar perkahwinan mereka di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya.

Mereka tidak bertunang sebaliknya terus bernikah pada 23 Februari. Lisa dan Yusry sebelum ini dilaporkan enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.

Sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod mengenai kisah cinta pasangan itu sejak dari awal perkenalan sehingga perkahwinan telah disiarkan secara eksklusif di Astro Ria paad 25 Februari 2012.

Turut hadir ialah ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal dan Zarina Abdul Wahab Fenner serta abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Lisa dan Yusry menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka, Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015, pada tahun berikutnya, beliau hamil anak kedua.

Pada 23 April 2017, beliau melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki kira-kira jam 7.10 pagi dan berada dalam keadaan sihat serta stabil dan ditempatkan di wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Pada 1 Mei, pasangan ini menamakan cahayamata kedua mereka sebagai Yusof Leonne sempena majlis tahnik bayi kedua mereka.

Bapa Lisa, Mohamed Mahbob meninggal dunia pada 31 Oktober 2008 akibat kanser paru-paru, meninggalkan beliau dan adik-beradiknya di bawah jagaan ibunya. Beliau ialah peminat setia KRU dan pernah menjadi penari latar kumpulan ini.

Pada 11 Januari 2013, Lisa mengalami kerugian sejumlah RM50,000 selepas kad ATM miliknya disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab. Berkutan kes tersebut, beliau dan ibunya, Siti Amirah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang dari akaun banknya.

Beliau merujuk kepada pihak bank dan dimaklumkan kad ATM beliau tidak boleh digunakan lagi kerana telah disalah guna oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat jam 10.30 pagi apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan mendapati duit yang disimpan sudah tiada dalam akaun.

Lisa kemudian menyatakan rasa bersyukur apabila pihak polis berjaya menahan seorang kakitangan bank wanita yang menceroboh akaunnya sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000 dan memberinya pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Pada Jun 2019, Lisa mengumumkan telah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah di Mekah, Arab Saudi. Beliau telah memuat naik beberapa keping gambarnya ketika berada di sebuah acara di laman Instagramnya.

Menurut Lisa dalam temuramah bersama Astro Awani, keputusan beliau untuk bertudung bukan saranan suaminya, Yusry, namun masih berusaha untuk mencari hidayah dan keputusan memakai hijab bukan perkara mudah.


Apa Zodiak Lisa Surihani? 

Apa Zodiak Lisa Surihani? Lisa Surihani lahir pada tanggal 23 Mac 1986. Jadi, Zodiak Lisa Surihani adalah Aries.

Orang dengan Zodiak Aries ini menyukai warna merah dan warna yang cerah kerana ia kelihatan megah, sama seperti diri mereka.

Mawar merah, simbol cinta yang dipenuhi dengan semangat, adalah jenis bunga kegemaran mereka. Sama seperti mereka yang dilahirkan dengan zodiak ini, mawar merah selalu terlihat dengan jelas daripada bunga lain di taman. Tetapi, berhati-hatilah dengan durinya!

Kelebihan Aries
Orang dengan Zodiak Aries jarang melakukan kejahatan dan cepat mendapat perhatian banyak orang kerana ketabahan dan sifatnya yang elegan. Pandangan mereka yang santai membolehkan mereka beradaptasi dengan mudah dan menghadapi dunia dengan senyuman yang tiada tandingannya.

Kelemahan Aries
Orang boleh bosan dengan kelakuan Zodiak Aries yang tidak dijangka dan sentiasa bertindak mengikut hati nurani mereka, jadi berhati-hatilah! Mendapat pengaruh dari Mars, kemarahan Zodiak Aries sangat ditakuti oleh orang-orang di sekelilingnya.

Seperti semua individu yang penuh ghairah, emosi mereka dapat dengan cepat meningkat jika orang berani menantang mereka atau mengancam kedudukan mereka.

Mereka cepat letih akan suatu pekerjaan yang berulang-ulang dan tidak mempunyai keupayaan untuk terus bertahan, jika mereka tidak dibiarkan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dalam semua bidang.


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar