your code goes here

Biodata Nabila Razali • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Nabila Razali, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Nabila Razali.

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Nabila Razali. Biodata Nabila Razali ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi sekaligus Pelakon Wanita asal Malaysia ini!

Nabila Razali mula bergiat dalam bidang seni apabila beliau menyertai Akademi Fantasia Musim 10 (AF2013) yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz, Azhar Osman dan Faizul Sany.

Nama Nabila Razali Mula dikenali setelah berlakon dalam telefilem Pengantin Lari Culik Artis sebagai Fammy (Astro Citra).

Pada 24 Jun 2018, Nabila dhantar ke Pusat Perubatan Tawakal akibat keracunan makanan setelah mengadu sakit perut dan lemah selama dua hari. Nabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.


Biodata Penuh Nabila Razali

Nama Penuh: Nur Nabila Binti Mohd Razali
Nama Popular: Nabila Razali
Tarikh Lahir: 13 November 1992
Umur: 27 Tahun (2019)
Zodiak: Scorpio
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Kediaman: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Universiti Sains Malaysia dalam bidang seni bina
Pekerjaan: Penyanyi dan Pelakon
Tahun Aktif: 2013 - hingga kini
Instagram:
https://www.instagram.com/nabila.razali/
Wikipedia:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Nabila_Razali


Latar Belakang dan Kerjaya Nabila Razali

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang. Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013, sebaris dengan penyanyi seperti Faizul, Azhael, Amira Othman dan Indah Ruhaila.

Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan". Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar.

Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan. Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Kahwin (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar. Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat.

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati" dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.

Beliau turut menjadi pelakon utama bersama Hefny Sahad dan Raysha Rizrose dalam siri drama online Cintaku di Bumi Izmir yang disiarkan di Unifi TV. Beliau memegang watak sebagai Fara.

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.


Single Terkenal Nabila Razali


  • Lagu Katakan Saja, Release tahun 2013
  • Lagu Cemburu, Release tahun 2016
  • Lagu Pematah Hati, Release tahun 2017
  • Lagu Cahaya Juara, Release tahun 2018
  • Lagu Vroom Vroom, Release tahun 2019


Fakta Menarik Nabila Razali


1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

2. Lahir pada tanggal 13 November 1992, dengan Zodiak Scorpio.

3.  Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

4. Selain Nabila Razali, beliau juga pernah dikenali sebagai Nabila AF dan Nabila AF13.

5. Memperjuangkan muzik bergenre pop, Single pertamanya berjudul Katakan Saja.

6. Namanya hanya benar-benar memuncak selepas kelahiran single 'Pematah Hati' yang mana video muzik lagu itu yang diarahkan The Storytellrs menjadi tular kerana gimik lakonan percintaan beliau dengan aktor Aedy Ashraf.

7. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Cintaku Di Bumi Izmir dan Sunsilk #SISCUBA.

8. Pembabitan dalam telefilem menerusi Bibik Aku Nak Kahwin, Ustaz Baru Nak Start dan Pengantin Lari Culik Artis.

9. Dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10. Lagu rakaman Nabila yang lain ialah Cemburu yang juga tidak kurang popularnya.



Apa Zodiak Nabila Razali? 

Apa Zodiak Nabila Razali? Nabila Razali lahir pada tanggal 13 November 1992. Jadi, Zodiak Nabila Razali adalah Scorpio.

Zodiak Scorpio mempunyai sifat posesif dan menuntut rawatan khas dari orang lain! Tetapi, mereka juga penuh semangat, ghairah dan karisma.

Kelebihan Scorpio
Orang dengan Zodiak Scorpio mempunyai sikap bijak dan boleh menyimpan rahsia selama-lamanya, dan ini menjadikan mereka rakan yang baik, yang sentiasa bersedia untuk mendengarkan. Rakan-rakan dan keluarga mereka boleh memiliki kepercayaan mutlak kepada mereka.

Kelemahan Scorpio
Scorpio sangat berhati-hati dan tidak mempercayai orang lain secara langsung. Ini adalah kekurangan yang selalu membahayakan mereka, mereka mempunyai reputasi sebagai orang yang sukar difahami.

Mereka juga bersifat pencemburu. Mereka boleh merosakkan diri sendiri apabila mereka merasa terancam atau marah kerana situasi tertentu, tetapi ini sering tidak disengajakan.


Gambar Terkini Nabila Razali

Berikut ini adalah Senarai Gambar Tekini Nabila Razali, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Razali • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com

Posting Komentar