your code goes here

Biodata Nabila Huda • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Nabila Huda, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Nabila Huda.

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Nabila Huda. Biodata Nabila Huda ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon Wanita asal Malaysia ini!

Anak kepada penyanyi rock popular Amy Search ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai diva kerana telah banyak membintangi filem.

Kemunculannya di layar perak, antaranya menerusi filem Lagi-Lagi Senario, Rock, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Juvana, Munafik, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Rempit Sampai Langit.

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora.





Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.


Biodata Penuh Nabila Huda

Nama Penuh: Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman
Nama Popular: Nabila Huda
Nama Panggilan: Abil
Tarikh Lahir: 2 Disember 1984
Umur: 35 tahun (2019)
Zodiak: Sagitarius
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pelakon dan Pengacara
Tahun Aktif: 2001 – kini
Status: Berkahwin
– Nama Suami: Zaidi Zailani (2008 – 2011; bercerai)
– Nama Suami: Mohd. Izwan Johar (berkahwin 2015)
Nama Anak: Keisha Laila
Nama Ibu: Faridah Fadzil
Nama Ayah: Amy Search
Instagram:
√ https://www.instagram.com/kupu_kupu/
Twitter:
√ https://twitter.com/abilsuhaimi
Wikipedia:
√ https://ms.wikipedia.org/wiki/Nabila_Huda



Latar Belakang dan Kerjaya Nabila Huda

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu—Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).


Kerjaya awal (2001–2008)

Nabila Huda memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Beliau tidak hanya duduk bersama pelakon lain, tetapi juga semua individu yang terlibat termasuk jurukamera dan penulis skrip.

Beliau menjayakan peranan kecil dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman, seterusnya pada 2003, beliau muncul dalam telefilem Blok 404 bersama Zamarul Hisham.

Peranan di layar lebar tiba pada 2005, Nabila berlakon dalam filem sulungnya, filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid, Rock yang dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman dan Soffi Jikan di mana beliau memegang watak sebagai Nurfarzana @ Foxy Lady.

Pada tahun berikutnya, beliau diberikan watak undangan dalam filem komedi Bujang Senang arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen.

Selepas kejayaan filem pertamanya, beliau kemudiannya melakonkan watak utama sebagai Noni dalam filem drama Malaysia, Akhirat bersama Ady Putra, Vanidah Imran dan Tony Eusoff, yang melayakkannya menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.

Selepas sekian lama beraksi di layar lebar, Nabila berlakon dalam drama Impak Maksima the Series sebagai Shikin arahan Ahmad Idham yang bersiaran di TV3.

Pada tahun 2008 juga, beliau berlakon dalam drama Ibu bersama Hamidah Wahab. Seterusnya, beliau memegang watak utama sebagai Ravina dalam telefilem Bahang Ravina bersama Jasmin Hamid dan Rencong bersama Soffi Jikan.


Pengiktirafan meluas (2009–2014)

Nabila memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "X-Ray" hasil nukilan Edrie Hashim. Dalam satu temuramah pada 2018, beliau mengakui kerjaya sebagai penyanyi dianggap paling memalukan buat dirinya.

Beliau mula mendapat perhatian secara meluas pada 2009 menerusi lakonannya sebagai seorang gadis bohsia dalam filem aksi sosial Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof yang menjadi blokbuster terbesar dalam pecah panggung.

Menerusi filem ini, beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Beliau turut menerima pencalonan bagi kategori Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem sama.

Selepas kejayaan Bohsia, Nabila membuat kemunculan istimewa menerusi watak Natasha dalam filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Nur Fazura dan Maya Karin.

Beliau kemudiannya berlakon dalam filem romantik fantasi Duhai Si Pari-Pari lakonan Liyana Jasmay dan Que Haidar. Nabila kembali ke layar kaca dengan memegang watak utama sebagai Ain dalam melodrama 13 episod, Cinta Untuk Ain bersama heronya, Que Haidar yang ditayangkan di Slot Lestary TV3.

Beliau kembali ke filem pada 2012 selepas dua tahun, Nabila membawakan semula peranannya sebagai Tasya dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009).

Filem ini menjadi kejayaan secara komersial sekaligus melayakkan beliau menerima pencalonan bagi Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2012.

Pada tahun 2013, beliau berlakon bersama Pekin Ibrahim dan pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis dalam siri drama waktu perdana TV3, Balqis.

Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Soraya, filem mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya lakonan beliau dan Kamil (dilakonkan oleh Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup.

Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Pada tahun 2014, menerusi persembahannya dalam Balqis, beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014. Beliau kemudiannya diberi peranan sebagai Biduanita Negara, Saloma dalam telefilem biopik dua episod bertajuk, Saloma arahan Melissa Saila yang disiarkan di Astro First Eksklusif.

Beliau mengakui biopik mengenai biduanita, Puan Sri Saloma antara yang paling sukar untuk dijayakan. Seterusnya, beliau berlakon bersama Nur Fathia, Arja Lee dan Keith Foo dengan memegang watak antagonis sebagai Liyana dalam siri drama waktu perdana Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker hasil tulisan Evelyn Rose.





Kejayaan berterusan (2015–kini)

Pada tahun 2015, beliau berlakon dalam filem seram paranormal thriler Gamatisme arahan Yeop Hitler Zami bersama Syazwan Zulkifly, filem ini mengisahkan mengenai Zara, seorang mangsa rogol yang mengalami gangguan aktiviti paranormal selepas menggugurkan bayi perogolnya.

Apabila dia berpindah ke hostel kolejnya, rakan-rakannya mula mengalami gangguan yang sama. Zara pula mulai diganggu oleh seorang wanita hamil serta berlakon dalam drama Akulah Balqis arahan Fadzil "Pali" Yahya yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Puteri Balqis.

Nabila membuat penampilan teater pertamanya menerusi pementasan teater adaptasi novel karya penulis Indonesia, Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 18 Oktober 2015.

Beliau merupakan pengacara rancangan travelog Awak Kat Mana yang bersiaran di Astro Ria.

Pada 2016, Nabila sekali lagi bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem seram Munafik yang menjadi pecah panggung di pawagam, di mana beliau memegang watak sebagai Maria.

Filem itu melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur.

Beliau juga dicalonkan bagi Kategori Pelakon Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2016 dan Bintang Filem MeleTOP di Anugerah meleTOP Era 2017 menerusi filem sama.

Pada akhir 2016, ia telah diumumkan bahawa Skop Productions akan menerbitkan kesinambungan filem Munafik. Bagaimanapun, pada Mac 2017, Nabila mengumumkan menarik diri dari kesinambungan filem itu kerana kesibukan jadual kerjanya dan beliau digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel ini yang diberi judul Munafik 2.

Beliau digandingkan bersama Ungku Ismail Aziz dalam telenovela romantik paling berjaya, Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria, mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik.

Kembali bekerjasama bersama Syamsul, Nabila membintangi filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak Zara, seorang wanita yang ingin hidup senang. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.

Nabila merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi.

KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Nabila memegang watak sebagai Shameen. Beliau muncul bersama Bront Palarae dalam drama antologi Folklore yang bersiaran di HBO Asia mulai 7 Oktober 2018.

Beliau juga muncul dalam muzik video lagu "Ragaman" nyanyian Faizal Tahir. Faizal berkata mengenai pemilihan Nabila sebagai pasangannya dalam muzik video "Ragaman": "Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila merupakan pilihan terbaik".

Nabila merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff dan Douglas Lim.


Kehidupan Peribadi

Nabila berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2011.

Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster. Beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300.

Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke hospital akibat kesakitan pada bahagian pangkal peha ketika menjalani penggambaran Dendam Aurora.

Nabila mendedahkan pada Ogos 2018 yang beliau sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapanya, Amy Search sejak 2015. Beliau turut mendedahkan mempunyai perselisihan faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang lebih dikenali sebagai Norish.

Nabila menyatakan rasa terharu dan terkejut dalam satu laporan media apabila melihat watak Maria lakonannya dalam Munafik, dimuatkan dalam Munafik 2 arahan Syamsul Yusof selepas menonton filem itu di pawagam.

Beliau berkata: "Sejujurnya, saya berasa sedikit terkejut apabila melihat ada babak berkaitan Maria dalam Munafik 2. Bagaimanapun, saya berasa terharu kerana Syamsul ingat juga pada saya,".

Pada Jun 2019, hubungan Nabila dengan ibu tirinya, Nourish dan bapanya, Amy Search kembali pulih selepas sekian lama tidak bertegur sapa akibat perselisihan faham.


Filem Popular Nabila Huda

  • Rock (2005), Dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Nabila Huda dan Siti Elizad.
  • Akhirat (2008), Nabila Huda melakoni watak Noni. 
  • Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Sebagai pelakon utama, Tasya. 
  • Pisau Cukur (2009), Filem terbitan Redfilms ini dibintangi oleh Nur Fazura, Maya Karin, Aaron Aziz dan Eizlan Yusof di bawah arahan Bernard Chauly. 
  • Duhai Si Pari-pari (2009), Sebagai Mala, pelakon utama. 
  • Bohsia 2: Jalan Kembali (2012), Sebagai pelakon utama, Tasya. 
  • Gamatisme (2014), Nabila Huda sebagai pelakon utama, Zara. 
  • Munafik(2016), Nabila Huda sebagai Maria. 


Fakta Menarik Nabila Huda

1. Mula aktif sejak 2001–kini.

2. Lahir pada tanggal 2 Disember 1984, dengan Zodiak Sagitarius.

3. Merupakan anak sulung kepada legenda rock Amy Search.

4. Empat adik-beradiknya yang lain (berlainan ibu) ialah Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (2003), Sania Samara (2005) dan Qaqa At-Tameemi (2008).

5. Mula menempa nama dalam dunia lakonan menerusi watak-watak antagonis.

6. Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

7. Pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 (2016) dan anugerah Gandingan Serasi Filem (bersama Syamsul Yusof) pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (2017) menerusi filem Munafik.

8. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah menghoskan program 'Awak Kat Mana' siaran Astro Ria pada 2015.

9. Mendirikan rumah tangga dengan Zaidi Zailani pada 2008 sebelum dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kesha Laila pada 2009. Bagaimanapun ikatan suami isteri itu berakhir pada 2011.

10. Pada 25 Disember 2015, beliau menamatkan zaman jandanya dengan seorang tauke kafe hipster bernama Mohd Izwan Johar.


Apa Zodiak Nabila Huda? 

Apa Zodiak Nabila Huda? Nabila Huda lahir pada tanggal 2 Disember 1984. Jadi, Zodiak Nabila Huda adalah Sagitarius.

Sagitarius sentiasa ingin selalu dilihat dan menyukai kepelbagaian dalam bidang ini. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka tertarik dengan segala-galanya, dan ini menjadikan mereka pembaca yang sangat baik, pelancong berpendidikan dan sentiasa meneroka.

Kelebihan Sagitarius
Sagitarius bersifat optimistik, mesra, dan dinamik. Ini adalah tanda zodiak yang penuh semangat dan sentiasa dapat membantu anda melupakan kebosanan dalam kehidupan seharian!

Dengan pengalaman, mereka yang mempunyai Zodiak Sagitarius akan membentuk perspektif yang berdaya tahan yang boleh menangani sebarang keadaan, dan ini akan menjadikan mereka pelatih dan penasihat yang sempurna untuk orang-orang di sekeliling mereka.

Kelemahan Sagitarius
Antusiasme yang berlebihan dari Sagitarius boleh menjadi menjengkelkan. Orang-orang di sekeliling mereka sering merasakan bahawa semangat mereka melebihi batas. Mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi halus dan walaupun mereka mempunyai kemahiran ucapan yang baik, mereka kurang diplomatik.





Gambar Terkini Nabila Huda

Berikut ini adalah Senarai Gambar Tekini Nabila Huda, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Nabila Huda • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar