your code goes here

Biodata Amyra Rosli • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Amyra Rosli, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Amyra Rosli.

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Amyra Rosli. Biodata Amyra Rosli ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Pelakon dengan nama penuh Nur Amira Izzati binti Rosli ini memulakan kerjayanya pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta watak tajuk dalam drama Nur dan kesinambungannya di TV3.

Selain kerjaya lakonan, Amyra Rosli juga menjadi duta kepada produk kosmetik AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim terkenal Baskin-Robbins.






Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016.

Sebelum ini, Amyra pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin namun akhirnya memutuskan pertunangan. Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani.


Biodata Penuh Amyra Rosli

Nama Penuh: Nur Amira Izzati Bte Rosli
Nama Popular: Amyra Rosli
Tarikh Lahir: 24 Ogos 1991
Umur: 28 tahun (2019)
Zodiak: Virgo
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
Kerjaya: Pelakon, Duta, Model, Pengacara dan Penyanyi
Tahun Aktif: 2009, 2011 - kini
Ketinggian: 1.6 m (5 ka 3 in)
Pasangan: Amar Baharin (berkahwin 2016)
Twitter:
https://twitter.com/aamyrarosli
Instagram:
https://instagram.com/aamyrarosli
Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Amyra_Rosli


Latar Belakang dan Kerjaya Amyra Rosli

Beliau dilahirkan sebagai Nur Amira Izzati binti Rosli pada 24 Ogos 1991 di Taman Melawati, Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad (bekas Pengurus A&R di Warner Music Malaysia) dan Rosli Ahmad.

Beliau merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Amyra memulakan kerjaya awalnya di TV Pendidikan (yang kini tidak beroperasi lagi) milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2009 di mana beliau muncul dalam rancangan mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Kata Hampir Sama Makna bersama Amirul Hakim Lokman (kini berkhidmat sebagai penyampai berita TV3) dan Ahmad Fitri Nordin.

Amyra bergiat aktif dalam seni lakonan pada 2011 selepas 2 tahun selepas menyambung pelajarannya di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Lakonan pertamanya di layar kaca ialah menerusi drama Supermak yang dibintangi oleh Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya.

Pada tahun 2013, beliau diberikan watak pembantu dalam siri drama Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga dan bersiaran di TV AlHijrah.

Drama arahan Mior Hashim Manap ini dibintangi oleh Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Jadual lakonannya padat sepanjang 2014, drama pertamanya pada tahun itu ialah Kalimah Jiwa yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Azalea.

Drama 20 episod arahan Mohd Fadli ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Bella Dally, Amar Baharin dan Raja Ilya. Drama inilah yang menyaksikan gandingan pertama Amyra bersama Amar.







Amyra kemudiannya diberikan watak utama sebagai Maya dalam siri drama Kristal Maya bersama Shahz Jaszle dan bersiaran di TV3, drama yang turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar ini mengisahkan seorang wanita bernama Maya bekerja di sebuah syarikat iaitu Syarikat Kristal, di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shahz Jaszle).

Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif. Seterusnya, beliau menyertai barisan pelakon utama siri televisyen pendidikan Oh My English! bagi musim ketiga terbitan Red Communications dan bersiaran di Astro TVIQ, Amyra memegang watak sebagai Puteri.

Beliau berlakon bersama Nazim Othman dan Emma Maembong dalam siri Astana Cinta Aleesa yang bersiaran di TV9 dan seterusnya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Suamiku Encik Sotong di Astro Ria. Amyra kemudiannya menjadi tetamu jemputan untuk kumpulan Virus di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi siri drama Bidadari yang bersiaran di Slot Lestary TV3, ia turut dibintangi oleh Nonny Nadirah dan Shahz Jaszle.

Amyra kemudiannya terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama yang diterbitkan pada 1938, karya sasterawan Indonesia, Hamka.

Teater yang dipentaskan di Istana Budaya ini turut dibintangi oleh Amar Baharin dan Saharul Ridzwan, setelah itu, beliau bersama Amar, Emma Maembong dan Hafreez Adam membintangi drama waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama.

Pada tahun 2016, Amyra membintangi drama keagamaan Sayap Jibril lakonan Zahiril Adzim yang bersiaran di Astro Oasis, beliau memegang watak sebagai Salbiah dalam episod ke-10 drama ini, "Susu".

Selepas menjayakan Sayap Jibril, Amyra bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Redza Rosli dalam satu lagi drama adaptasi novel, Seindah Takdir Cinta di Slot Akasia TV3.

Beliau melakonkan watak sebagai Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman (lakonan Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.

Beliau kemudiannya memegang watak Seroja Irdina dalam drama Isteri Tuan Ihsan bersama Aaron Aziz yang bersiaran di Astro Ria.

Pada tahun 2017, Amyra menjadi pengacara terbaharu bagi program Muzik Muzik yang ke-32. Beliau mengacara bersama Hefny Sahad dan Zooey.

Kehidupan peribadi
Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016.

Sebelum ini, Amyra pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin namun akhirnya memutuskan pertunangan. Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani.

Pada 15 Oktober 2017, Amyra dan Amar dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar, beliau kini hamil anak kedua.


Drama Popular Amyra Rosli


  • Supermak (2011), Menampilkan Nasha Aziz sebagai watak utama.
  • Jodoh (2013), Berperan sebagai Anna. 
  • Oh My English! Musim 3 (2014), Melakoni watak Putri. 
  • Suamiku Encik Sotong (2014), Sebagai Erica Sofea. 
  • Cik Bunga Encik Sombong (2015), Sebagai Intan Asnidar. 
  • Tersuka Tanpa Sengaja (2015), Dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, dan Hafreez Adam. 
  • Isteri Tuan Ihsan (2016), Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
  • Cinta Di Langit Cardiff (2017), Melakoni watak Tasha. 
  • Nur (2018), Sebagai pelakon utama Nur. 
  • Kan Ku Kejar Cinta Kamu (2018), Sebagai Alma Hakim. 
  • Cemburu Seorang Perempuan (2019), Melakoni watak utama, Dhiya. 



Fakta Menarik Amyra Rosli

1. Aktif sejak tahun 2009 hingga kini.

2. Berketinggian 5 kaki 3 inci (1.60 meter).

3. Anak sulung daripada empat adik-beradik.

4. Dikatakan mempunyai iras wajah aktres Indonesia, Nia Ramadhani.

5. Pernah menetap di London bersama keluarga.

6. Mendapat pendidikan di The Camden School of Girl di London selama 6 tahun sebelum pulang ke tanah air apabila urusan kerja bapanya selesai.

7. Berkelulusan Diploma Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

8. Pernah bergelar tunangan kepada pelakon Dazrin Kamarudin sebelum ikatan itu terputus.

9. Akhirnya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi.

10. Drama lakonan pertamanya ialah Supermak, gandingan bersama pelakon-pelakon handalan seperti Nasha Aziz, Azhan Rani dan Zul Yahya, bersiaran di saluran TV3 pada tahun 2011.


Apa Zodiak Amyra Rosli? 

Apa Zodiak Amyra Rosli? Amyra Rosli lahir pada tanggal 24 Ogos 1991. Jadi, Zodiak Amyra Rosli adalah Virgo.

Virgo sangat tenang, bebas, dan teratur, lebih suka mengawal dalam apa jua keadaan. Mereka sangat prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan mereka, dan mereka sentiasa menjaga diri mereka dengan kerap. Mereka sentiasa mencari keamanan dalam hidup dan dalam segala hal.

Kelebihan Virgo
Virgo sangat berhati-hati, cermat, dan bijak. Mereka mempunyai bakat untuk menjadi guru dengan kemahiran komunikasi yang canggih dan keikhlasan mereka dalam berkongsi segala hal yang mereka tahu!

Mereka sangat baik untuk menjaga keselesaan orang-orang terdekat yang paling mereka sayangi dan tidak akan mengabaikan hal sekecil apapun jua, dan ini menunjukkan sejauh mana kasih sayang mereka.

Kelemahan Virgo
Kepedulian Virgo untuk perkara-perkara kecil, seperti rasa ingin tahu dan obsesi mereka yang luar biasa untuk melakukan pekerjaan yang baik, tidak selalu memberi manfaat kepada mereka.

Keinginan mereka untuk keseronokan peribadi dapat dilihat oleh orang lain sebagai bentuk keegoisan. Obsesi berlebihan mereka boleh membuat mereka tidak toleran terhadap orang lain.

Keupayaan menganalisisnya dapat membuat mereka sukar untuk melihat sesuatu secara keseluruhan, yang sangat penting dalam beberapa pekerjaan dan dalam situasi tertentu.







Gambar Terkini Amyra Rosli

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Mawar Rashid, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Amyra Rosli • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar