your code goes here

Biodata Mawar Rashid • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Mawar Rashid, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Mawar Rashid.

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Mawar Rashid. Biodata Mawar Rashid ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Model asal Malaysia ini!

Mawar Rashid pernah menyertai program Dewi Remaja dan berjaya trending dan popular sekelip mata hanya dengan satu video temuramah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melalui satu rancangan hiburan Astro Ria iaitu hLive

Namanya pernah hangat dalam industri hiburan tempatan disebabkan naif gara-gara tidak mengetahui apa itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika menjadi peserta Dewi Remaja sehingga digelarkan oleh sesetengah netizen sebagai Bimbo.





Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy.

Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.


Biodata Penuh Mawar Rashid

Nama Penuh: Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid
Nama Popular: Mawar Rashid
Tarikh Lahir: 3 April 1995
Umur: 24 tahun (2019)
Zodiak: Aries
Asal: Kelantan
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berketurunan kacukan Melayu-Siam)
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Lulusan Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU)
Kerjaya: Pelakon dan Model
Tahun Aktif: 2011 - kini
Ketinggian: 1.60 m (5 ka 3 in)
Berat: 45 kg (99 lb; 7.1 st)
Facebook:
https://www.facebook.com/mawarashidfp
Twitter:
https://twitter.com/mawarashid
Instagram:
https://www.instagram.com/mawarashid
Wikipedia:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mawar_Rashid
Keek:
http://www.keek.com/profile/mawarashid


Latar Belakang dan Kerjaya Mawar Rashid

Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.

Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy.

Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.

Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.

Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang akan bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.

Kehidupan peribadi
Mawar dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.

Kontroversi
Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan beliau tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015.

Mawar dikatakan merepek ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST. Daripada temuramah tersebut, beliau dapat menyimpulkan bahawa kecantikan itu tidak semestinya berilmu.

Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjuran beliau yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.





Drama Popular Mawar Rashid

  • Super Gameboy (2015), Sebagai Elfira. 
  • Tundukkan Playboy Itu (2016) Dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi sebagai pelakon utamanya. 
  • 2000km Ke al-Haram (2016), Sebagai Elfira. 
  • Suamiku Paling Sweet (2017), Sebagai pelakon utama, Qisya Iris. 
  • Dia (2017), Mawar Rashid melakoni watak Anissa
  • Kalis Kasih (2018), Dibintangi oleh Amar Baharin, Mawar Rashid, Elvina Mohamad dan Syazwan Zulkifli. 
  • Pencuri Cinta Kelas Satu (2018), Mawar Rashid sebagai Hanisa. 
  • Isteriku Mem Besar (2018), Mawar Rashid sebagai Melissa. 
  • Raisha 2 (2018), Merupakan kesinambungan kepada drama dengan tajuk sama yang disiarkan pada 2017 dan dibintangi oleh Diana Danielle sebagai watak tajuk. 
  • Aurora Aisyah (2019), Mawar Rashid melakoni watak Eryna. 
  • Dia Pengantinku (2019), Mawar Rashid melakoni watak Aimi Najwa. 


Fakta Menarik Mawar Rashid 

1. Aktif berlakon sejak tahun 2015 hingga kini.

2. Berketinggian 5 kaki 3 inci (1.60 meter).

3. Berdarah kacukan Melayu-Siam.

4. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibur.

5. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

6. Meminati seni tarian, menyukai nasi dan masakan pedas. Dan pandai bermain gitar.

7. Selain bahasa Melayu, Mawar Rashid juga pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik.

8. Merupakan BFF kepada Emma Maembong dan Erin Malek.

9. Sangat menganggumi pelakon berkaliber tanah air, Fauziah Nawi dan Elly Suriati.

10. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

11. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

12. Menjalankan bisnes atas talian iaitu menjual kanta lekap berjenama sendiri iaitu Pureroselens di Instagram miliknya.

13. Sehingga kini, Mawar mempunyai lebih 2,7 juta pengikut di Instagram dan 30 ribu di Twitter miliknya.


Apa Zodiak Mawar Rashid? 

Apa Zodiak Mawar Rashid? Mawar Rashid lahir pada tanggal 3 April 1995. Jadi, zodiak tabrani adalah Virgo.

Orang dengan Zodiak Aries ini menyukai warna merah dan warna yang cerah kerana ia kelihatan megah, sama seperti diri mereka.

Mawar merah, simbol cinta yang dipenuhi dengan semangat, adalah jenis bunga kegemaran mereka. Sama seperti mereka yang dilahirkan dengan zodiak ini, mawar merah selalu terlihat dengan jelas daripada bunga lain di taman. Tetapi, berhati-hatilah dengan durinya!

Kelebihan Aries
Orang dengan Zodiak Aries jarang melakukan kejahatan dan cepat mendapat perhatian banyak orang kerana ketabahan dan sifatnya yang elegan. Pandangan mereka yang santai membolehkan mereka beradaptasi dengan mudah dan menghadapi dunia dengan senyuman yang tiada tandingannya.

Kelemahan Aries
Orang boleh bosan dengan kelakuan Zodiak Aries yang tidak dijangka dan sentiasa bertindak mengikut hati nurani mereka, jadi berhati-hatilah! Mendapat pengaruh dari Mars, kemarahan Zodiak Aries sangat ditakuti oleh orang-orang di sekelilingnya.

Seperti semua individu yang penuh ghairah, emosi mereka dapat dengan cepat meningkat jika orang berani menantang mereka atau mengancam kedudukan mereka.

Mereka cepat letih akan suatu pekerjaan yang berulang-ulang dan tidak mempunyai keupayaan untuk terus bertahan, jika mereka tidak dibiarkan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dalam semua bidang.





Gambar Terkini Mawar Rashid

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Mawar Rashid, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mawar Rashid • Biodata, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar