your code goes here

Biodata Erra Fazira • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Erra Fazira. Biodata Erra Fazira ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi, Pelakon dan Pengacara Wanita asal Malaysia ini!
TaraHap - Biodata Penuh Erra Fazira, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Erra Fazira.

Biodata Erra Fazira • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Erra Fazira. Biodata Erra Fazira ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi, Pelakon dan Pengacara Wanita asal Malaysia ini!

Dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor, Erra memulakan kerjaya profesionalnya pada 1992 dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992 dan memenangi gelaran tersebut.

Setelah itu beliau mula diintai ramai penerbit lebih-lebih lagi apabila wajahnya banyak muncul di pentas peragaan dan kaca televisyen. Pada tahun 1993, Erra dipilih untuk membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Sembilu di samping pelakon dan penyanyi popular Awie dan Ziana Zain.

Tidak lama selepas penggambaran, Erra merakamkan album EP pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album dan didahului dengan single sulungnya "Cinta Abadi" pada tahun 1994.

Pada tahun yang sama, beliau melancarkan kerjaya lakonannya dengan lakaran kejayaan apabila filem sulungnya itu mencatat kutipan pecah panggung, sejak itu beliau diberi jolokan sebagai "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" sejak tahun 1994 hingga kini apabila deretan filem-filem lakonannya selepas itu turut mencatat kejayaan, suatu pencapaian yang sukar dicapai oleh mana-mana aktres tempatan selepasnya.


Biodata Penuh Erra Fazira

Nama Penuh: Fazira binti Wan Chek
Nama Popular: Erra Fazira
Tarikh Lahir: 9 Februari 1974
Umur: 45 Tahun (2019)
Zodiak: Aquarius
Asal: Sungai Choh, Rawang, Selangor
Kediaman: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pasangan:
√ Yusry bin Abdul Halim (k. 2003; c. 2006)
√ Engku Emran Engku Zainal Abidin (k. 2007; c. 2014)
Anak: Engku Aleesya
Orang Tua:
√ Wan Chek (Bapa)
√ Azizah Zaik (Ibu)
Saudara: Frfnida Wan Chek (kakak)
Genre: Pop, Balada, R&B
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Pengacara
Tahun Aktif:
√ 1992 - kini (industri hiburan)
√ 1993 - 2007 (dalam industri muzik)
Syarikat Rakaman:
√ Sony Music (1994–2006)
√ Erra Fazira Entertainment (1998–kini)


Latar Belakang dan Kerjaya Erra Fazira

Dilahirkan pada 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang, Selangor kepada pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik, Erra Fazira merupakan seorang yang aktif di sekolah dan menyertai banyak persatuan seperti Pengakap, St. John Ambulans Malaysia, Kelab Kebudayaan, dan Kelab Bahasa Inggeris.

Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili sekolah dalam acara sukan bola jaring. Erra sering bertukar sekolah disebabkan menghadapi perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Erra pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Puteri Melawati, Kuala Lumpur. Erra Fazira juga pernah bercinta dengan Awie dari Kumpulan Wings.


Kerjaya Erra Fazira

Erra Fazira menunjukkan minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada tahun 1992, Erra menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia/World 1992. Hasilnya beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Botswana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian 168 sentimeter.

Bakat nyanyian Erra dikesan oleh penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan. Erra mula aktif menyanyi di pesta ria sebelum berjaya mendapat kontrak rakaman Polygram Records. Pada 1994, Erra melancarkan album EP sulung eponim yang menggunakan namanya sebagai judul album, dengan dua single yang dikeluarkan—"Cinta Abadi" dan "Bebaskan Dirimu".

Namun akibat populariti yang melonjak naik setelah bergelar Ratu Cantik Malaysia, Erra terlebih dahulu menerima tawaran untuk muncul dalam watak utama filem Sembilu arahan pengarah Yusof Haslam. Filem tersebut mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Erra sebagai aktres paling popular sebaris dengan aktres zaman itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Sofia Jane dan Tiara Jacquelina.

Beliau kemudiannya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi. Lagu Cinta Abadi menjadi salam perkenalan kepada peminat pada lewat tahun 1994. Beliau kemudiannya merakamkan dua lagi album bersama Polygram sebelum meninggalkan label tersebut untuk menyertai Sony Music. Album studio pertama beliau Aku dan Dia dilancarkan pada 1995 dengan single hits "Yang Terindah Hanyalah Sementara", dan diikuti oleh 2.5 Sayang pada 1996 dengan lagu "Pertemuan" sebagai single pertama.

Selepas Sembilu dan Sembilu 2, Erra meneruskan rentetan kolaborasinya bersama Datuk Yusof menerusi watak Maria dalam filem Maria Mariana (1996) dan kesinambungannya Maria Mariana II (1998). Beliau kemudiannya menyertai Sony Music Entertainment Malaysia pada 1998 dan seterusnya muncul bersama album Kini. Pada tahun 1998 juga, Fazira menubuhkan syarikat sendiri, Erra Fazira Entertainment Sdn Bhd.

Pada 8 Januari 2000, Erra membintangi filem Pasrah arahan Datuk Yusof Haslam yang mana beliau memegang watak utama, Farah Diba, seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia.

Dalam filem ini, beliau digandingkan bersama Norman Hakim yang memegang watak Hafsham, kedua-keduanya kemudiannya berlakon bersama dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Beliau kemudiannya berlakon bersama Afdlin Shauki dalam filem Soal Hati, dengan menjayakan peranan Nurul Ain. Peranan beliau dalam filem ini melayakkan Erra memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13.

Single beliau, "Sandarkan" di samping lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza "Lakaran Kehidupan" (dari album Safa) telah dipilih oleh TV3 sebagai sebahagian daripada kempen 3D bagi mengumpul dana untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia. Muzik video bagi kedua-dua lagu ini difilemkan dalam 3D di mana penonton TV3 memakai kaca mata 3D bagi menontonnya.

Pada 25 Oktober 2001, Erra meminjamkan suaranya untuk watak Putih dalam filem animasi Putih arahan Rashid Sibir yang berdasarkan daripada cerita rakyat "Bawang Putih Bawang Merah". Filem terbitan Fine Animation ini turut menampilkan lakonan suara M. Nasir, Raja Azura, Wan Maimunah dan Mustapha Maarof.

Pada 3 April 2002, album kelima Erra, Sampai Bertemu dilancarkan. Lagu "Sampai Bertemu" dikeluarkan sebagai single pertama dan telah terpilih menduduki carta di beberapa stesen radio termasuk Manis FM, Radio Muzik, RMKL dan Best 104. Tenaga kerja album ini terdiri daripada Rosli Selasih, KRU, Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, dan Amran Omar.

Pada 29 Ogos 2002, Erra dan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim digandingkan buat pertama kali di layar lebar menerusi filem komedi romantik, Mr. Cinderella arahan Ahmad Idham.

Selepas itu, beliau dan Afdlin Shauki mengulangi peranan masing-masing dalam kesinambungan filem Soal Hati (2000), Soalnya Siapa yang membuka tayangan di pawagam pada 25 Disember 2002. Erra juga mempunyai peranan undangan khas dalam filem aksi komedi, MX3 lakonan Saiful Apek, Zul Yahya dan Faizal Hussein arahan Yusof Kelana.

Pada 16 Januari 2004, Erra melancarkan album studio keenamnya, Kini Kembali yang mengandungi 12 lagu, termasuk lagu duet bersama Yusry KRU "Jika Kau Tiada" dan sebuah lagu minus one, "Hanya Di Mata". Beliau kembali bergandingan dengan Rosyam Nor menerusi filem Castello yang ditayangkan pada 9 Januari 2006, memegang watak sebagai Chalita, seorang wanita Thai dan isteri kepada Castello dan ibu kepada Phim.

Filem ini turut dibintangi oleh Que Haidar dan Liyana Jasmay dan menerima tajaan daripada Biskut Julie’s yang turut mengeluarkan produk biskut Julie’s Castello bagi mempromosikan filem ini.

Erra mula mengumpul bahan terbaru untuk album studio ketujuhnya, Ya Atau Tidak. Album ini dikeluarkan pada 12 Jun 2006 merupakan album studio terakhirnya dalam kerjayanya sebagai penyanyi. Ya Atau Tidak mengandungi 10 lagu baru termasuk sebuah lagu yang dirakamkan dalam bahasa Bangkahulu, iaitu "Wang Kite Gale".

Beliau bersama-sama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.


Kehidupan Peribadi Erra Fazira

Erra menjalin hubungan cinta bersama aktor dan penyanyi rock, Awie setelah sama-sama membintangi filem Sembilu. Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998. Awie kemudiannya berkahwin dengan penyanyi muda Arni Nazira Anuar pada Disember 1998.

Erra kemudiannya bercinta dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry bin Abdul Halim setelah sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001.

Erra Fazira diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Pada 16 Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

Pada Jun 2007, beliau sekali lagi menjadi fokus episod kontroversi apabila beliau menjadi subjek cerita orang ramai apabila aktor Hans Isaac mengumumkan dia sudah tidak bercinta dengan Erra.

Sebelum itu, baik Erra mahupun Hans; masing-masing menafikan mempunyai ikatan cinta. Kisah itu terus panas apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Erra dan Hans.

Perkahwinan di antara Erra dan Emran pada Oktober 2007 menamatkan spekulasi media. Bekas ratu cantik sebelum itu sah menjadi tunangan Engku Emran dalam satu majlis sederhana di kediamannya di Damansara Kim pada 7 September 2007. Setelah hampir dua tahun menjalani kehidupan tanpa suami, Erra Fazira akhirnya selamat diijabkabulkan dengan Emran di Restoran Puteri. Hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan.

Pada Mac 2009, Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya. Pun begitu, kisah anak sulung Erra ini menjadi bualan media apabila Erra dikatakan menyorokkan anaknya daripada media selama tempoh berpantang. Pada majlis cukur jambul Aleesya, Erra mengumumkan beliau dan suami serta anak akan muncul dalam rancangan realiti Gugu Gaga Erra sekaligus menjadikan Erra sebagai artis Malaysia pertama yang menjalani rancangan realiti mengenai anak sulungnya.

Pada 17 Februari 2014, Erra dan Emran telah sah bercerai dengan talak satu.


Imej dan Legasi Erra Fazira

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, malah populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu.

Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2009, kutipan keseluruhan filem lakonan Erra dikatakan berjumlah RM 76 juta.


Album Terkenal Erra Fazira

Selain bergelar pelakon, Erra juga seorang penyanyi pop yang popular di Malaysia dan negara serantau. Beliau telah merakam 7 buah album studio yang mengandungi beberapa lagu hits yang menduduki carta teratas di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga banyak merakamkan lagu-lagu runut bunyi untuk filem. Erra pernah membuat dua buah konsert solo iaitu pada 1999 di Kuala Lumpur dan 2006 di Perth, Australia.

Album Erra Fazira

  • Erra Fazira (1994)
  • Aku dan Dia (1995)
  • 2.5 Sayang (1996)
  • Kini (1999)
  • Sampai Bertemu (2002)
  • Kini Kembali (2003)
  • Ya Atau Tidak (2006)



Fakta Menarik Erra Fazira


1. Nama sebenarnya, Fazira binti Wan Chek. Dikenali sebagai Erra Fazira.

2. Kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor pada 9 Februari 1974. Berusia 45 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak kepada pasangan Wan Chek (bapa) dan Azizah Zaik (ibu).

5. Merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1992.

6. Kariernya berkembang selepas menjulang takhta juara pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia World 1992.

7. Beliau yang diberi jolokan 'Primadona Filem Melayu Alaf Baru' pernah meletup menerusi filem Sembilu, Maria Mariana, Soal Hati, Pasrah, Cinta Kolestrol dan Janji Diana.

8. Sebagai penyanyi, Erra yang memperjuangkan genre muzik Pop, Balada dan R&B sehingga kini telah mempunyai enam buah album studio, dua album EP dan beberapa album runut bunyi serta kompilasi. Popular menerusi lagu-lagu hits seperti Yang Terindah Hanyalah Sementara, Pertemuan, Jendela Hati, Ingin Tahu, Hanya Di Mata, Cinta Abadi dan Pasrah.

9. Pemegang trofi Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia 2001 menerusi filem Soal Hati, Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia 2005 menerusi Hingga Hujung Nyawa dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tujuh kali.

10. Pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock, Awie pada tahun 1996, sebelum putus pada hujung 1998. Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai pada 16 Jun 2006. Ikatan perkahwinan keduanya bersama Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sekali lagi berakhir dengan perpisahan pada 18 Februari 2014. Bagaimanapun hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya pada Mac 2009.

11. Dua lagi selebriti lelaki yang pernah dikaitkan bercinta dengannya ialah penyanyi Shahir Zawawi dan pelakon Hans Isaac.


Apa Zodiak Erra Fazira?

Apa Zodiak Erra Fazira? Erra Fazira lahir pada tanggal 9 Februari 1974. Jadi, Zodiak Erra Fazira adalah Aquarius.

Kecerdasan Aquarius kadang-kadang mengejutkan dan menjengkelkan pada masa yang sama, tetapi Aquarian adalah jenis orang yang sangat bebas dengan kecenderungan untuk bereaksi, dan ini bahkan boleh menyebabkan kekacauan. Mereka suka flora dan fauna, kerana ini melambangkan pertumbuhan semula. Bunga kegemaran mereka, orkid, adalah seperti mereka: kompleks dan mesra.

Kelebihan Aquarius
Aquarius adalah tanda zodiak yang menikmati kehidupan, tidak pernah bosan dan sangat emosi stabil. Aquarius sentiasa mencari pelbagai jenis idea baru untuk berkongsi dengan orang lain. Bersama-sama dengan mereka adalah peluang yang sangat baik, kerana mereka akan tahu bagaimana membantu Anda melupakan kesedihan, kesuraman, dan kekecewaan.

Kelemahan Aquarius
Aquarians adalah sangat plin-plan, mudah gugup, eksentrik, dan tidak dapat menahan diri. Kepuasan diri yang ditunjukkan oleh Aquarius sering menyerang orang-orang di sekeliling mereka, yang perlu bersabar dalam usaha mereka untuk meyakinkan Aquarius dan untuk memenuhi keperluan mereka.

Aquarius tidak teragak-agak untuk merancang perkara-perkara hanya untuk diri mereka sendiri, bahkan sampai ke tahap yang terlalu banyak. Kebiasaan ini adalah sebahagian daripada kelajuan fikiran mereka dan keengganan mereka untuk membuat perjanjian.


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com

Posting Komentar