your code goes here

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Noraniza Idris. Biodata Noraniza Idris ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi Wanita asal Malaysia ini!
TaraHap - Biodata Penuh Noraniza Idris, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Noraniza Idris.

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Noraniza Idris. Biodata Noraniza Idris ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi Wanita asal Malaysia ini!

Nor Aniza binti Haji Idris atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M.Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram.

Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia.

Sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya. Sepanjang karier seninya sejak 1985, beliau telah melahirkan 13 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet.

Pada masa yang sama, Noraniza telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.


Biodata Penuh Noraniza Idris

Nama Penuh: Nor Aniza binti Haji Idris
Nama Popular: Noraniza Idris
Nama Lain: Kak Ani
Tarikh Lahir: 27 Ogos 1968
Umur: 51 Tahun (2019)
Zodiak: Virgo
Asal: Kluang, Johor
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Genre: Irama Malaysia, Pop
Kerjaya: Penyanyi, Penggubah Lagu, Ahli Perniagaan
Tahun Aktif: 1985 - kini
Syarikat Rakaman: Life Records, Sony Music, Suria Records, Universal Music


Latar Belakang dan Kerjaya Noraniza Idris


1968–1985: Kehidupan Awal dan Permulaan Kerjaya

Nor Aniza binti Haji Idris dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kampung Melayu, Kluang Johor. Anak kepada penyanyi boria dan qariah Al-Quran ini, ialah anak keenam daripada 12 adik-beradik. Berpendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang.

Noraniza juga turut dikenali sebagai Kak Ani yang merupakan nama panggilannya. Noraniza telah menyertai Bintang RTM pada tahun 1983 dan 1985 sebelum merakamkan lagu dalam album.

Ketika menjalani rakaman peringkat awal Bintang RTM 1985, Hamidi Rashid, Pengurus Artis dan Reportaire Life Record pada masa itu, tertarik dengan kelunakan suara Noraniza Idris, dia lalu mendekati Noraniza dan ayahnya, Idris Ahmad, ketika kedua-dua anak beranak itu menikmati juadah di kantin Angkasapuri.

Hamidi menawarkan Ani menjadi artis syarikat rakamannya. Ini peluang keemasan biarpun pertandingan Bintang RTM belum selesai. Idris setuju Noraniza menjadi artis rakaman. Pada separuh akhir Bintang RTM 1985, Noraniza gagal lagi namun ia tidak menangis seperti ketika kegagalan 1983. Mungkin dia sudah dewasa. Tambahan pula, kehadiran Hamidi bagaikan ubat yang dicari selama ini.


1985–1997: Melayu Deli, Mengemis Rindu, Lagu-lagu dari Filem, Kenangan Lama dan Ala Dondang

Beliau dianggap beruntung kerana dapat merakam suara untuk album lagu-lagu daripada filem bersama penyanyi terkenal lain berjudul Melayu Deli. Sejak itu, Noraniza terus diberi peluang merakamkan satu demi album bersama Life Records. Bermula dari situ, Noraniza Idris telah membentuk imej dan personalitinya sebagai seorang penyanyi.

Setelah Melayu Deli, Noraniza Idris merakamkan album Kaparinyo : Seleksi Lagu-lagu Dari Filem dan Nostalgia Malindo sebanyak 3 Volume. Popularitinya semakin meluas apabila beliau merakamkan pula lagu-lagu sendiri menerusi 3 buah album pop Melayu Mengemis Rindu, Inginku Sandarkan Harapan dan Masihkah Dirimu Menyayangiku.

Noraniza mula mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa Sony Music pada 1991 sekaligus berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal Ramli M. S.. Album perdananya bersama Sony adalah sebuah album duet bersama penyanyi pop terkenal Ibnor Riza yang berjudul Seindah Budimu.

Setelah itu beliau mula merakamkan lagu-lagu dari filem Melayu klasik menerusi album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama, sebanyak 9 Volume bersama Abdullah Chik setelah gandingan bersama Ibnor tidak mendapat sambutan menggalakkan berbanding dengan Abdullah Chik.

Sony Music seterusnya menerbitkan album pop etnik berjudul Noraniza Idris pada 1992 terbitan Ramli M.S bersama Jimmy Ali yang mula membuka jalan kepada Noraniza untuk mencuba muzik etnik kontemporari. Walau bagaimanapun, album ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran pasaran muzik tradisional masih berada di tahap konvensional.

Selepas album tersebut, Noraniza masih aktif menyanyi bersama Abdullah Chik tambahan beliau telah keluar dari Sony Music. Namun pada 19 September 1995 ketika bersama menjayakan sebuah pertunjukan pentas di Kota Bharu, Kelantan, Abdullah Chik jatuh di belakang pentas lalu menghembuskan nafas terakhir, yang kemudiannya disahkan akibat serangan jantung.

Jenazah Abdullah Chik dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Petaling Jaya. Sejak itu Noraniza sedikit murung dan tidak bersemangat untuk terus memperjuangkan irama tradisional Melayu.

Setelah tiga tahun menyepi kerana memberi perhatian terhadap keluarga, akhirnya pada tahun 1997, Noraniza Idris telah melahirkan album eksperimental yang bercorak pop tradisional, Pertemuan beliau bersama penerbit album tradisional terkenal Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ternyata memberi tuah.

Maka lahirlah album Ala Dondang yang diterbitkan atas kepercayaan Suria Records (SRC). Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, album itu mencecah jualan melebihi 200,000 ribu unit. Noraniza menerima banyak pengiktirafan antaranya memenangi Album Pop Etnik Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik 1998.


1998–2002: Masyhur, Seri Balas dan Iktiraf

Selepas kelahiran album Ala Dondang, beliau terus kekal merakamkan album-album yang berirama tradisional seperti Masyhur dan album duet bersama Siti Nurhaliza, Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada irama Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional secara tidak konvensional seperti sebelum ini.

Pada masa itu, lahirlah lagu-lagu yang telah menjulang nama Noraniza Idris dengan lagu-lagu pop tradisional seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka serta duet Noraniza bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Hati Kama.

Pada album yang berikutnya, Noraniza Idris telah membuat satu pembaharuan pada album beliau dengan menyelitkan lagu yang berunsurkan peribumi tradisional. Maka terbitlah lagu Ngajat Tampi ciptaan Rosli Selasih dan Siso dalam album Bekaba, selain itu lagu yang berkonsepkan hadrah, Tinting yang merupakan single pertama daripada album Bekaba hasil ciptaan Pak Ngah.

Kedua-dua lagu tersebut berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000. Noraniza menjadi artis pertama yang mara dengan dua lagu. Seterusnya Noraniza terus melahirkan album-album yang banyak bereksperimen dengan muzik sejagat hingga diberi gelaran Ratu Pop Tradisional.

Selepas diberi penghargaan untuk menyanyikan secara live lagu Dikir Puteri di Sukan Komanwel pada tahun 1998 bersama Siti Nurhaliza yang turut menyanyikan lagu popularnya, Cindai. Mereka berdua disatukan untuk bergandingan dalam satu album duet berkonsepkan tradisional yang berjudul Seri Balas.

Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat, menerusi album duet ini, Noraniza dan Siti telah berjaya mengumpul lebih ramai peminat lagu tradisional pada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Gabungan mereka berdua dianggap sebagai pasangan duet yang serasi.

Tuah menyebelahi Noraniza dan Siti apabila album yang mendapat sentuhan Pak Ngah itu berjaya memenangi Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000. Lagu Hati Kama juga berjaya memasuki pencalonan untuk Lagu Terbaik tetapi gagal memenangi anugerah tersebut. Rezeki mereka terus melimpah ruah apabila mereka berjaya menggondol trofi Juara kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu 2000. Begitu hebat penangan Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza pada ketika itu hingga ada pihak yang tidak berpuas hati nak melaga-lagakan mereka.

Pada tahun 2000, lahir pula album bercorak pop tradisional berjudul Iktiraf. Album kali ini Noraniza sekali lagi mendapat sentuhan Pak Ngah. Album Iktiraf berjaya menembusi pencalonan untuk Album Pop Etnik Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik untuk lagu Iboq (Kita) di Anugerah Industri Muzik 2001.


2002–sekarang: Aura, Sawo' Matang, Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris 

Masyhur 30 Tahun, 3 Juara dan Sawo Matang Special Showcase & Siri Jelajah 'Malai Solo'
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album Aura. Noraniza inginkan pembaharuan menerusi album tersebut untuk tidak bergantung kepada Pak Ngah sahaja. Dalam album tersebut, Noraniza telah melantik Fareez Tajuddin (bekas suami) sebagai penerbit album. Tampil dengan muzik lebih segar seperti Hala Timur, Layar Battuta, Tandang Bermadah, Melereng dan banyak lagi.

Pada tahun 2003, Noraniza telah mengumumkan beliau telah tamat kontrak daripada syarikat rakaman Suria Records. Noraniza Idris beralih pula kepada label Universal Music Malaysia untuk pemasaran album seterusnya Sawo' Matang. Pada ketika itu juga, Noraniza mempunyai label sendiri iaitu Gerak Budaya Sdn Bhd.

Ternyata, apabila Noraniza bergerak sendiri tanpa di bawah pengurusan Pak Ngah dan Suria Records, album Sawo' Matang membawa tuah apabila beliau meraih pelbagai anugerah. Album Sawo' Matang diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12 dan turut mendominasi calon akhir top 5 untuk Kulit Album Terbaik dan Album Terbaik pada ketika itu.

Album tersebut juga berjaya menembusi pencalonan top 5 Album Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2005. Sawo' Matang mempertaruhkan single Hatinya Tak Tahan sebagai single pertama yang berkonsepkan etnik kontemporari yang menyelitkan elemen jawa di dalamnya. Selain itu, Noraniza turut berkolaborasi bersama David Arumugam menerusi lagu Sama Tak Serupa sebagai single kedua album tersebut.

Noraniza mempersembahkan buat kali pertamanya lagu Hatinya Tak Tahan di hadapan penonton yang dihadiri melebihi 16,000 ribu di Konsert Countdown KLCC 2004 yang berlangsung di KLCC Park, Kuala Lumpur. Ternyata lagu yang dicipta oleh Noraniza sendiri membawa tuah apabila lagu Hatinya Tak Tahan berjaya menggondol trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-19 dan memenangi Lagu Global Pilihan di Anugerah Era 2004.

Pada tahun 2006, Noraniza Idris telah menerbitkan sebuah album kompilasi khas untuk menandakan 20 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik ini, iaitu Lenggok 20 Tahun. Album ini memuatkan dua buah lagu baru, Racau Sang Khalifah duet bersama Liza Hanim dan Asyik Bisikan Hubah. Album ini juga memuatkan sebuah lagu lama yang diolah semula, Dayung Sampan, menampilkan pemain erhu, He Yun yang didatangkan khas dari negara China dan Mengemis Rindu versi 2006 yang dirakam semula dalam nafas baru.

Pada tahun 2008 pula, Noraniza Idris telah melancarkan sebuah single hari raya berjudul Cinta Lebaran bersama kumpulan Akasia yang mana kumpulan tersebut terlibat dalam satu program realiti TV, Gangstarz. Noraniza berkata, single tersebut merupakan single pertamanya selepas beliau berhijab.

Selain itu, pada tahun yang sama juga menyaksikan Noraniza Idris diberi penghormatan apabila lagu-lagu nyanyiannya dipilih untuk mewakili konsep muzik Melayu Kontemporari dalam pertandingan realiti Sehati Berdansa Musim 2. Lagu-lagunya dipilih untuk persembahan tarian oleh kesemua peserta program tersebut (yang terdiri daripada pasangan selebriti Malaysia). Noraniza turut menjadi juri jemputan pada malam itu.

Setelah sekian lama tidak mengeluarkan sebarang album mahupun lagu. Pada tahun 2009, Noraniza kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan melancarkan sebuah single berkonsepkan etnik fusion yang berjudul Enjut. Lagu hasil kerjasama Cat Farish, Illegal, Adeeb serta Ahmad Fedtri Yahya sebagai penulis liriknya.

Ia sebagai pengenalan single pertamanya sebelum beliau melancarkan album studionya yang ke-14 pada tahun 2010 dan single ini juga pertama kali dikeluarkan selepas beliau berhijab. Walaupun ada kontroversi yang mengatakan lagu tersebut ada unsur lucah, Enjut berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) dan sekaligus tercalon top 5 Lagu Terbaik. Noraniza turut bersaing di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 24 tetapi gagal ke peringkat akhir.

Pada tahun 2010, Noraniza Idris merakamkan sebuah lagu raya berjudul Selamat Hari Raya ciptaan Jasnie Mohd Yaakob. Lagu tersebut dimuatkan dalam sebuah album kompilasi hari raya eRama Aidilfitri: Menjelang Syawal keluaran eRama Records..

Seterusnya pada 30 Disember 2010, setelah lima tahun menyepi tanpa mengeluarkan sebarang album, Noraniza kembali menerbitkan sebuah album yang dinamakan Cintaku Satu yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi baru seperti Jaclyn Victor, Marsha Milan Londoh, Bob AF, Dior, Black dan ramai lagi. Memuatkan 10 buah lagu seperti Enjut, Kuasa Cinta, Hari Demi Hari, Endang Endong, Menarik Hari, Mahligai dan banyak lagi. Adik kepada Noraniza sendiri, Zahid Idris selaku penerbit album ini.

Pada April 2016, menyaksikan beliau kembali dengan persembahan khas Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang diadakan selama satu jam setengah sempena ulang tahun ke-30 Noraniza Idris di arena bidang muzik, kehadiran ratusan peminat memenuhi Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, ternyata aura Noraniza Idris masih berbisa sehingga kini, dengan gerak tarinya yang memukau, Noraniza masih mengekalkan konsep yang sama iaitu membawa segerombolan penari di atas pentas.

Pada masa yang sama, beliau mengimbau semula perjalanan awal kerjaya seni beliau serta jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga dia diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atau Ratu Irama Tradisional.

Di samping itu, beliau juga telah menampilkan beberapa buah lagu etnik peribumi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu adalah Enjut, Hatinya Tak Tahan, Ayuh! Juragan, Hati Kama, Dondang Dendang, Ngajat Tampi dan banyak lagi. Noraniza turut perkenalkan dua buah lagu baharunya, Puncak Gapura menampilkan Ihab Ismail dan #MohonTerasa duet bersama artis baru, L'Zzay.

Pada pertengahan bulan Ramadhan, Noraniza Idris berkesempatan menghadiahkan buah tangan terbaru untuk peminatnya sempena pembabitannya dalam industri muzik selama 30 tahun dengan melancarkan sebuah album khas hari raya berjudul Ria Aidilfitri. Konsep album ini lebih menjurus kepada sketsa pendek yang diselang-seli lagu-lagu raya nyanyian beliau bersama artis-artis baharu dibawah produksinya sendiri, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

Noraniza berkata, dia ingin mengangkat tema berkenaan kerana karya berbentuk demikian sudah lama tidak diterbitkan selain memberi peluang kepada generasi baharu mengenali maksud album yang mempunyai konsep seperti itu.

"Kali terakhir saya dengar album seperti ini sewaktu berusia 7 tahun menerusi sebuah karya melibatkan artis-artis popular ketika itu seperti Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Latif Ibrahim, Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk Khatijah Ibrahim.

"Sehingga sekarang saya sangat merindui album itu kerana mesej disampaikan mendorong saya untuk menghasilkan sketsa bermesej yang diselang seli dengan lagu-lagu nyanyian kami.

"Menerusi Ria Aidilfitri ia turut dimeriahkan dengan ucapan khas penyanyi jemputan terlibat mengikut lagu yang turut dilakonkan secara santai," katanya.

Album memuatkan 12 buah lagu, lapan buah lagu baharu manakala empat daripadanya nafas baharu. Melibatkan artis-artis seperti Mimi Fly One Nation Emcees, Royce Sa'ayan, L'Zzay, Azmir Arif, Razis Ismail, Ihab Ismail dan dua orang anak Noraniza sendiri iaitu Fee Haiqal dan anak tirinya, Fadzlee Sufri.

Antara lagu-lagu yang terkandung adalah Rewang Raya, Angin Cinta Di Aidilfitri, Ahlan Wasahlan Ya Syawal, Nostalgia Aidilfitri, Kalimah Lebaran, Akar Kita Zapin Aidilfitri, Linangan Syawal dan Ria Aidilfitri.

Bersempena kedatangan Aidiladha, Noraniza telah menerbitkan sebuah program khas takbir hari raya bersempena Aidiladha. Seramai 60 penyanyi lelaki daripada pelbagai genre muzik berganding bahu menjayakan rakaman takbir Hari Raya Aidiladha yang diadakan di IDCC Shah Alam pada 27 Ogos 2016 yang mana hari itu juga merupakan hari kelahiran Noraniza yang ke-48.

Noraniza Idris selaku penerbit program ini berkata, kesudian mereka yang terlibat dalam rakaman berkenaan bukti mereka sanggup mengenepikan tugas masing-masing demi menyumbang sesuatu kepada agama dan bangsa. Noraniza melahirkan rasa syukur kerana rakaman dibuat berjaya biarpun masing-masing sibuk dengan tugas namun mereka sudi meluangkan masa. Beliau rasa berbesar hati kerana dapat menunaikan hajat untuk merakamkan takbir hari raya ini bersempena dengan hari lahirnya yang jatuh pada hari rakaman tersebut.

Antara selebriti yang terlibat pada rakaman itu adalah Aris Ariwatan, Mel Wings, Rozz Bloodshed, Afee Utopia, Ezam EYE, Nash, Saleem dan Raymie Febians. Manakala penyanyi generasi baharu juga turut memberi sokongan seperti Aweera, Ihab Ismail, Firman, Azmir Arif, Fadzlee Sufri, Fee Haiqal dan Qody.

Ia adalah kerjasama di antara IDCC Shah Alam, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Rakaman tersebut disiarkan menerusi saluran TV Alhijrah pada Hari Raya Aidiladha, 12 September 2016.

Dalam pada itu, Noraniza berkata, menerusi rakaman takbir raya bersama selebriti itu juga ia dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat terhadap golongan selebriti. Ini kerana artis Malaysia juga berperanan dalam menyampaikan mesej berunsurkan Islamik dan nilai-nilai murni sebagai ikon kepada generasi hari ini dan juga sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial artis kepada masyarakat yang bersifat mendidik dalam membentuk akhlak mulia.

Selain itu, menerusi program seumpama ini ia juga dapat mengeratkan kembali silaturahim di antara rakan-rakan artis yang mungkin sebelum ini pernah terputus hubungan.

Pada pertengahan Oktober pula, Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap untuk program realiti terbaru terbitan TV3, 3 Juara yang bermula bersiaran pada 16 Oktober 2016 setiap hari Ahad. TV3 memperkenalkan program ini adalah untuk mencungkil bakat baharu sebagai pelapis kepada tiga genre muzik iaitu Rock, Balada dan Irama Malaysia.

Menampilkan 24 peserta yang akan dibimbing oleh komposer yang cukup berpengalaman dan tidak asing lagi di Malaysia yang akan mewakili setiap genre lagu iaitu Dato' Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah akan mewakili bagi kategori Irama Malaysia, Ajai pula mewakili kategori Balada manakala Edrie Hashim mewakili untuk kategori Rock. Selain Noraniza, turut sama menjadi juri tetap adalah Dato' Rossa dan Awie.

Pada 15 Januari 2017, Noraniza Idris kembali mewarnai industri muzik dengan mengeluarkan sebuah single terbaharu berjudul Wangikanlah Hatimu yang berkonsepkan pantai timur dan ada sedikit elemen Sunda didalamnya. Di dalam lagu ini, Noraniza turut berkolaborasi bersama penyanyi baharu, Tyka yang dicungkil bakatnya daripada program realiti 3 Juara.

Single yang dicipta oleh Amir Jahari dan lirik pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya telah dilancarkan serentak pada malam akhir Pentas Epik 3 Juara yang mana pada malam tersebut Noraniza turut mempersembahkan buat kali pertamanya single terbarunya itu bersama Tyka.


Pelancaran single 'Permata Saadah'

Pada 9 Mei 2017, selepas kejayaan single Wangikanlah Hatimu, Noraniza Idris tampil melancarkan single kedua yang berjudul 'Permata Saadah'. Single bergenre 'Zapin Fusion' yang diterbitkan syarikat rakamannya Noraniza Idris Production Ventures ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat perkhidmatan penyediaan katering perkahwinan iaitu Permata Saadah (M) Sdn Bhd.

Menurut Noraniza, kolaborasi ini terhasil daripada pertemuan beliau dan pengarah katering Permata Saadah dalam satu program keusahawanan.

"Ketika itu Permata Saadah menaja makanan untuk program tersebut dan ketika melihat 'bunting' mereka, Kak Ani rasa tertarik dengan perkataan Permata Saadah dan memanjangkan hal tersebut kepada penulis lirik lagu ini, Fedtri Yahya sehinggalah Fedtri menciptakan lirik yang membuatkan kak Ani sangat teruja," ujar Noraniza semasa majlis pelancaran single ini.

Beliau berasa terharu setelah mengetahui yang pemilik syarikat katering Permata Saadah merupakan seorang yang kurang upaya dan nama syarikat itu diambil bersempena nama ibunya.


MAKSUD MENDALAM

Bagi Pengarah Katering Permata Saadah, Mohd Syahid Abdal Kamerudin pula beliau bersetuju untuk menaja lagu 'Permata Saadah' kerana perkataan itu sendiri yang membawa maksud kebahagiaan yang tidak ternilai.

"Lagu itu ada maksudnya yang tersendiri sebab penuh dengan penghargaan pada ibu, dan wanita iaitu isteri saya," tambahnya lagi.

Selain itu, Syahid juga memberitahu yang beliau sangat teruja dengan lagu ini yang membawa maksud yang sangat mendalam serta mengangkat tinggi martabat seorang wanita istimewa iaitu ibunya sendiri, Saadah.

Selain Fedtri Yahya sebagai penulis lirik, lagu ini turut melibatkan Rosli Selasih sebagai komposer.

Menurut Noraniza lagi, iramanya menjadi inspirasi kepada lambang keunikan dan kekuatan semangat seorang wanita secara luaran dan dalaman yang sentiasa cekal dan bijak serta keunikan wanita timur yang dalam lembut ada tegasnya.


DUTA SYARIKAT

Semasa majlis pelancaran single Permata Saadah, turut menyaksikan pelantikan Noraniza sebagai duta rasmi kepada syarikat Katering Permata Saadah.

"Kak Ani berasa sangat bersyukur dilantik menjadi duta kepada katering Permata Saadah dan akan sama-sama membangunkan produk ini dalam jangka masa panjang," katanya.

Permata Saadah Wedding & Event merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan yang mengangkat nilai dan tradisi warisan melayu melalui sajian dan hidangan yang berkonsepkan melayu tradisional.


Sawo Matang Special Showcase & Siri Jelajah 'Malai Solo'

Pada Mac 2019, Noraniza mengumumkan beliau bakal menjayakan siri jelajah Noraniza Idris Malai Solo 2019/2020. Satu konsert mini istimewa yang dinamakan "Sawo Matang Special Showcase" yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang bermula 12 hingga 14 April 2019. Siri jelajah itu dianjurkan bersama Persatuan Tatih Seni Malaysia, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP).

Selain konsert mini Sawo Matang yang tersenarai dalam siri jelajah itu, Noraniza juga bakal adakan dua konsert mega iaitu Iktiraf Noraniza Idris In Concert yang bakal diadakan di Singapura pada November 2019 dan konsert berskala mega Malai Solo - Noraniza Idris In Concert yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 April 2020 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teruja berbaur gementar, Noraniza turut menyifatkan konsert berkenaan sebagai pengabdian dirinya sepanjang terbabit aktif dalam arena seni.

Konsert yang dijangka menelan kos hampir RM2 juta tersebut bakal menyaksikan peminat berpesta di Istana Budaya dengan seleksi lagu termasuk persembahan yang pernah mewarnai pentas AJL satu ketika dahulu.

Bagi memastikan konsert berkenaan mampu menjadi rujukan pada masa akan datang, persembahan yang dijangka berlangsung pada 2 hingga 4 April 2020 tersebut akan dirakam dalam bentuk video.

Konsert yang bakal mengundang nostalgia lagu-lagu popularnya tersebut akan dimeriahkan sekitar 100 penari dan pemuzik iringan. Tambah Noraniza lagi, uniknya mengenai konsert mini ini adalah penglibatan generasi muda yang dilatih untuk menjayakan Sawo Matang Special Showcase oleh Noraniza Idris. Mereka akan mengetengahkan konsep kepelbagaian kaum dalam setiap persembahan dan muzik. Lagu yang akan dinyanyikan adalah lagu daripada kesemua albumnya sendiri.


Kehidupan Peribadi Noraniza Idris


Perkahwinan Noraniza Idris

Beliau mendirikan rumahtangga buat kali pertama pada 31 Mac 1988 bersama rakan seperjuangannya dalam bidang nyanyian iaitu penyanyi Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini sudah beranjak dewasa, Aliff Haiqal dan Alfeeq Haiqal.

Namun jodoh mereka berakhir pada sekitar April 2006. Kemudian beliau bertemu jodoh buat kali kedua pada tahun 2008 dan bernikah dalam satu majlis tertutup. Kali ini suaminya merupakan ahli perniagaan namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 45 hari.

Selepas dua tahun hidup solo, pada 29 September 2011, Noraniza kembali menamatkan zaman solonya dengan berkahwin kali ketiga dengan seorang bilal yang juga duda anak empat bernama Jeffri Hudi yang berasal dari Singapura. Sehingga kini suaminya menjadi tulang belakang dalam menguruskan kerjaya seni Noraniza sendiri.


Penghijrahan Noraniza Idris

Noraniza Idris mula berhijrah memakai hijab sejak 2008 selepas sahaja beliau berkahwin kali kedua, Noraniza mengambil keputusan untuk berhijrah kerana impian beliau untuk bertudung sudah lama diimpikan. Rata-rata ramai peminat gembira dengan penghijrahan tersebut dan mendoakan agar penghijrahan itu kekal.


Apa Zodiak Noraniza Idris? 

Apa Zodiak Noraniza Idris? Noraniza Idris lahir pada tanggal 27 Ogos 1968. Jadi, Zodiak Noraniza Idris adalah Virgo.

Virgo sangat tenang, bebas, dan teratur, lebih suka mengawal dalam apa jua keadaan. Mereka sangat prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan mereka, dan mereka sentiasa menjaga diri mereka dengan kerap. Mereka sentiasa mencari keamanan dalam hidup dan dalam segala hal.

Kelebihan Virgo
Virgo sangat berhati-hati, cermat, dan bijak. Mereka mempunyai bakat untuk menjadi guru dengan kemahiran komunikasi yang canggih dan keikhlasan mereka dalam berkongsi segala hal yang mereka tahu!

Mereka sangat baik untuk menjaga keselesaan orang-orang terdekat yang paling mereka sayangi dan tidak akan mengabaikan hal sekecil apapun jua, dan ini menunjukkan sejauh mana kasih sayang mereka.

Kelemahan Virgo
Kepedulian Virgo untuk perkara-perkara kecil, seperti rasa ingin tahu dan obsesi mereka yang luar biasa untuk melakukan pekerjaan yang baik, tidak selalu memberi manfaat kepada mereka.

Keinginan mereka untuk keseronokan peribadi dapat dilihat oleh orang lain sebagai bentuk keegoisan. Obsesi berlebihan mereka boleh membuat mereka tidak toleran terhadap orang lain. Keupayaan menganalisisnya dapat membuat mereka sukar untuk melihat sesuatu secara keseluruhan, yang sangat penting dalam beberapa pekerjaan dan dalam situasi tertentu.


Gambar Terkini Noraniza Idris


Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Noraniza Idris, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Noraniza Idris • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Sumber
Wikipedia

Posting Komentar