your code goes here

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Jamal Abdillah. Biodata Jamal Abdillah ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi Pop Malaysia ini!
TaraHap - Biodata Penuh Jamal Abdillah, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Jamal Abdillah.

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Jamal Abdillah. Biodata Jamal Abdillah ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi Pop Malaysia ini!

Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali ataupun lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris.

Beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM 1979.

Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

Beliau membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir.


Biodata Penuh Jamal Abdillah

Nama Penuh: Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali
Nama Popular: Jamal Abdillah
Tarikh Lahir: 7 Mei 1959
Umur: 60 Tahun (2019)
Zodiak: Taurus
Asal: Teluk Intan, Perak, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia)
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pasangan:
√ Basariah Abdul Latiff (cerai)
√ Noraina Mohd. Yusof (cerai)
√ Fatimatuzahra Abdul Samad (cerai)
√ Datin Zai Izzati Khiruddin (k. 2017)
Anak:
√ Osama Yamani
√ Ahmad Zaki Yamani
Orang Tua:
√ Haji Mohd Ali Hussein (bapa)
√ Noraziah Abdul Rashid (ibu)
Kerjaya: Penyanyi
Tahun Aktif: 1979 - kini
Gelaran: Raja Pop Malaysia


Latar Belakang dan Kerjaya Jamal Abdillah

Beliau merupakan anak sulung daripada keluarga yang seramai tujuh adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di negara Brunei Darussalam.

Beliau kemudiannya mengikuti bapanya pulang ke Malaysia dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak.

Bapa beliau telah ditugaskan kembali ke Brunei Darussalam dan beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di sana.

Bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Adiknya, Helmi Hussaini Ali kini bekerja sepenuh masa dalam bidang lakonan.


Kerjaya Jamal Abdillah

Pada tahun 1973, beliau telah menjadi juara di dalam Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam termasuk sembilan pertandingan nyanyian yang lain termasuk 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beroleh gelaran juara.

Bakatnya akhirnya dipersembahkan keseluruh rakyat Malaysia menerusi penyertaannya dalam pertandingan nyanyian nombor satu negara ketika itu, Bintang RTM sekaligus bergelar juara dan dilamar syarikat rakaman WEA (kini Warner Music) ketika berusia 20 tahun.

Persembahan beliau dengan lagu hits Kumpulan Alleycats berjudul "Senandung Semalam" begitu memukau hingga kembali mempopularkan lagu tersebut.

Setelah merakam empat buah album pop bersama komposer terkenal Ahmad Nawab, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau.

Ketika itu kemunculannya sebaris dengan penyanyi seangkatan seperti Sudirman Arshad, Aman Shah, Rahim Maarof, M. Nasir dan Shidee. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan.

Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem Azura keluaran Sabah Filem pada tahun 1984.

Kemunculan beliau dalam filem itu telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama.

Filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi adalah filem Adik Manja sebanyak RM 3.5 Juta..

Pun begitu, Jamal sering menimbulkan kontroversi di arena hiburan tanahair. Setiap perkembangan beliau diikuti dengan terperinci oleh peminat-peminat beliau dan seringkali menjadi "headline" di akhbar-akhbar harian dan mingguan tanahair.

Pada tahun 1985 Jamal sekali lagi mencetuskan isu hangat apabila beliau menegaskan yang beliau akan keluar WEA dan sekaligus meninggalkan Ahmad Nawab yang banyak membimbing beliau sebagai penyanyi.

Ketegasan beliau bukanlah ibarat kacang lupakan kulit tetapi inginkan perubahan dalam muzik serta lagu demi menjamin karier beliau sebagai penyanyi.

Di tengah-tengah isu Jamal Abdillah sedang hangat diperkatakan, beliau muncul dengan album seterusnya iaitu Mati Hidup Semula setelah menyertai semula WEA. Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia.

Album tersebut menampakkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit S. Atan dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, Adnan Abu Hassan, S.Shahlan, Fauzi Marzuki dan Azmi Hamzah.

Jamal juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu Mati Hidup Semula. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menghadapi masalah di Sarawak.

Ketika ini juga Jamal mendirikan rumahtangga bersama usahawan Basariah Latiff. Namun, kontroversi sekali lagi menghimpit beliau apabila dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini nyata menjejaskan rumahtangga beliau yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun.

Ramai peminat Jamal yang mahukan beliau menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Bagi tidak menghampakan peminat-peminat beliau, sekali lagi Ahmad Nawab diberi penghormatan menerbitkan album Jamal yang kelapan berjudul Sepi Seorang Perindu.

Setahun kemudian, Seniman Menangis lahir hasil sentuhan komposer yang sama. Selain Ahmad Nawab, M. Nasir, Fauzi Marzuki, Adnan Abu Hassan & Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) juga pernah menerbitkan album-album beliau sepanjang era 90an.

Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana beliau adalah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suara beliau.

Sementara itu bakat lakonan Jamal tidak dilupakan, kehilangan beliau dari layar perak selepas kejayaan filem Azura ditunggu-tunggu. Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem Tuah keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil.

Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat.Filem-filem lain lakonan beliau adalah Sejati (1991), Kekasih Awal Dan Akhir (1993), Suratan Kasih (1996) & Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem Kekasih Awal Dan Akhir bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.

Namun begitu boleh dikatakan Jamal lebih cenderung ke arah bidang muzik dan tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan.

Jamal pernah meraih gelaran Vokalis Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Nama beliau kini sebaris dengan nama-nama besar tanah air.


Kehidupan Peribadi Jamal Abdillah

Perkahwinan pertama Jamal ialah dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jamal tiba-tiba melafazkan cerai ketika berada di dalam kereta pada 15 Mei 2007.

Jamal didakwa telah mengugut menerusi SMS kepada Fatimatuzahra Samad , 26 daripada nombor 013-3088080 ke nombor 017-3887258 pada pukul 7.44 pagi 30 April 2007. Ugutan SMS itu berbunyi "Tunggu dan lihat apa akan terjadi."

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pada 30 Ogos 2008, Fatimatuzahra telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini yang mengandungi penjelasan kepada laporan polis pertama .

Pada 23 April dan 3 September 2008 Fatimatuzahra telah menghantar dua pucuk surat kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Selangor untuk memohon supaya pertuduhan terhadap Jamal ditarik balik.

Dalam perbicaraan perceraian dan ugutan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 10 Jun 2009, Jamal Abdillah tidak hadir. Peguam beliau ialah Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya. turut hadir ialah isteri Jamal iaitu Fatimatuzahra Samat, penjamin Ismail Mohd. Zaki dan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim.Di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 11 Mei 2009, Jamal hadir.

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat.


Album Terkenal Jamal Abdillah


  • Perpisahan Tanpa Relamu (1980)
  • Derita Cinta (1981)
  • Hatiku Luka Kembali (1982)
  • Layang-Layang (1983)
  • Sendiri (1984)
  • Mati Hidup Semula (1986)
  • Untukmu (1988)
  • Sepi Seorang Perindu (1989)
  • Seniman Menangis (1990)
  • Jamal (1991)
  • Penghujung Rindu (1994)
  • Suratan Kasih / Penawar Kasih (1995 / 1997)
  • Samrah (1998)
  • Segala Cinta (2002)
  • Aku Penghibur (2005)
  • Tak Hilang Cinta (2009)
  • Raja Pop 2 (2011)



Fakta Menarik Jamal Abdillah


1. Nama penuhnya ialah Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali.

2. Lahir pada tanggal 7 Mei 1959 dengan Zodiak Taurus.

3. Merupakan anak sulung daripada keluarga yang seramai tujuh adik-beradik.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1979 hingga kini.

5. Jamal Abdillah merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia.

6. Beliau mula dikenali ramai di Malaysia setelah muncul sebagai juara di dalam pertandingan Bintang RTM 1979.

7. Selepas itu, namanya kian memuncak setelah menyanyikan lagu-lagu popular seperti Perpisahan Tanpa Relamu, Derita Cinta, Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

8. Beliau membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal Dan Akhir.


Apa Zodiak Jamal Abdillah? 

Apa Zodiak Jamal Abdillah? Jamal Abdillah lahir pada tanggal 7 Mei 1959. Jadi, Zodiak Jamal Abdillah adalah Taurus.

Orang dengan Zodiak Taurus ini adalah orang yang setia yang berfikiran serius, lebih suka kehidupan yang selesa dan teratur baik dalam perkara material ataupun emosional.

Dengan rasa yang tinggi dalam perkara-perkara yang indah, mereka sentiasa mencari keseimbangan untuk dapat lebih dekat dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Pilihan warna semula jadi mereka adalah hijau, yang dikaitkan dengan kesegaran dan lingkungan.

Kelebihan Taurus
Walaupun Zodiak Taurus sentiasa mencari keselamatan, mereka bukan orang yang egois dan mereka selalu memberikan banyak perkara kepada orang yang mereka cintai.

Mereka adalah orang yang boleh dipercayai, murah hati, dan setia! Hubungan dengan orang lain adalah perkara yang paling penting untuk mereka. Mereka suka memberi sesuatu kepada orang lain dan berusaha untuk memenuhi apa yang kurang dalam kehidupan orang-orang yang bermakna dalam hidup mereka.

Kelemahan Taurus
Orang dengan Zodiak Taurus bersikap sombong dan mudah membenci. Berhati-hatilah dengan mentaliti mereka yang boleh membuat mereka sangat mencurigakan jika mereka merasa dikhianati.

Perhatian mereka yang mendalam kepada perincian menghalang mereka daripada kemajuan atau kenaikan pangkat. Malah, kelemahan mereka dalam bentuk kelambanan sering dieksploitasi oleh orang dengan tanda zodiak yang lain.


Gambar Terkini Jamal Abdillah

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Jamal Abdillah, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Jamal Abdillah • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar