your code goes here

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Awal Ashaari, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Awal Ashaari.

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Awal Ashaari. Biodata Awal Ashaari ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pengacara dan Pelakon Malaysia ini!

Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima.

Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.


Biodata Penuh Awal Ashaari

Nama Penuh: Ahmad Awaluddin bin Ashaari
Nama Popular: Awal Ashaari
Tarikh Lahir: 6 Ogos 1981
Umur: 38 Tahun (2019)
Zodiak: Leo
Asal: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pasangan: Scha Al-Yahya (2012–kini)
Anak: Lara Alana
Kerjaya: Pelakon, Pengacara Televisyen, Model, Jurucakap Produk
Tahun Aktif: 2014 - kini
Ketinggian: 5 in 11 ka (180 cm)
Instagram:
√ https://www.instagram.com/awalashaari/
Twitter:
√ https://twitter.com/awalashaari
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Awal_Ashaari


Latar Belakang dan Kerjaya Awal Ashaari

Beliau dilahirkan sebagai Ahmad Awaluddin bin Ashaari pada 6 Ogos 1981 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik.

Beliau mendapat pendidikan di Metodhist Boy’s School. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi di Universiti Curtin di Lim Kok Wing dengan Ijazah Kepujian dalam Filem dan Televisyen.

Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana lanjutan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.


Kerjaya Awal Ashaari

Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan.

Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.


Televisyen Dan Filem

Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau di dalam Beat TV (Astro Ria) diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Sensasi dan sebagainya.

Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam drama Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX-Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.

Kerjaya filem Awal bermula pada 2007 menerusi filem drama muzikal Diva arahan Sharad Sharan. Seterusnya beliau muncul dalam filem aksi perlumbaan Impak Maksima arahan Ahmad Idham, yang mana beliau memegang watak sebagai Ayie, adik kepada watak lakonan Eizlan Yusof iaitu Johari.

Pada tahun berikutnya, beliau berlakon di samping Farid Kamil dan Lisa Surihani di dalam filem drama komedi romantik I'm Not Single arahan Pierre Andre yang mana beliau berpasangan dengan Intan Ladyana.

Pada 2009, beliau berlakon di samping Liyana Jasmay, Que Haidar dalam filem Malaikat Maut arahan Bade Hj. Azmi.


Perniagaan Awal Ashaari

Awal bersama isterinya, Scha membuka perniagaan mereka dikenali sebagai Schapoholics, yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholics".

Pada tahun 2009, dengan kerjasama Dynas, mereka membuka butik fesyen yang dikenali sebagai DnA CelebrityStyle di Desa Sri Hartamas. Perniagaan ini kemudiannya ditutup dan rakan kongsi mereka menubuhkan perniagaan sendiri.


Kehidupan Peribadi Awal Ashaari

Pada 4 Mei 2012, Awal berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya (Scha). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.

Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.

Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.


Kemalangan Jalan Raya 2015

Pada 29 Mac 2015, Awal bersama pengurusnya Izuan Mokhtar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi.

Kereta BMW 6 Series yang dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk selepas terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh.

Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka sebelum kemalangan itu berlaku.

Beliau dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara Izuan tidak mengalami kecederaan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Tempat beliau sebagai pengacara digantikan oleh penerbit Melodi, Michelle Wee dan bekas juara Projek Metro, Liza Khairudin.

Awal kemudiannya memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.

Dalam temuramah bersama pemberita dan wartawan, beliau berkata: "Semasa sampai di tempat kejadian, saya langsung tidak sedar apa yang berlaku dan mendapati kereta sudah terbabas hingga berada di bahagian kiri bahu jalan. Saya sedar ramai orang cuba membantu dan turut menghulurkan telefon bimbit yang tercampak semasa kemalangan. Saya kemudian terus menghubungi isteri, Scha Alyahya memaklumkan mengenai kejadian sebelum dikejarkan ke hospital".

Awal turut mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang dicuri ketika kemalangan jalan raya itu berlaku, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu malah dalam masa yang sama dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Beliau turut berkongsi gambar bersama anaknya, Lara Alana selepas kemalangan itu.


Kes Saman Awal Ashaari

Pada Mac 2019, Awal dan isteri, Scha telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D'Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.


Aktivisme Awal Ashaari

Pada 16 April 2018, Awal bersama isteri, Scha Al-Yahya dan beberapa selebriti lain termasuk Hans Isaac, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu mengambil bahagian dalam kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.


Filem Terkenal Awal Ashaari


  • Diva (2007), Filem yang mengisahkan kehidupan dan masalah peribadi seorang anak Malaysia yang berjaya dalam persada muzik antarabangsa.
  • Impak Maksima (2007), Filem arahan Ahmad Idham yang membariskan bintang muda termasuk Awal Ashaari dan Cat Farish serta pelakon terkenal Eizlan Yusof ini ditayangkan di 59 buah pawagam Malaysia dan Brunei.
  • Apa Kata Hati (2008), Awal Ashaari melakoni watak Riezman.
  • I'm Not Single (2008), Melakoni watak Dani.
  • Maut (2009), Melakoni watak Fendi.
  • Syurga Cinta (2009), Melakoni watak Irham.
  • Niyang Rapik (2010), Melakoni watak Amir .
  • Seru (2011), Melakoni watak Zed.



Fakta Menarik Awal Ashaari


1. Nama penuhnya Ahmad Awaluddin bin Ashaari.

2. Lahir pada tanggal 6 Ogos 1981 dengan Zodiak Leo.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014 hingga kini.

4. Merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik.

5. Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan.

6. Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05.

7. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.

8. Drama terkenal lakonan Awal Ashaari antara lain; Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX-Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.

9. Pada 4 Mei 2012, Awal berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya (Scha).

10. Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.

11. Awal bersama isterinya, Scha membuka perniagaan mereka dikenali sebagai Schapoholics, yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholics".

12. Pada Mac 2019, Awal dan isteri, Scha telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D'Haja (M) Sdn. Bhd.


Apa Zodiak Awal Ashaari?

Apa Zodiak Awal Ashaari? Awal Ashaari lahir pada tanggal 6 Ogos 1981. Jadi, Zodiak Awal Ashaari adalah Leo.

Leo menyukai segala sesuatu yang berkilauan, megah, dan hal-hal yang dominan sangat menarik bagi Leo: seperti matahari, cahaya, emas, dan kesenangan. . .

Kelebihan Leo
Leo adalah individu yang ikhlas, lurus, setia, dan jujur! Karisma mereka yang kuat memberi mereka watak yang tidak dapat dibandingkan. Mereka mampu melindungi orang yang mereka rasa lebih rapuh, sehingga mereka cukup mandiri, sambil memberi mereka rasa percaya diri dan pikiran yang luar biasa. Ini menjadikan mereka ibu bapa yang ideal.

Kelemahan Leo
Leos mempunyai sifat cemburu yang tinggi dan mereka sering digambarkan sebagai orang yang sombong, tidak fleksibel, dan pembohong. Mereka kadang-kadang terlalu dominan dan suka memerintah, dan pandangan tegas mereka akan membahayakan mereka kerana mereka memaksanya pada orang lain.

Mereka sangat yakin dengan diri mereka dan ini membuatkan orang-orang di sekeliling mereka cemburu, dan ini adalah keadaan yang mereka nikmati! Mereka juga sangat naif dan sering dibawa oleh rayuan dan godaan.


Gambar Terkini Awal Ashaari

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Awal Ashaari, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Awal Ashaari • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar