your code goes here

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Joe Flizzow, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Joe Flizzow.

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Joe Flizzow. Biodata Joe Flizzow ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi Malaysia ini!

Joe Flizzow merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo. Sebagai artis solo, Joe Flizzow telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.

Beliau merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.


Biodata Penuh Joe Flizzow

Nama Penuh: Johan bin Ishak
Nama Popular: Joe Flizzow
Tarikh Lahir: 16 Oktober 1979
Umur: 40 Tahun (2019)
Zodiak: Libra
Asal: Johor Bahru, Johor
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Rapper, Penyanyi, Penerbit Rakaman, Penulis Lagu, Usahawan
Tahun Aktif: 1998 - kini
Syarikat Rakaman: Kartel Records
Instagram:
√ https://www.instagram.com/flizzow/
Twitter:
√ https://twitter.com/flizzow
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Joe_Flizzow



Latar Belakang dan Kerjaya Joe Flizzow

Joe Flizzow dilahirkan pada 16 Oktober 1979 dengan nama penuh Johan bin Ishak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ibunya bernama Aishah Ali dan ayahnya Ishaq Nengah.

Johan bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow atau The President merupakan rapper, penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawa Malaysia.


Album President (2008)

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.

Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia.

Album tersebut menampilkan koloborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.


Album Havoc (2013)

Pada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan. Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman.

Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia. Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.

Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.


Usahawan Joe Flizzow

Joe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records. Antara artis-artis yang bernaung di bawah Kartel Records adalah seperti Altimet, Micbandits, Muzique, SonaOne, Richard Jansen, Ila Damiaa, DJ Cza and Sakti.

Selain muzik, Joe turut menceburi bidang bisnes dengan perusahaan seperti Joe’s Barbershop dan Joe’s Kitchen yang terletak di Subang Jaya.

Dalam dunia perfileman, Joe pernah menjadi komposer muzik dari filem Kisah Paling Gangster pada tahun 2013. Dan melakoni watak Pusher dalam filem Pekak pada tahun 2016 yang lalu.


Aktivisme Joe Flizzow

Pada 16 April 2018, Joe Flizzow bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.


Kehidupan Peribadi Joe Flizzow

Penyanyi rap popular negara, Joe Flizzow dikhabarkan sudah merisik teman wanitanya, Marini Ramlan.

Lebih menggembirakan Joe Flizzow juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis dicintainya itu tahun depan.

Sementara itu Ibu Joe, Aishah Ali memberitahu anak sulungnya itu sudah berapa pada tahap membanggakan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kira-kira sebulan lepas, Joe telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara.

“Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin,” katanya.

Menurut Aishah, tiada sebarang tarikh yang ditetapkan, namun majlis perkahwinan Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak bakal berlangsung awal tahun depan.


Fakta Menarik Joe Flizzow


1. Nama penuhnya Johan bin Ishak

2. Lahir pada tanggal 16 Oktober 1979 dengan Zodiak Libra.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1998 hingga kini.

4. Joe Flizzow merupakan bekas ahli Too Phat yang kini bergerak solo.

5. Joe Flizzow telah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.

6. Beliau merupakan anak kepada bekas penyampai berita TV3, Ishak Nengah.

7. Joe merupakan pengasas dan pemilik bersama Kartel Records.

8. Berpartisipasi dalam dua filem, Kisah Paling Gangster (2013) dan Pekak (2016).

9. Album terkenalnya antara lain; President (2010) dan Havoc (2013).

10. Mempunyai 495,500 lebih pengikut di Instagram dan 660,000 pengikut di Twitter.


Apa Zodiak Joe Flizzow? 

Apa Zodiak Joe Flizzow? Joe Flizzow lahir pada tanggal 16 Oktober 1979. Jadi, Zodiak Joe Flizzow adalah Libra.

Zodiak Libra lebih suka hidup dalam keadaan aman dan sentiasa menempatkan keharmonisan terlebih dahulu, walaupun ini bertentangan dengan kebenaran yang ada, dan Libra sangat menghargai komitmen dari orang-orang yang mereka cintai. Sebagai mediator yang baik, mereka akan sentiasa tahu bagaimana untuk keluar dari situasi yang sukar. Melarikan diri adalah cara selamat mereka, kerana mereka sangat sensitif!

Kelebihan Libra
Libra bersikap diplomatis dan harmonis dalam semua keadaan. Libra adalah salah satu tanda zodiak yang paling seimbang dan ini menjadikan mereka menarik dan senang membantu.

Kelemahan Libra
Libra sering tidak dapat membuat keputusan. Kecenderungan mereka untuk mementingkan diri sendiri sering membuat mereka kelihatan rendah. Mereka juga sering meragui kekuatan dan nilai ideal mereka, dan ini menjadikan mereka mudah dipengaruhi oleh personaliti yang kuat.


Gambar Terkini Joe Flizzow

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Joe Flizzow, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Joe Flizzow • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Gempak.com

Posting Komentar