your code goes here

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Altimet, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Altimet.

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Altimet. Biodata Altimet ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Penyanyi, Penggubah Lagu dan Pelakon Malaysia ini!

Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet (dilahirkan pada 27 November 1978) Siapa tak kenal dengan Altimet?

Suatu nama besar dalam seni rap dan hip-hop tanahair. Beliau yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew namun selepas kumpulan itu berpecah, beliau memulakan kerjaya secara solo.

Ketika inilah nama beliau melonjak naik dengan lagu hits kolaborasi Altimet bersama penyanyi lain seperti Kalau Aku Kaya, nyanyian bersama Awi Rafael dan Not For Sale, nyanyian bersama Stacy.

Beliau telah mengumumkan bahawa kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi setelah hari lahirnya yang ke-40 telah tamat, namun masih akan menerima tawaran mengarang lagu bagi pihak lain.


Biodata Penuh Altimet

Nama Penuh: Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad
Nama Popular: Altimet
Tarikh Lahir: 27 November 1978
Umur: 40 Tahun (2019)
Zodiak: Sagitarius
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Kediaman: Ampang, Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Status: Kahwin
Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu, Pelakon, dan Pengacara
Tahun Aktif:
√ Penyanyi (1999–2019)
√ Penulis Lirik (1999–kini)
Instagram:
√ https://www.instagram.com/altimet
Twitter:
√ https://twitter.com/altimet
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Altimet


Latar Belakang dan Kerjaya Altimet

Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara, Johor.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, lagu "Bring The Noise" nyanyian Antrax dan Public Enemy mencetuskan minat beliau terhadap muzik hip hop.

Muzik Altimet

Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional.

Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.

Pada November 2013, Altimet bekerjasama dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".

Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.

Beliau merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018. Namun begitu, beliau masih tetap menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.

Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.

Perniagaan Altimet

Altimet mengusahakan jenama pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label "Benua Clothing" bersama seorang rakan kongsi yang juga kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf.

Label ini mula beroperasi pada awal Mei 2014. Selain itu, beliau turut menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow.

Beliau juga mengumumkan akan menubuhkan sebuah francais kedai gunting rambut dan melabur dalam syarikat piza dan aplikasi pembelajaran al-Quran, Recite.

Penampilan Lain

Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video.

Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor, Maya Karin dan lain-lain.

Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U. Altimet menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Selain itu, beliau juga muncul dalam pementasan teater Ola Bola The Musical, memegang watak sebagai Sarjan Ahmad.

Kehidupan Peribadi Altimet

Altimet telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mendedahkannya dalam satu laporan Hlive: "Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri."


Senarai Album dan Single Terkenal Altimet

Album Terkenal Altimet

  • First Among Equals (2007)
  • Kotarayaku (2014)
  • Amboi (2016)
  • Air (2018)
  • O (2018)


Single Terkenal Altimet

  • 2016 - Seru
  • 2016 - Amboi
  • 2017 - Keliling Dunia (feat. The Kawan Band)
  • 2018 - KL Wangan (feat. Pekin Ibrahim & Faizal Hussein)
  • 2018 - Mambang
  • 2018 - Bunga
  • 2018 - Muda (feat. Kidd Santhe)
  • 2019 - Sang Saka Biru" (bersama Joe Flizzow, SonaOne & Alif)
  • 2019 - Bersamamu (feat. Cuurley)



Fakta Menarik Altimet


1. Nama penuhnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad.

2. Lahir pada tanggal 27 November 1978 dengan Zodiak Sagitarius.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1999 sampai 2019.

4. Kediamannya terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

5. Meminati lagu hip hop sejak berusia 11 tahun lagi.

6. lagu "Bring The Noise" nyanyian Antrax dan Public Enemy mencetuskan minat beliau terhadap muzik hip hop.

7. Meminati penyanyi rap MC Hammer, Cypress Hill dan kumpulan hip hop Wu Tang Clan suatu ketika duhulu.

8. Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999.

9. Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004).

10. Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.

11. Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.

12. Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.

13. Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU).

14. Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U.

15. Altimet pernah menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.


Apa Zodiak Altimet? 

Apa Zodiak Altimet? Altimet lahir pada tanggal 27 November 1978. Jadi, Zodiak Altimet adalah Sagitarius.

Sagitarius sentiasa ingin selalu dilihat dan menyukai kepelbagaian dalam bidang ini. Mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka tertarik dengan segala-galanya, dan ini menjadikan mereka pembaca yang sangat baik, pelancong berpendidikan dan sentiasa meneroka.

Kelebihan Sagitarius
Sagitarius bersifat optimistik, mesra, dan dinamik. Ini adalah tanda zodiak yang penuh semangat dan sentiasa dapat membantu anda melupakan kebosanan dalam kehidupan seharian!

Dengan pengalaman, mereka yang mempunyai Zodiak Sagitarius akan membentuk perspektif yang berdaya tahan yang boleh menangani sebarang keadaan, dan ini akan menjadikan mereka pelatih dan penasihat yang sempurna untuk orang-orang di sekeliling mereka.

Kelemahan Sagitarius
Antusiasme yang berlebihan dari Sagitarius boleh menjadi menjengkelkan. Orang-orang di sekeliling mereka sering merasakan bahawa semangat mereka melebihi batas. Mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi halus dan walaupun mereka mempunyai kemahiran ucapan yang baik, mereka kurang diplomatik.


Gambar Terkini Altimet

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Altimet, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Altimet • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia
Iluminasi.com
Azhan.co

Posting Komentar