your code goes here

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

TaraHap - Biodata Penuh Mark Adam, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama, Adik Beradik dan Keluarga Mark Adam.

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata penuh Mark Adam. Biodata Mark Adam ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Pelakon dan Penyanyi asal Filipina ini!

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah (dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre; 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi pelawak dan pelakon Filipina yang bermastautin di Malaysia.

Dilahirkan di Cebu, Filipina, Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja.

Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.


Biodata Penuh Mark Adam

Nama Penuh: Nurain Edruce
Nama Popular: Marcus Adam Macaraig Echivarre
Nama Lain: Fikri Mark Adam Abdullah
Tarikh Lahir: 15 Oktober 1979
Umur: 40 Tahun (2019)
Zodiak: Libra
Asal: Cebu, Filipina
Kediaman: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Filipina
Pasangan: Norazah Redzuan
Kerjaya: Pelakon, Pelawak dan Penyayi
Tahun Aktif: 2012 - kini
Instagram:
√ https://www.instagram.com/markadam1079
Twitter:
√ https://twitter.com/markadam1079
Wikipedia:
√ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mark_Adam


Latar Belakang dan Kerjaya Mark Adam

Mark Adam dibesarkan di penempatan miskin di Cebu, Filipina. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang pada 2001 semata-mata mahu mencari rezeki di Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang.

Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),". Mark ketika itu tidak mengetahui jalan di ibu kota dan sekadar mengenali KL Sentral.

Kerjaya Mark Adam

Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.

Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza. Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia.

Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini.

Bukan itu sahaja, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi.

Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me, Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria. Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain.

Pada 2016, Mark dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat.

Pada 29 Mei 2017, Mark akan muncul dalam drama Biniku Ninja memegang watak sebagai Andi. Kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz.

Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama.

Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini.

Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.

Pada 2019, Mark Adam akan menjadi juri tetap untuk program realiti Bintang Bersama Bintang 2019 bersama Saiful Apek.

Kehidupan Peribadi Mark Adam

Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003. Beliau juga telah memeluk agama Islam dan sudah lebih 12 tahun menetap di negara ini dan mempunyai taraf penduduk tetap serta merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor.


Senarai Album dan Track Terkenal Mark Adam


Album Mark Adam (2012) 

  • Pencuri
  • Si Katak
  • Jika
  • Marry Me
  • Mind Your Own Business
  • Thief
  • Pimples
  • Marry Me (versi Inggeris)
  • Mind Your Own Business (versi Inggeris)
  • Sampai Nanti
  • All I Need Is You (Apa Yang Saya Perlu Hanya Awak)


Album Mengejar Pelangi (2017) 

  • So Fine
  • OMG
  • Berat
  • Bukan Cinta
  • Mengejar Pelangi
  • Menghenti Waktu
  • Salah Satu
  • Teristimewa
  • Rindu Kamu


Fakta Menarik Mark Adam


1. Nama penuhnya, Marcus Adam Macaraig Echivarre. Nama Islamnya ialah Fikri Mark Adam Abdullah.

2. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

3. Lahir pada tanggal 15 Oktober 1979, dengan Zodiak Libra.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.

6. Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza.

7. Beliau mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini.

8. Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria.

9. Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003.

10. Kini beliau telah memiliki 1,400,000+ pengikut di Instagram dan 100ribu+ di Twitter.


Apa Zodiak Mark Adam? 

Apa Zodiak Mark Adam? Mark Adam lahir pada tanggal 15 Oktober 1979. Jadi, Zodiak Mark Adam adalah Libra.

Zodiak Libra lebih suka hidup dalam keadaan aman dan sentiasa menempatkan keharmonisan terlebih dahulu, walaupun ini bertentangan dengan kebenaran yang ada, dan Libra sangat menghargai komitmen dari orang-orang yang mereka cintai. Sebagai mediator yang baik, mereka akan sentiasa tahu bagaimana untuk keluar dari situasi yang sukar. Melarikan diri adalah cara selamat mereka, kerana mereka sangat sensitif!

Kelebihan Libra
Libra bersikap diplomatis dan harmonis dalam semua keadaan. Libra adalah salah satu tanda zodiak yang paling seimbang dan ini menjadikan mereka menarik dan senang membantu.

Kelemahan Libra
Libra sering tidak dapat membuat keputusan. Kecenderungan mereka untuk mementingkan diri sendiri sering membuat mereka kelihatan rendah. Mereka juga sering meragui kekuatan dan nilai ideal mereka, dan ini menjadikan mereka mudah dipengaruhi oleh personaliti yang kuat.


Gambar Terkini Mark Adam

Berikut ini adalah Senarai Gambar Terkini Mark Adam, klik pada gambar untuk memperjelas ukuran gambar... 

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Mark Adam • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga


Sumber
Wikipedia

Posting Komentar