your code goes here

Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?

Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu. Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlakunya kecairan air batu...
TaraHap - Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?

Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?
Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas? 
Dunia hari ini adalah hasil daripada perubahan fizikal bumi yang berlaku selama berjuta-juta tahun yang lalu. Perubahan fizikal bumi tersebut dipengaruhi oleh iklim.

Pada mulanya, bumi mengalami suhu yang sangat sejuk. Bumi juga telah mengalami banyak perubahan dan perkembangan dalam kehidupan seperti sekarang ini.

Bumi telah mengalami berbagai perubahan yang mempengaruhi penampilan fizikal, iklim, cuaca, kehidupan, dan kedalaman lautan.


Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas? 

Perubahan suhu bumi yang sejuk kepada panas menyebabkan berlakunya kecairan air batu. Perubahan ini menyebabkan bumi mengalami beberapa tahap peralihan zaman yang menyebabkan suhu bumi berada pada suhu hari ini.

Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu. Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlakunya kecairan air batu. Proses ini dinamakan pengglasieran yang memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk fizikal bumi.

Baca: Pengglasieran - Proses dan Kesan Pengglasieran Terhadap Bumi

Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat. Kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan pulau.

Pembentukan tasik dan pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza. Maka berakhirlah Zaman Air Batu Akhir.

Perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk memberikan kesan terhadap aktiviti manusia. Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan.

Perkembangan perindustrian, aktiviti pembakaran terbuka, penebangan pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan telah meningkatkan suhu dunia.

Terdapat ahli sains yang menjangkakan berlaku peningkatan suhu dunia sekurang-kurangnya sembilan darjah Celsius setiap 50 tahun. Peningkatan suhu dunia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut.

Penyelidik menemui fakta terkini mengenai pemanasan global yang menjadikan ais di Antartika mencair lebih cepat daripada 40 tahun yang lalu.

Antara tahun 1979 dan 2017, para penyelidik menyatakan bahawa pencairan permukaan laut di seluruh dunia meningkat 1.4 cm kerana pencairan ais di Antartika. Hasilnya, permukaan laut di seluruh dunia berpotensi menjadi lebih tinggi.

Berbanding tahun 2009-2017, ais di Antartika mencair enam kali lebih cepat kepada 252 bilion tan setahun.

Oleh itu, kita perlu mencari tenaga alternatif bagi mengatasi peningkatan suhu dunia demi menjaga alam sekitar.

Posting Komentar