your code goes here

Biodata Ruzana Ibrahim • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ruzana Ibrahim.
TaraHap - Biodata Penuh Ruzana Ibrahim, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ruzana Ibrahim.

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Ruzana Ibrahim. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon dan penyanyi wanita Malaysia ini!

Siapa Ruzana Ibrahim? Beliaumerupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Ruzana Ibrahim memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Luscious yang turut dianggotai oleh Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar.

Ruzana Ibrahim merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau merupakan kakak kepada pelakon Zayanah Ibrahim dan Sabreena Ibrahim.


Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Nama Penuh
Ruzana Ibrahim

Nama Popular
Ruzana Ibrahim

Tarikh Lahir
13 November 1984

Umur Ruzana Ibrahim
35 tahun (2020) 

Asal Usul Ruzana Ibrahim
Kuala Lumpur, Malaysia

Kediaman Ruzana Ibrahim
Malaysia

Pekerjaan Ruzana Ibrahim
Pelakon, Penyanyi dan Model

Tahun Aktif
2016 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Ruzana Ibrahim


Latar Belakang Ruzana Ibrahim

Ruzana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Ruzana Ibrahim merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.

Beliau ialah kakak kepada pelakon Zayanah Ibrahim dan Sabreena Ibrahim. Beliau juga merupakan sepupu kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak.

Ruzana mendapat pendidikan di sekolah Convent Bukit Nenas dan kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej SEGi (kini Universiti SEGi).

Beliau berkahwin dengan M. Fadhil Zakaria pada 11 Mac 2018. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Garden Rooftop, Sunway Nexis, Kota Damansara dengan disaksikan keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Dikenali sebagai seorang yang low profile, pelakon Isteri Tuan Ihsan ini memilih untuk diraikan dalam majlis yang cukup sederhana namun bermakna buatnya dan pasangan

Ruzana menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sebentuk cincin daripada pengantin lelaki. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Pasangan ini telah saling mengenali selama lebih empat tahun sebelum sepakat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Antara rakan artis yang turut hadir meraikan pasangan ini ialah Nadia Aqilah, Ira Mohd Amin, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani, Safia Hanifah, Pat Ibrahim, Sazzy Falak, Fitry Hiswady dan lain-lain.


Kerjaya Ruzana Ibrahim

Ruzana mula aktif dalam bidang seni pada 2006 menerusi penglibatan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Production, diikuti oleh pementasan teater P. Ramlee The Musical, sejak itu beliau muncul dalam beberapa pementasan teater lain.

Beliau menyertai program TV realiti, Gang Starz musim pertama (2007) menerusi trio Luscious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar dan terkenal dengan lagu "Khabarkan".

Beliau juga pernah menjayakan kolaborasi bersama kumpulan Dynda dari Singapura menerusi single "Bebaskan Hatimu".

Ruzana sangat meminati lakonan pentas terutamanya teater muzikal. Beliau terlibat dalam semua pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang, kecuali musim ketiga.

Terlibat dengan semua pementasan teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya, Sarawak, Singapura dan termasuk road tour pementasan di beberapa negeri pada tahun lalu.

Teater lain yang turut menampilkan dirinya adalah Dream Girls Broadway Musical, The Secret Life Of Nora, Seussical The Musical, Short & Sweet Musical, Mencari Sumaiyah dan lain-lain.

Tari Tirana ialah drama pertama lakonannya, dibintangi bersama Wan Sharmila dan Shahz Jaszle. Kerjaya filemnya bermula menerusi filem Relationship Status yang ditayangkan pada 2012.

Antara drama terbarunya yang kini sedang hangat disiarkan adalah Waris Kg Semarah Padi. Relationship Status (2012) merupakan filem pertama lakonannya.

Memegang watak sebagai komunis dalam filem kedua lakonannya, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang ditayangkan Mac lalu..

Ruzana pernah membintangi sitkom berbahasa Inggeris, Small Mission Eenterprise (SME) yang disiarkan di ntv7 (2012).

Tidak hanya mendapat perhatian sebagai pelakon, Ruzana juga diingati menerusi aksi bersahajanya sebagai pengacara program Extreme Pesona yang kini sedang hangat disiarkan setiap Sabtu, jam 12.20 tengahari (ulangan 3.30 pagi) di TV1.


10 Fakta Menarik Ruzana Ibrahim

1. Nama sebenarnya ialah Ruzana Ibrahim

2. Lahir pada 13 November 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia.

3. Ruzana Ibrahim berzodiak Scorpio, yang lahir antara 24 Oktober hingga 22 November.

4. Sekarang Ruzana Ibrahim berumur 35 tahun (2020).

5. Ruzana Ibrahim merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.

6. Beliau ialah kakak kepada pelakon Zayanah Ibrahim dan Sabreena Ibrahim. Beliau juga merupakan sepupu kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak.

7. Ruzana mula aktif dalam bidang seni pada 2006 menerusi penglibatan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

8. Obses kepada filem-filem terbitan Walt Disney Studio.

9. Melukis adalah salah satu daripada hobinya di masa lapang.

10. Cukup meminati muzik rock alternatif.


Gambar Menarik Ruzana Ibrahim


Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Biodata Penuh Ruzana Ibrahim

Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Ruzana Ibrahim , Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Ruzana Ibrahim. Semoga bermanfaat...


Sumber Rujukan
- 7klik.com
- Wikipedia.org
Astroawani.com

Posting Komentar