your code goes here

Biodata Sharifah Rose • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Sharifah Rose, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Sharifah Rose.
TaraHap - Biodata Penuh Sharifah Rose, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Sharifah Rose.

Biodata Penuh Sharifah Rose

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Sharifah Rose. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai selebriti Instagram Malaysia ini!

Siapa Sharifah Rose? Sharifah Rose merupakan selebriti Instagram Malaysia yang popular dikenali sebagai rose.

Populariti Sharifah Rose dikatakan setanding dengan selebriti tv tanahair, walaupun beliau bukan penyanyi atau pelakon yang kerap kali muncul di kaca televisyen.

Beliau telah menjadi selebriti Instagram bersama dengan beberapa influencer Malaysia yang lain, seperti Syafiqah Aina.


Biodata Penuh Sharifah Rose

Nama Penuh
Sharifah Rose Sabrina Binti Syed Mohd Mazfira

Nama Popular
Sharifah Rose

Tarikh Lahir
26 November 1998

Umur Sharifah Rose
22 tahun (2020) 

Asal Usul Sharifah Rose
Shah Alam, Selangor

Kediaman Sharifah Rose
Malaysia

Pekerjaan Sharifah Rose
Instafamous, Influencer, Youtubers, Peragawati Sambilan, Model Muslimah dan Duta Produk

Tahun Aktif
2013 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Sharifah Rose


Latar Belakang Sharifah Rose

Selebriti Instagram cantik dari Shah Alam ini mempunyai nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Binti Syed Mohd Mazfira.

Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang aktif di media sosial khususnya Instagram. Bijak dalam memilih gaya, penampilan gadis berusia 22 tahun ini tidak pernah mengecewakan.

Beliau merupakan seorang Instafamous dan juga model muslimah. Sharifah Rose turut mempunyai jumlah pengikut yang begitu ramai di laman Instagramnya iaitu 634 ribu pengikut.

Kelibat gadis cantik ini kerap muncul di majlis pertunjukan atau pelancaran jenama fesyen. Gayanya ringkas, namun membawa personaliti menawan dan sentiasa elegan.

Sharifah Rose lahir pada 26 November 1998 di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Sharifah Rose merupakan pelajar Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sharifah Rose menganggap bidang peragaan hanyalah sebagai minat kerana beliau lebih mengutamakan pelajaran.


Kerjaya Sharifah Rose

Namanya mula dikenali ramai orang setelah beliau menjadi selebriti di Instagram, sehingga kini Sharifah Rose sudah mempunyai 600 ribu lebih followers di Instagram.

Selain Instagram, Sharifah Rose juga membuat beberapa ulasan produk dan tutorial kecantikan di Chanel Youtube miliknya, Sharifah Rose. Chanel Youtube ini mempunyai lebih daripada 50,000 subscriber.

Sharifah Rose sangat gemar memuat naik gambar fesyen, teknik solekan dan beberapa hal kecantikan di kedua-dua laman sosial miliknya tersebut, terutamanya Instagram.

Selain bergelar Instafamous, beliau juga aktif sebagai peragawati sambilan, pelakon, pengacara dan termasuk memegang peranan sebagai duta jenama pakaian Umma dan kosmetik Anasism.

pada mulanya, Sharifah Rose tidak menjangkakan dirinya bakal menjadi seorang model, namun seorang jurusolek meyakinkan akan kemampuannya itu.

Sharifah Rose menyatakan bahawa dirinya gembira menjadi Instafamous kerana berpeluang mendapat makanan dan barangan secara percuma, tetapi tidak gemar apabila privasinya diganggu.

Sharifah Rose mula menitikberatkan tentang penjagaan diri seawal usia 16 tahun, sejak itu beliau menyukakan produk organik.

Sharifah Rose dikenal sebagai orang yang sentiasa mengambil berat soal penjagaan muka, tubuh badan dan kecantikan diri.


10 Fakta Menarik Sharifah Rose

1. Nama sebenarnya ialah Sharifah Rose Sabrina Binti Syed Mohd Mazfira

2. Lahir pada 26 November 1998 di Shah Alam, Selangor, Malaysia.

3. Sharifah Rose berzodiak Sagitarius, yang lahir antara 23 November hingga 21 Desember.

4. Sekarang Sharifah Rose berumur 22 tahun (2020).

5. Merupakan anak sulung daripada dua beradik.

6. Mempunyai lebih dari 630 ribu followers di Instagram dan 50 ribu subscriber di Youtube.

7. Memegang peranan sebagai duta jenama pakaian Umma dan kosmetik Anasism.

8. Merupakan pelajar Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

9. Dikatakan pernah menjalin hubungan rapat dengan penyanyi Ismail Izzani.

10. Pernah membintangi drama ‘Miss Match’ bersama pelakon Kilafairy dan bergelar model dalam video muzik ‘Vroom Vroom’ yang merupakan single baharu Nabila Razali.


Gambar Menarik Sharifah Rose


Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Biodata Penuh Sharifah Rose

Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Sharifah Rose, Profil, Berat dan Tinggi Badan, Fakta, Agama dan Keluarga Sharifah Rose. Semoga bermanfaat...


Sumber Rujukan
Iluminasi.com
- Azhan.co
Hmetro.com.my

Posting Komentar