your code goes here

Biodata Hannah Delisha • Latar Belakang, Fakta dan Keluarga

Biodata Penuh Hannah Delisha, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Hannah Delisha.
TaraHap - Biodata Penuh Hannah Delisha, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Hannah Delisha.

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Hannah Delisha. Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai pelakon ini!

Nama wanita asal Singapore ini mula melonjak naik semenjak ia melakoni drama yang berjudul "Mencintaimu Mr. Photographer" bersama pelakon Syafiq Kyle pada tahun 2017.

Mencintaimu Mr. Photographer merupakan sebuah drama percintaan dan konflik Malaysia yang diadaptasi daripada novel karya asal Emma Mariam dengan judul sama. Diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Production, drama ini dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Baca Juga - Biodata Nabila Razali • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarg

Di samping memiliki wajah yang comel, Hannah Delisha ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan dan suara yang indah. Jom kita berkenalan dengan artis comel bernama Hannah Delisha...

Biodata Penuh Hannah Delisha

Nama Penuh
Hannah Adlina Blackburne Birch

Nama Popular
Hannah Delisha

Tarikh Lahir
27 Oktober 1996

Umur Hannah Delisha
23 Tahun (2019)

Tinggi Hannah Delisha
± 160 cm

Asal Usul Hannah Delisha
Singapura

Kediaman Hannah Delisha
Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan Hannah Delisha
Pelakon, Penyanyi dan Pengacara

Tahun Aktif
2013 - kini


Latar Belakang dan Kerjaya Hannah Delisha


Latar Belakang Hannah Delisha

Nama sebenar Hannah Delisha adalah Hannah Adlina Blackburne Birch. Hannah Delisha dilahirkan pada 27 Oktober 1996.

Hannah Delisha merupakan saudara kandung Mia Delisha. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris sedangkan ibunya berbangsa Melayu Singapura.

Nama akhir Blackburne Birch mengacu pada nama ayahnya Peter Blackburne Birch. Ibunya bernama Noor Ashikin Ahmad, seorang penyanyi era 1980-an.


Kerjaya Hannah Delisha

Sebelum namanya melonjak dengan lakonan, Hannah terlebih dulu mengasah bakat sebagai penyanyi menerusi kumpulan duo yang dianggotai oleh beliau sendiri dan Mia Delisha.

Kumpulan itu dikenali sebagai Delisha, selepas mereka berjaya menghasilkan lagu yang berjudul "Retak" pada 2015, Hannah mengambil keputusan bergerak secara solo.

Hannah Delisha menghasilkan single pertamanya yang berjudul "Anugerah".

"Anugerah" merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, "Esok Masih Ada" yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, "Tak Perlu Kata Apa-Apa".

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa.

Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Pada tahun 2017, beliau mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.


Anugerah Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih.

Baca Juga - Biodata Ain Edruce • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Pada 2019, beliau juga telah menerima anugerah Asean Top Social Media Influencer Award 2019′ di majlis Asian Outstanding Business Award.


Mewarisi Bakat Seni Dari Ibu

Ibu Hannah Delisha, merupakan penyanyi era 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai 'Kakcik Wujud'. Ibu Hannah Delisha dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Ibu kepada pelakon Hannah Delisha itu pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Scorpio pada penghujung tahun 80-an dan dikenali dengan lagu seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

Beliau muncul di persada seni lebih kurang sama waktunya dengan Wann, Fauziah Latiff, Ella dan Datuk Awie.

Sejak kecil lagi, Hannah Delisha memang sering menemani ibunya ketika menyanyi, kini ibunya Hannah sangat berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu dalam bidang seni.

Jadi, tidak hairanlah apabila Hannah turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, dan berjaya merakamkan lagu seperti Retak (2014) dan Anugerah (2016).

Dilaporkan dari BH Online, Noor Ashikin mengatakan "Saya amat berharap dia akan terus berpijak di bumi nyata. Semoga tumpuannya dalam dunia seni juga tidak terganggu".

Sekarang beliau turut bertindak sebagai penasihat dan perancang kepada kerjaya seni anaknya tersebut.



Karir dan Karya Hannah Delisha

Single Lagu: Anugerah, Retak, Tidak Perlu Kata Apa Apa

Drama: Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr. Photographer, Kisah Paling Sulung, 3 Gadis Manis: Musim 2, Alamatnya Cinta, Aku Cinta Dia, 30 Pesanan Suara, Terlepas Kau Terima, Satukan Rasa

Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang, The Hantus, Cruise Cinta Lebaran, Aku Cinta Dia Raya, Infomasi Terkorban

Televisyen: Ciptarasa Rempah Ratus
Filem: Langsuir
Teater: Titaditu



10 Fakta Menarik Hannah Delisha

1. Nama sebenarnya ialah Hannah Adlina Blackburne Birch.

2. Lahir pada 27 Oktober 1996 di Singapura.

3. Hannah Delisha berzodiak Scorpio, yang lahir antara 24 Oktober hingga 22 November.

4. Sekarang Hannah Delisha berumur 23 tahun (2020).

5. Hannah Delisha menyukai makanan Melayu seperti masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal.

6. Hannah Delisha pandai bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol dan Cina selain fasih berbahasa Melayu.

7. Ibu Hannah Delisha adalah seorang penyanyi di zaman 80-an iaitu Noor Ashikin Ahmad yang lebih mesra dipanggil ‘Kakcik Wujud’.

8. Hannah Delisha pernah memenangi anugerah ‘Personaliti Wanita Paling Popular’ pada Pesta Perdana ke-14 pada tahun 2017.

9. Hannah Delisha berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris sedangkan ibunya berbangsa Melayu Singapura.

10. Hannah Delisha menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan kemudian Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015 dan Hannah menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”.


Gambar Menarik Hannah Delisha


Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Biodata Hannah Delisha • Biodata, Fakta dan Keluarga

Demikianlah artikel mengenai Biodata Penuh Hannah Delisha, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Hannah Delisha. Semoga bermanfaat... 


Sumber Rujukan
- Wikipedia.org
- Bharian.com.my

Posting Komentar