your code goes here

Kedudukan Kepala Yang Betul Untuk Mengatasi Penyakit Gastrik

Cara terbaik untuk menangani gastrik kerana posisi tidur yang salah ini adalah dengan meletakkan kepala pada kedudukan yang lebih tinggi, sambil tetap berehat dengan selesa.
TaraHap - Kedudukan Kepala Yang Betul Untuk Mengatasi Penyakit Gastrik

Kedudukan Kepala Yang Betul Untuk Mengatasi Penyakit Gastrik

Penghidap gastrik atau asid perut sering mengalami tekanan dan kurang rehat kerana gastrik yang sering berulang ketika mereka hendak tidur.

Anda salah seorang dari mereka? Jika iya, anda tidak perlu panik, anda hanya perlu menukar posisi tidur anda.

Baca Juga: 10 Cara Tidur Tanpa Gangguan Penyakit Gastrik

Gastrik atau sering disebut sebagai asid perut dan asid refluks (GERD) adalah keadaan di mana asid perut naik kembali dari perut ke esofagus (hingga ke kerongkongan).

Hal ini sangat dipengaruhi oleh graviti. Kedudukan tidur dengan posisi kepala yang lebih rendah memudahkan berlakunya asid perut naik ke esofagus.

Asid perut tersebut berlaku kerana lambung berada dalam kedudukan hampir selari dengan saluran di atasnya.

Cara terbaik untuk menangani gastrik kerana posisi tidur yang salah ini adalah dengan meletakkan kepala pada kedudukan yang lebih tinggi, sambil tetap berehat dengan selesa.

Penyesuaian kedudukan kepala dapat dilakukan dengan meletakkan kepala anda sekitar 10 sehingga 25 cm lebih tinggi daripada badan.

Cara paling mudah adalah dengan menyusun beberapa bantal di kepala. Semasa menyesuaikan kedudukan ini, jangan lupa untuk membuat sudut antara kepala dan badan anda untuk menyokong belakang dan leher anda.

Jangan bengkokkan leher anda terlalu tajam, kerana ia akan menyebabkan sakit otot. Bukan hanya itu, posisi leher yang bengkok terlalu tajam juga akan menekan perut, sehingga boleh menyebabkan gastrik.

Posisi lain yang juga boleh menjadi alternatif adalah tidur di sebelah kiri atau menghadap kiri.

Baca Juga: Makanan Pesakit Gastrik Yang Terbaik dan Sesuai

Mengapa ke kiri? Kerana perut terletak di sebelah kiri, sehingga perut anda akan berada di posisi yang lebih rendah dari saluran di atasnya, walaupun hanya sedikit.

Dengan menyesuaikan kedudukan kepala yang betul, anda dapat mengatasi gastrik dengan mudah pada waktu malam.

Oh iya, jangan lupa untuk tidak berbaring selepas makan, supaya asid perut tidak naik.


***
Demikianlah artikel mengenai Kedudukan Kepala Yang Betul Untuk Mengatasi Penyakit Gastrik.

Kami harap artikel ini berguna dan menambah pengetahuan anda, Amin ...


Sumber Rujukan
- Klikdokter.com

Posting Komentar